Syukur Alhamdulillah kali pertama melawat negara Balkan, selain dari negara Bosnia I Herzegovina dapatlah juga melawat negara Croatia. Tempat yang dapat dilawati di negara Croatia ialah Dubrovnik. Jika menaiki bas dari Mostar (Bosnia I Herzegovina) ke Dubrovnik memakan masa selama lebih kurang 4 jam lebih jika tiada jem di mana-mana. Dari Mostar ke Dubrovnik macam ada 3 kali berhenti untuk immigration check passport. Ini disebabkan sempadan Bosnia yang dekat area coastal hanya sepanjang 20km, jadi masuk Croatia, keluar balik Bosnia kawasan Neum, kemudian masuk Croatia untuk ke Dubrovnik. Kalau masa tourist peak season di kawasan immigration ni yang mungkin akan ambil masa lama. Rakyat Malaysia kalau ke Bosnia I Herzegovina dan Croatia setakat ni tak perlu permohonan visa, bawa passport Malaysia sahaja.
Pada mulanya ingat dah tak dapat pergi Dubrovnik bila kira-kira budget travel ke Balkan ni. Syukur Alhamdulillah lepas survey sini sana, kawan kata kita ulang alik je dari Mostar ke Dubrovnik. Boleh naik bas sahaja dan tiket boleh beli online siap-siap sebelum ke sana. Awal-awal ingat pergi kemudian bermalam satu malam, kemudian balik semula ke Bosnia keesokan harinya. Harga hotel di Dubrovnik macam memakan duit juga. Masa out of peak season, accomodation di Mostar amat murah bila tengok AirBNB masa awal October, ada harga yang semalam bawah RM100 pun untuk sebilik. Sebab tu kami ambil peluang ulang alik sahaja. Harga tiket bas ulang alik dalam RM140. Kami bertolak dalam nak dekat 7:45 (bas lambat sampai patutnya pukul 7 pagi), estimation sampai dalam pukul 11 pagi (dalam 11:20 lah sampai).
Memandangkan kami ni budget travel pun limited dan masa pun singkat nak kejar bas balik pukul 5:15PM. Takut tunggu bas nak ke bahagian Old City memakan masa. Kami jalan kaki je ke Old City yang jaraknya dari Main Terminal Bas ke Old City hampir 4km. Sambil tu menikmati pemandangan. Hampir 1 km jika berjalan kaki dari main terminal bas ke Old City kita akan lalu Gruz Market. Tetapi kami sampai dah dalam tengahari, penjual pun dah kemas-kemas barang. Sempat cuci mata tengok bunga-bunga yang dijual je.
Cuaca di Dubrovnik ni kurang sejuk dari Mostar sebab dekat dengan laut. Jadi pada belah siang masa awal bulan Oktober boleh pakai lengan pendek sahaja lagi. Tapi bawa jugalah light jacket sebab nanti dah nak senja boleh rasa tiupan angin sejuk dah.
Sambil menuju ke Old Town Dubrovnik seronok tengok garden di kawasan ini. Walaupun laman tidak luas, tapi gardeners di sini suka manfaat tanah yang ada. Mana ada tembok yang minat gardening pasti pandai memanfatkan tembok tersebut dengan menanam pokok-pokok buah atau bunga yang suka menjalar menutupi tembok tersebut. Seakan langsir terjurai-jurai pokok tersebut ke bawah menutupi tembok tinggi. Tukang Kebun perhatikan antara pokok bunga yang meriah berbunga pada musim kami lawat Dubrovnik ini adalah pokok bunga seri pagi mirip kepada Scarlet O'Hara.
Yang berminat untuk menanam pokok seri pagi atau juga panggilan mesra Morning Glory boleh juga dapat benihnya di Kebun Bahagia Bersama (email: kebunkmg@gmail.com) .
Di Dubrovnik ini juga, tanaman bunga hiasan yang diminati juga adalah "Coral Fountain" yang memang sangat lasak boleh tumbuh keluar dari celah-celah retakan dinding juga.
More info on Coral Fountain (Click Here).
~ 1 pot Coral Fountain RM7.00 ~
Balcony garden dengan cantik hiasan pokok yang dah overgrown dan cascading down covering the wall with different shade of foliage.
Awal bulan Oktober juga adalah musim buah untuk pokok di bawah ini memenuhi tembok macam ala-ala shrub nampaknya. Haiiiii....geram tengok boleh capai dengan tangan ja sambil berjalan lalu tembok rumah orang.
Kami cuma ada masa 6 jam sahaja untuk jejak kaki di Dubrovnik. Jika ada peluang lagi memang teringin nak pergi lagi. Dubrovnik kalau ada sekurang-kurangnya 3 hari baru puas pusing rasanya.
Kebetulan dalam perjalanan balik ke Mostar cuaca dah nak mula senja. Bot pelancong replika kapal layar lama pun kelihatan banyak dah mula bawa pelancong-pelancong untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di beberapa lokasi menarik di laut Adriatic.
Menarik juga pemandangan balik ke Mostar menaiki bas sebab dapat juga menikmati pemandangan matahari terbenam di sepanjang persisiran pantai Laut Adriatic.
2 ulasan:
Interesting trip. Pemandangan yang indah. Thanks for sharing.
Saya suka morning glory. Saya biasa ambil keratan beach morning glory yang banyak di pantai tu dan cuba tanam kat halaman rumah dia tak mau hidup.
Salam Bahagia Aunty,
Takpe cuba lagi Aunty. Mungkin tak boleh tanam akar sulurnya tu dalam sangat dalam tanah. Cos they like very well-drain soil.
Catat Ulasan