No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Pisang Kapal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pisang Kapal. Papar semua catatan

Sabtu, 8 April 2017

Pisang Kapal BerLayar Lagi

 Jenis pisang yang tumbuh paling renek dan berbuah di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis pisang kapal atau juga dipanggil pisang hijau di Sabah. Dipanggil pisang hijau kerana buahnya bila ranum tidak tukar kuning tapi hijau cair kekuningan. Walaupun tidak bertukar kuning, buah pisang kapal ini sangat enak digunakan sebagai bahan masakan untuk kuih muih selain dari makan begitu sahaja. Tambahan pula baunya wangi. Anak-anak tukang kebun lebih gemar cekodok pisang kapal berbanding dengan cekodok pisang mas (related posting klik sini). Begitu juga kalau buat pengat pisang, jenis pisang ini lebih digemari ikut taste bud anak-anak (related posting klik sini). Bila yang belum ranum betul buat gulai masak lemak cili api berapa kali tambah nasi (related posting klik sini).
 Lihatlah gambar ketinggian pokok pisang kapal di atas dibandingkan dengan pokok-pokok nenas madu Sabah yang berdekatan dengannya menunjukkan pokok pisang kapal rendang pokoknya. Dalam kawasan ini jugalah sulur-sulur pisang nenas madu Sabah yang kami buka cuti sekolah lepas dipindahkan ke tempat lain yang ada hubungan symbiosis dengan benda halus (related posting klik sini). Posting mengenai panjangnya umur pokok kapas pun adalah pokok kapas gambar di atas juga yang batangnya kelihatan berjiran dengan pokok nenas madu Sabah (related posting klik sini).
 Syukur Alhamdulillah pelayaran pertama (related posting klik sini) baka pokok kapal di sini membawa hasil juga. Kalau di Kebun Bahagia Bersama pokok kapal ini perlu dipagarkan, bukan risau buahnya dimakan. Tapi habis sulur-sulur pisangnya yang kecil itu kena makan. Kerana pokok pisang kapal ini renek pada mulanya Tukang Kebun tak perasan langsung pokok kapal tersebut sudah berbuah diliputi daun-daun pelepahnya yang lebar. Biasanya tandan buahnya memang lebat dan jantung pisang hampir mencecah tanah seperti di gambar di bawah. Oleh kerana kurang cahaya terlindung dengan daun lebarnya, kontot sikit tandan pisang kapal di gambar atas. Dah perasan bersisir-sisir gitu lantas, Tukang Kabun terus kemas-kemaskan daun pisangnya untuk berikan banyak pencahayaan kepada buahnya yang sedang membesar.
 Dalam pemerhatian Tukang Kebun, anak-anak pokok pisang kapal daunnya ada jaluran berwarna merah untuk membezakan dengan jenis-jenis pisang lain.
 Semoga pelayaran pisang kapal dari tapak atas ke tempat lain juga pada bulan lepas berjaya memberikan hasil juga. Syukur Alhamdulillah bulan empat ini banyak rezeki hujan untuk memberikan minuman kepada pokok-pokok yang dipindahkan bulan lepas.
 Sehingga Jumaat depan (14hb April 2017) sahaja kami buka pesanan untuk bekalkan anak pokok pisang kapal yang akan diposkan pada 18hb April 2017.

 Yang self-collect sendiri, seperti berikut:

14/15/16 April 2017 Jumaat/Sabtu/Ahad pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm first before the meeting) berdekatan dengan Lebuhraya Guthrie Corridor Highway (Exit Paya Jaras).

~ 1 sulur anak pokok pisang kapal/pisang hijau RM15 (limited stock) ~

Jumaat, 3 Julai 2015

Musim Buah Bulan Ramadhan

  Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan ini di Kebun Bahagia Bersama murah rezeki buah-buahan. Pelbagai jenis buah-buahan dapat dinikmati dari kebun sendiri. Puasa Ramadhan ke-14 tahun ini dapat lagi kami tuai buah-buah nenas madu Sabah. Yang gambar di atas ialah pokok nenas yang sulurnya Tukang Kebun tanam beberapa belas bulan yang lalu. Jadi tersangatlah gembira sudah dapat nikmati hasil dari tangan sendiri. Yang gambar no. 2 di bawah pula memang asal pokoknya Big Boss yang tanam. 
  Hai malangnya yang Tukang Kebun tanam tak sempat nak merasa ada mahkluk Allah yang tak puasa dah terkam dulu. Nampak je dari atas macam tak kena usik, bila Tukang Kebun cuba nak angkat buahnya nak tuai, hairan buahnya tertanggal sendiri bunyi macam reput je. Rupanya dimakan dari bahagian bawah dulu. Yang Gambar No. 2 tu pun sudah dalam keadaan terbaring dan separuh menguning, jadi dari tunggu lama-lama nanti ada yang tak puasa pergi makan, baik tuai simpan dalam dapur dulu. 

  Gara-gara minggu lepas minum jus nenas madu Sabah, Tukang Kebun kedatangan haid beberapa hari awal dari biasa. Punyalah nenas ni cuci dalam badan cepat, cuma tahun ini kena ganti puasa InsyaAllah cuma 5 hari sahaja. Berapa kali Ilhan nak bayangkan katanya masa belajar Fiqah, orang yang datang haid dan nifas tak boleh berpuasa. Nak kena terangkan apa beza keluar darah haid dan apa darah nifas. Soalan kenapa perempuan keluar darah tu, tunggu besar sikitlah bila dah belajar biology.

  Bibit nenas madu Sabah dari tangkai sulur limited masih available selagi stok masih ada (more info click here). Jika stok dah habis dah kena tunggu pertengahan tahun depan lah lagi sebab musim nenas madu Sabah biasanya pertengahan tahun.
  Masa Puasa hari ke-14 Ramadhan, Tukang Kebun tengok banyak buah nangka yang dah kena tebuk buah-buahnya dah ada bau wangi. Ingat isi dah tak berapa elok, jadi Tukang Kebun ingatkan nak belah-belah je dengan parang kasi ternakan tu makan. Sekali bila belah-belah tengok ada bahagian isi-isinya cantik menawan lagi lalu lekas-lekas Tukang Kebun alihkan. Sekurang-kurangnya Abby yang tak puasa boleh snacking nangka while teman Tukang Kebun masak di dapur nanti. Abby memang boleh geng dengan atuk suka makan nangka.
  Boleh tahan jugalah tengok Abby makan isinya, macam rasanya sedap je sampai minta-minta lagi nak nangka tak puasa. Akhirnya Abby ambil juga bahagian disimpan untuk buat pengat nangka dan pisang kapal. Nasib ada juga yang tak wajib puasa seperti Abby jadi assistant tester untuk Tukang Kebun yang berpuasa.
  Selain dari snacking nangka pada puasa hari ke-14, dapatlah juga Abby snacking buah rambutan juga. Untung Abby macam-macam buah-buahan tempatan dapat selalu makan dan rasa. Memang buah import sudah kami lama tak perlu beli. Abby pun sudah dibiasakan kenal makan buah-buahan tempatan. Buah Katak Puru lagilah menjadi kegemaran buah Abby. Abby pula sekarang ni ketagih minum air limau, jadi tiap hari nak kena check dalam peti ais ada stok teh limau untuk berbuka puasa. Kenalah puasa hari ke-14 buat air teh limau kapas dan juga air cincau yang jadi kegemaran Ilhan pula.
  Pokok belimbing buloh pula dah mula teruja menghasilkan bunga-bunga bulan Jun ini bila datangnya musim panas kemarau. Pokok belimbing buloh biasanya nak kena ada season kering baru meriah berbuah, sebab tahun ini hujan kerap jadi dia tak serajin nak berbuah. Ini dah masuk panas kering mulalah pokok belimbing buloh nak hasilkan buah. Cili-cili burung memang Syukur Alhamdulillah stok yang tak putus-putus memang ada setiap hari kalau rajin nak petik. Tapi biasanya bila nak pakai baru pergi petik, kalau tak digunakan lebih baik kongsi rezeki dengan burung-burung. Tak rugi kami sebab nanti keluar banyak anak-anak pokok cili burung sendiri di pelbagai sudut di kebun. Tengok tuaian dan stok telur itik pun banyak lagi di pantry maka buatlah lauk masak lemak Cili Api Telur Itik, Belimbing Buloh dan Katak Puru untuk berbuka puasa. 

  Untuk kanak-kanak riang Tukang Kebun gorengkan ketulan ayam kampung teruna Kebun Bahagia Bersama macam ala-ala KFC. Bukan kanak-kanak riang je berebut, papa kanak-kanak pun join in sama. Isi ayam kampung teruna musim ini lembut mudah dimakan mirip betul macam ayam KFC dan rasanya lebih authentic more original chicken flavour. Kali ini saja-saja Tukang Kebun nak pancing Rayyan makan ayam kampung dari kebun sendiri, bila panggang dia sorang je tak nak makan. Bila digoreng macam KFC selera sungguh makan. Bila kata yang ni ayam mama bela tau, bukan beli punya, kali ini Rayyan makan je. Alasan Rayyan beri, Rayyan tak nak yang panggang, nak goreng KFC macam ini.
  Yang berminat untuk dapatkan telur itik (sebutir 70sen) dari Kebun Bahagia Bersama boleh datang self-collect petang Sabtu esok di Sungai Buloh (antara pukul 4:00~4:30). Boleh juga kalau nak dapat bekalan ayam kampung dara/teruna (seekor hidup RM20 atau proses RM23) dari kami juga. Yang nak kelapa tua pun boleh juga ( RM2 for 5 biji) atau kalau dah parut sebiji RM1. Tanah Bakar (RM5/beg) juga available semula boleh self-collect petang Sabtu. Fresh pisang nangka (sesisir RM5) juga available untuk self-collect Sabtu petang esok. Fresh buah nangka muda (sebiji RM2) juga available esok. Please made reservation sebelum 8pagi Sabtu esok.

  Penghantaran untuk Pasar Online Ramadhan juga available minggu ini untuk pengeposan pada hari Isnin. Maklumat selanjutnya boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).
  Puasa ke 15 tak berapa nak keluar rumah rasa macam panas sangat bahang kepala jadi cuma cepat-cepat tuai daun pandan dan serai Acheh. Seperti biasa bunga telang, hero Ilhan yang bantu tuai lepas balik dari sekolah agama untuk bahan susu kacang soya frozen.
  Dah lama tak buat agar-agar pandan santan, tengok bahan-bahan pun semua ada dari kebun sendiri seperti daun pandan, telur ayam dan santan. Jadi cubalah walaupun tak sempat nak buat revision dulu, ingat tak ingat je main buat sukatannya. Memang saving buat agar-agar sendiri kos tak banyak cuma agar-agar (sebungkus RM2 lebih), gula dan gas dapur je sebagai modal pun rasanya tak delah belanja lebih RM3 nak buat home-made. Kalau beli di bazaar ramadhan 5 potong agar-agar dah RM2. Buat sendiri dapat berpuluh-puluh keping puas untuk kanak-kanak riang makan. Nak buat pun senang sahaja. Takdelah hasil agar-agar cantik kali ini tapi bolehlah untuk makan sendiri dalam family. Tebal sangat pula layer di bawah kali ini.
  Sebab kepala pening dengan panas sampai keliru Tukang Kebun keluarkan siakap ke kerapu dari freezer semalam. Ingat kalau siakap nak kukus itu yang ambil daun serai acheh. Tengok punya tengok siakap ni masih blur entah kenapa tengok rasa macam kerapu pula. Lalu tak jadi stim ikannya, Tukang Kebun buat masak 3 rasa untuk berbuka puasa ke-15. Dearest hubby kata macam siakap. Hari ini nak keluar lagi seekor ikan tu baru dapat confirm semula siakap ke kerapu, main buat stim je lah kut lauk hari ini.
  Balance susu kacang soya telang masih ada lagi dalam peti ais, mungkin tambahan buat air teh limau kapas je kut for berbuka today. Terima kasih banyak-banyak sudi jenguk kebun dan dapur Kebun Bahagia Bersama dalam bulan Ramadhan ini. Yang tinggalkan footprint di komen box, InsyaAllah nanti Tukang Kebun datang jenguk ya. Masih tertangguh-tangguh nak reply each komen personally, InsyaAllah akan dibalas, sorry for the wait.
,,

Rabu, 1 Julai 2015

Mayang Sari

  Pokok bunga mayang sari yang menghasilkan gugusan bunga putih berbau wangi terutamanya pada waktu malam rajin berbunga hampir sepanjang tahun. Sukakan kawasan yang menerima pancaran matahari yang banyak untuk menghasilkan bunga. Di tempat yang kurang menerima matahari berbunga juga tapi kuranglah bunganya berbanding dengan full sun. Pokok bunga mayang sari sesuai ditanam dalam pasu juga dan mudah dijaga. Kalau tanam di atas tanah jangan terkejut dalam setahun boleh tumbuh lebih 1 meter sekelip mata. Ianya pokok yang boleh meninggi paras rumah teres 2 tingkat jika persekitarannya sesuai. Maka ianya popular juga digunakan sebagai tumbuhan hiasan untuk pagar atau privacy. Gardeners yang tengah tight budget selalu pilih pokok mayang sari untuk hedge sebab cepat pembesarannya. Tambahan pula rajin berbunga dan menghasilkan bau yang wangi pada waktu malam. Naik bulu roma pencuri nak dekat lompat pagar waktu malam agaknya.
   Nama botani pokok mayang sari ialah Citharexylum spinosum. Orang Barat pula panggil fiddlewood sebab batang kayunya macam sesuai untuk dibuat alat-alat muzik. Adakala yang memanggil mayang sari sebagai bunga harum sundal malam atau bunga sedap malam barangkali sebab ialah golongan bunga-bunga putih yang berbau amat wangi pada waktu malam.

~ Pokok bunga Mayang Sari (Citharexylum spinosum)grafted ~
1 pot RM10.00 (kebunkmg@gmail.com).
   Untuk desert berbuka semalam, Tukang Kebun sediakan pengat pisang kapal, kali ini kanak-kanak riang punya tastebud nampaknya lebih gemarkan pengat pisang kapal dari pengat pisang nangka. Licin habis semalam. Lauk berbuka semalam simple-simple sahaja masak daging goreng, sayur paku pakis goreng belacan. Kemudian panaskan rendang itik stok dari freezer. Ilhan masih ingatkan rendang ayam, Ilhan sorang je yang makan rendang itik. Minuman pun simple sirap biru dan air teh limau kasturi.

Selasa, 30 Jun 2015

Masak Lemak Cili Api Pisang Kapal Muda dan Ikan Masin

  Syukur Alhamdulillah di dalam bulan Ramadhan ini rezeki pisang murah di Kebun Bahagia Bersama. Antara jenis pisang yang dapat dituai dalam bulan Ramadhan selain dari pisang nangka ialah pisang kapal. Seperti pisang nangka, pisang kapal ini bila dah nak masak tak beberapa tukar warna macam pisang jenis lain yang bertukar kuning keemasan bila ranum. Cuma nampak hijau kekuningan bila dah masak. Seperti gambar di atas, yang nampak kuning kehijauan tu dah ranum dan enak dimakan.
  Setandan pisang kapal dah seminggu lebih duduk di atas meja, hari ini baru Tukang Kebun pisah-pisahkan dari tandannya. Yang kelakarnya hujung minggu lepas yang bukan baru ini tapi sebelum itu, Tukang Kebun teringat agak-agak rasa dah boleh tuai pisang kapalnya potong tandan dari pokok. Bila pergi jenguk pokoknya dengan dearest husband, husband kata tandannya dah hilang. Rupa-rupanya dah terputus tandan tu sendiri dari pokoknya agaknya dah sarat sangat tergolek dekat tanah bawah. Agaknya baru lagi terputus masih selamat buahnya belum kena noda dengan ternakan. Biasanya dari mula berbunga hinga buahnya ranum untuk pisang kapal ambil lebih 3 bulan menunggu.
  Pisang kapal ini yang dah masak buahnya bau harum. Tak sangka Abby suka betul makan pisang kapal, lebih 1 sikat pisang Abby habiskan sorang-sorang semalam. Papa Abby komen mungkin rasanya macam pisang montel, itu sebab Abby suka. Pisang kapal juga adalah jenis pisang 'dwarf cavendish'. Tukang kebun perhatikan pisang kapal juga tahan lama buahnya jadi tak tergesa nak perabihkan. Untuk lauk berbuka semalam, Tukang Kebun masak lemak cili api pisang kapal muda dan ikan masin, terkejut tengok dearest husband tambah nasi 3 kali. Lauk sampingan masak ikan goreng kerisi untuk kanak-kanak riang. Buah pisang kapal yang muda belum masak penuh sesuai juga nak dibuat gulai. Untuk kasi kuahnya manis tanpa perlu letakkan gula, Tukang Kebun campurkan dengan 2 biji pisang kapal yang dah masak iaitu mudah lembik larut dan sebati dalam gulai jadi manisan semulajadi. Natural sweetener. Cuma tambah perisa garam je, kalau kuah belum terasa ada masin tengok ikan masin punya kemasinan larut bagaimana.
Bahan-bahan Masak Lemak Cili Api Pisang Kapal Muda dan Ikan Masin semalam:

Santan,
Daun Kunyit,
Serai,
Asam Gelugor,
Ikan Masin (sendiri tak pasti jenis ikan masin nama apa pakai untuk dimasak),
Pisang Kapal Muda (belah 2 dan dicelur dahulu kasi separuh lembut cepat sikit masak),
Garam (perasa)
2 pisang masak ranum sebagai perasa (optional).

Bahan Kisar:
Bawang Merah,
Bawang Besar,
Cili Burung,
Kunyit hidup,

  Tukang Kebun tak guna bawang putih biasanya bila masak lemak cili api, quantity bahan-bahan Tukang Kebun main capai-capai je, tak pandai nak bagi specific amount. Semua bahan dimasukkan dalam periuk/kuali dimasak hingga dah sebati mendidih kecuali ikan masin dan pisang. Bila kuah dah sebati baru masukkan ikan masin dan pisang muda serta pisang masak, masak hingga semua bahan masak. Dah nak masak letak perasa ikut citarasa. Hari ini Ilhan yang tolong mengacau supaya santan tak pecah sementara Tukang Kebun multi-task buat benda lain macam masak nasi dan goreng ikan.

  Dah mula makin bahang cuaca bulan Jun ini, nak keluar menuai pun rasa malas. Bila dah rasa panas kepala, ada sahaja bahan yang lupa nak diambil kena keluar masuk dapur. Antara yang dapat dituai kerap bagi bulan Jun 2015 ini sebagai catatan ialah buah katak puru, buah limau kapas, buah limau kasturi, buah mulberry, buah ceri barbados, kacang panjang, terung telunjuk dan telur itik.

  Syukur Alhamdulillah tambahan rezeki musim buah nak dekat bulan Syawal ini nampak buah rambutan dah mula masak di atas pokok. Mulai dari hujung minggu lepas dah dapat Kebun Bahagia Bersama Team Members makan buah rambutan.
  Minggu ini Kebun Bahagia Bersama ambil pesanan semula untuk Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama. InsyaAllah dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dipos minggu depan akan kami campur sekurang-kurangnya 5 jenis fresh goodies. Untuk hari ini estimation Tukang Kebun kebarangkalian kandungan pakej tersebut mungkin yang boleh confirm setakat ini ada buah katak puru dan ciku. Jenis goodies yang lain kena tengok nasib untuk harvest day ikut cuaca dan rezeki sedia ada dah ready atau belum macam buah kuning telor, rambutan, ubi kayu dan pisang nangka. Ada 2 jenis pilihan pakej, samaada nak bilangan goodies ikut muatan kotak prepaid small size yang total berat <2kilogram (RM14) atau kotak prepaid medium size yang total berat < 5kilogram (RM21).

Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama Option (untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja):

~ <2kilogram fresh goodies (RM7) + shipment kotak prepaid small size Pos Laju Malaysia (RM14) = Total RM21.

~ <5kilogram fresh goodies (RM10) + shipment kotak prepaid medium size Pos Laju Malaysia (RM21) = RM31.