Jenis pisang yang tumbuh paling renek dan berbuah di Kebun Bahagia Bersama ialah jenis pisang kapal atau juga dipanggil pisang hijau di Sabah. Dipanggil pisang hijau kerana buahnya bila ranum tidak tukar kuning tapi hijau cair kekuningan. Walaupun tidak bertukar kuning, buah pisang kapal ini sangat enak digunakan sebagai bahan masakan untuk kuih muih selain dari makan begitu sahaja. Tambahan pula baunya wangi. Anak-anak tukang kebun lebih gemar cekodok pisang kapal berbanding dengan cekodok pisang mas (related posting klik sini). Begitu juga kalau buat pengat pisang, jenis pisang ini lebih digemari ikut taste bud anak-anak (related posting klik sini). Bila yang belum ranum betul buat gulai masak lemak cili api berapa kali tambah nasi (related posting klik sini).
Lihatlah gambar ketinggian pokok pisang kapal di atas dibandingkan dengan pokok-pokok nenas madu Sabah yang berdekatan dengannya menunjukkan pokok pisang kapal rendang pokoknya. Dalam kawasan ini jugalah sulur-sulur pisang nenas madu Sabah yang kami buka cuti sekolah lepas dipindahkan ke tempat lain yang ada hubungan symbiosis dengan benda halus (related posting klik sini). Posting mengenai panjangnya umur pokok kapas pun adalah pokok kapas gambar di atas juga yang batangnya kelihatan berjiran dengan pokok nenas madu Sabah (related posting klik sini).
Syukur Alhamdulillah pelayaran pertama (related posting klik sini) baka pokok kapal di sini membawa hasil juga. Kalau di Kebun Bahagia Bersama pokok kapal ini perlu dipagarkan, bukan risau buahnya dimakan. Tapi habis sulur-sulur pisangnya yang kecil itu kena makan. Kerana pokok pisang kapal ini renek pada mulanya Tukang Kebun tak perasan langsung pokok kapal tersebut sudah berbuah diliputi daun-daun pelepahnya yang lebar. Biasanya tandan buahnya memang lebat dan jantung pisang hampir mencecah tanah seperti di gambar di bawah. Oleh kerana kurang cahaya terlindung dengan daun lebarnya, kontot sikit tandan pisang kapal di gambar atas. Dah perasan bersisir-sisir gitu lantas, Tukang Kabun terus kemas-kemaskan daun pisangnya untuk berikan banyak pencahayaan kepada buahnya yang sedang membesar.
Dalam pemerhatian Tukang Kebun, anak-anak pokok pisang kapal daunnya ada jaluran berwarna merah untuk membezakan dengan jenis-jenis pisang lain.
Semoga pelayaran pisang kapal dari tapak atas ke tempat lain juga pada bulan lepas berjaya memberikan hasil juga. Syukur Alhamdulillah bulan empat ini banyak rezeki hujan untuk memberikan minuman kepada pokok-pokok yang dipindahkan bulan lepas.
Sehingga Jumaat depan (14hb April 2017) sahaja kami buka pesanan untuk bekalkan anak pokok pisang kapal yang akan diposkan pada 18hb April 2017.
Yang self-collect sendiri, seperti berikut:
14/15/16 April 2017 Jumaat/Sabtu/Ahad pagi antara pukul 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm first before the meeting) berdekatan dengan Lebuhraya Guthrie Corridor Highway (Exit Paya Jaras).
~ 1 sulur anak pokok pisang kapal/pisang hijau RM15 (limited stock) ~
2 ulasan:
Kalau di sini dipanggil pisang serendah sebab pokoknya renek sahaja.
Salam Bahagia Warisan Petani.
Ya kalau tak silap belah selatan memang panggil pisang serendah.
Kalau belah Sabah mereka panggil juga pisang hijau.
Catat Ulasan