Cuti hujung tahun lepas berkesempatan nak bawa anak-anak jalan ke Lembah Danum dalam kawasan Kawag. Bagi jimat kos kami masuk ke kawasan Lembah Danum menggunakan kenderaan sendiri sambil mengekor van pelancong. Kawasan ini tidak dapat phone dan internet coverage yang baik, cuma ada di tempat letak kenderaan sahaja di Kawag Danum Rainforest Lodge. Seronok juga sekali kala tak yah fikir message2 masuk memang isolated dalam hutan.
Walaupun bukan jalan tar tapi keadaan jalannya masih lagi bagus kalau nak dibandingkan dengan kampung mak Tukang Kebun. Dari simpang utama Lahad Datu - Tawau/Semporna bila masuk ke dalam Lembah Danum terdapat beberapa stesen Jabatan Perhutanan Sabah yang membuat pemeriksaan bagi setiap kenderaan yang melalui jalan di dalam Lembah Danum.
Kereta persendirian perlu mendapatkan permit dari Jabatan Perhutanan Sabah untuk masuk dalam Lembah Danum. Permit pas kebenaran mesti ditunjukkan di setiap stesen pemeriksaan Jabatan Perhutanan Sabah. Permit pas kami disediakan oleh pengurusan Kawag Danum Rainforest Lodge. Berdebar-debar juga lalu jalan merah dalam Lembah Danum ini kelihatan banyak jejak tinja segar gajah sepanjang perjalanan. Kalau ada rezeki jadi macam safari pula boleh nampak gajah sambil memandu dalam kereta. Cuma kami tak bernasib baik nak terserempak dengan gajah, kalau babi hutan sekeluarga adalah nampak tepi jalan bertempiaran lari anak-anaknya masuk dalam semak.
Bila sampai di Kawag Danum Rainforest Lodge, taklimat ringkas diberikan dan disediakan makan tengahari. Sebelah petang kami jungle trekking ke kawasan Pejabat Perhutanan Daerah Ulu Segama-Malua. Terkejut juga di tengah hutan ini siap ada bangunan pejabat. Ada juga hostel kediaman di sini untuk rombongan para penyelidik. Di sini kelihatan kelibat di atas pokok tinggi seekor orang utan jantan yang pemalu. Macam mana tau jantina nya jantan sebab bau hancing yang ditinggalkan kesan untuk marking territory dia dari jantan lain.
Sungai berdekatan Kawag Danum Rainforest Lodge ini kita boleh buat aktiviti tubing/pelampung menyusur sungai. Cuma Tukang Kebun malas nak angkat pelampung tu kena jalan jauh-jauh dulu. Lagipun nampak macam tiada arus sangat dan kedalaman air cetek ketika ini. Di tepi sungai kelihatan banyak tinja gajah berketul-ketul tanda mereka ada datang kawasan ini. Kalau tinja yang lama tu kekadang siap nampak subur kulat tumbuh keluar.
Bila senja akan dibawa pusing-pusing dalam lembah Danum ini dengan truck kecil untuk tengok kalau ada rezeki tengok haiwan-haiwan yang aktif malam baru keluar mencari makanan.
Jika waktu malam selalu mudah nak nampak burung hantu di sini. Siap ada ternampak anak-beranak burung hantu bersama-sama.
Waktu makan malam tiba akan keluar binatang di bawah ini menunggu dan minta belas kasihan untuk dikongsikan dengannya sikit. Kawag Danum Rainforest Lodge ini style rumah panggung, kalau di dining room jenguk bawah balcony nampaklah kelibat dia ni menunggu. Matanya penuh expression, tak sampai hati kalau tak hulur makanan sikit.
Lama tak bangun pagi dalam gelap untuk jungle trekking ikut guide hiking bukit nak tengok sunrise konon dengan 2 pelancong British. Jika ke sini jangan lupa bawa torch light. Cuma arah matahari terbit tak nampak dilindungi pokok-pokok dan bukit. Anak-anak tak ikut masih tidur lena dalam selimut. Kabus pagi punyalah tebal sampai Kawag Danum Rainforest Lodge betul-betul di bawah kaki bukit ini diliputi tak nampak langsung.
Setelah kembali dari hiking, kejutkan anak-anak dan guide bawa jalan-jalan naik truck kecil pula tengok-tengok kalau terserempak dengan binatang cari makan waktu pagi. Waktu malam macam ada ternampak kumpulan gajah, ingat mata ni mungkin main-main kut tapi Mat Salleh seorang pun rasa macam dia ternampak juga sesama Tukang Kebun. Cuma masa tu guide tak perasan dan truck sedang bergerak. Waktu malam kekadang meremang juga rasa kepala berat mungkin sebab pressure humidity high agaknya sesetengah kawasan semasa bersiar-siar dengan truck.
Di dalam Kawag Danum Valley ini ada juga spa ikan semulajadi di air terjun nama AliBaba (Baca di posting lepas - Klik Sini). Lintah tu memang kebiasaan lah suka melekat dengan kita, anak-anak dah lali diorang jentik kuat-kuat je. Sampai Mat Salleh tu pun jadi berani, ikut macam anak-anak jangan panik jentik je macam main dam. Terjumpa si Chameleon menyamar bertukar dari hijau, kemudian separuh merah dan coklat.
Jika bernasib baik, kekadang gajah datang singgah lalu di kawasan Kawag Danum Rainforest Lodge. Kami tiada rezeki lagi sebab baru beberapa hari gajah ada datang singgah dalam kawasan resort. Sebab tu sambungan jalan titian di sini dibuat tinggi supaya gajah boleh lalu di bawahnya.
Di resort ini ada Observatory Deck menara tinggi. Cuma kena hati-hati lepas hujan untuk naik tangganya kerana licin dan berlumut. Menara ini struktur dia ikut untuk boleh tahan gerak geri gempa bumi, jadi rasa berbuai-buai naik atasnya. Hari terakhir di sini terserempak pula atas menara ular pendek tersekat di celah kayu. Perut ular ni pula macam ada dah isi di bahagian tengahnya gemuk.
Selepas menghabiskan cuti di Kawag Danum Rainforest Lodge 3 hari 2 malam, kami pergi islands hopping di Semporna pula (Baca posting lepas - Klik Sini).







