Halaman

Ahad, 2 Februari 2014

Melong oh Melong

 Impression pertama semasa melihat tanaman ini di dataran Lang, Langkawi, macam giant Leek musselburgh je dengan satu batang leek boleh penuh satu periuk nak makan. Dengan keadaan musim kering di Langkawi, sudah diagak menjadi musim pokok bunga ini. Secara jujur, tukang kebun first thought was manalah diangkut punya banyak bulb bunga besar-besar pokok yang tengok dari strukturnya boleh agak dari macam keluarga crinum. Spesies ini pasti tahan dengan cuaca panas dengan coastal landskap yang juga membawa bayu masin-masin.
 Tukang kebun pun tak pasti samaada kami berkesempatan nak lawat pekan Kuah pada lawatan Langkawi lepas sebab setiap hari penuh dengan agenda outdoors dan nature. Lagipun kami menginap di Tok Senik Resort, budak-budak pun tak sempat mandi swimming pool sebab bila senja je baru balik. Cukuplah mereka puas mandi di laut bila hari kedua buat Island hopping. Dapat jugalah mereka tengok wild environment for helang yang famous di Langkawi. Abby terlelap puas mandi pantai nangis-nangis tak nak keluar berendam.
 Untuk memory anak-anak kami gagah jugalah keluar lepas berehat sekejap di resort dan untuk dinner kami pergi area Dataran Lang lepas Island Hopping. Jumpa juga label pokok bunga ini 'Crinum Asiarum', gatalnya rasa tangan ini nak bawa balik ke KBB. Bila google tak keluar langsung any information mengenai 'Crinum Asiarum', of course yang akan keluar will be sama-sama minat bunga ini di laman blog Kak Mar 'Suka-Suka'. Google juga nama saintifiknya di 'Pubmed' no info langsung.
 Tukang kebun pergi waktu malam, sebelah siang lebih clear di blog Kak Mar boleh jenguk. Bunga yang hampir nak layu sahaja dapat dirakamkan kali ini.
 Besar pokok bunganya, boleh banding dengan model di depan patung besar helang tu. Kenangan anak-anak dah sampai ke Dataran Lang, Langkawi.
 Keesokkan harinya mengikuti aktiviti Mangrove Tour pula. Trip ke Langkawi kali ini pun memang sangat budget tour sebab tiket harga murah sudah dibeli dari Malindo Air sejak Ogos lalu. Penginapan pula tak perlu bayar sebab kami ahli Sunway Vacation club yang sudah habis dibayar tinggal periodic maintenance fees sahaja. Mangrove tour pun kami ambil tak masuk dengan lunch yang kena tambah seorang RM20, dapatlah jimat RM80 sebab nak kena bayar untuk 4 orang dan Abby free. Bawa bekalan sendiri, lagipun tak berbaloi kalau RM20 perhead untuk nasi goreng dan air cordial. Sebabnya tiada rasa nak ke pekan Kuah untuk beli-belah.
 Ilhan sudah puas agaknya tengok burung helang. Walaupun nampak bersahaja, pasti Ilhan dah snap snap maklumat dengan photographic memory dia. Berdekatan dengan jeti Kilim di mana mangrove tour bermula di simpang jalan keluar main road belok kanan sudah berdekatan dengan Dr. Ghani Herbwalk Langkawi. Untuk mereka yang minat herba-herba tempatan tanahair dan mempelajari cara penggunaannya boleh ambil kesempatan untuk menambah pengetahuan, InsyaAllah pasti teruja dengan ilmu yang dikongsi oleh Dr. Ghani. 
 Perkenalan team members Kebun Bahagia Bersama dan Dr. Ghani sebenarnya bermula dari group 'Tanaman' di Facebook, kami bertukar-tukar koleksi tanaman. Lawatan ke Herbwalk Dr. Ghani bukan sahaja dengan pelbagai ilmu perubatan tradisional yang telah dikongsikan oleh Dr. Ghani tetapi tak disangka pelbagai tanaman juga dikongsikan untuk dibawa ke KBB yang buat pertama kali tukang kebun tengok walaupun ialah native kepada tanahair kita. Dr. Ghani berkata penting juga koleksi peribadinya 'germplasm' diagih-agihkan untuk tujuan conservation dan dalam tangan tukang kebun nampak hasil (blushing) . Halia merah dan blue ginger yang tukang kebun kirim juga masih ada di Herbwalk Dr. Ghani. Kata Dr. Ghani, tempat sumber halia merah dari kawasan berlainan ada kebarangkalian rasanya berbeza sedikit. Hadiah dari Dr. Ghani banyak sangat, bilalah tukang kebun nak dapat membalas balik dari KBB. Dr. Ghani peminat tanaman dari keluarga halia/kunyit dan ada juga koleksi dari germplasm tukang kebun yang rare sedang nak dapatkan anak-anak akan diposkan ke Herbwalk Langkawi Pak Din moga tahun ini untuk tujuan conservation juga. Tukang kebun camera shy terjumpa pula gambar candid dari belakang masa pusing-pusing taman herba Dr. Ghani diambil oleh hubby. Semakin berusia KBB, semakin gelaplah tukang kebun, orang tak percaya selalunya that 3 offsprings of ours is mine. Big boss pula hairan kenapa setiap kali bersalin, mama Ilhan makin gelap je.
 Tiba-tiba di satu corner Herbwalk ini, tukang kebun memang tak syak lagi ini pokok bunga Crinum Asiarum atau nama tempatannya ialah Pokok Melong (malong/tembaga suasa). Dulu ada tukang kebun terbaca mengenai pokok melong ini dari Otai/Sifu pokok herba tempatan mencari daunnya tapi tak ku sangka besarnya pokok bawang ni tertipu dengan gambar. Boleh sebesar peha besar tukang kebun daunnya. Patutlah secara rawatan tradisional, daunnya disapu minyak kelapa dan dilayur tunggu sejuk baru boleh digunakan untuk membalut kaki yang bengkak, terseliuh .Hati-hati dengan getahnya ya, untuk sesetengah orang mungkin boleh gatal atau kulit meradang. Ya, species crinum yang melong ni is our native, pokok bunga tempatan. Bila tengok saiz bawang pokok melong yang matang pasti akan mengambil beberapa tahun sekurang-kurangnya 3~4 tahun nak berbunga dari baby seedlings. Twinkle twinkle shining star agaknya mata tukang kebun tengok pokok melong tu tapi tengok belum ada small bulbils pendam sahaja dalam hati tak nak menyusahkan host kami. 
 Tidur tukang kebun tak nyenyak sebab nak sangat pokok melong ini dalam Kabun Bahagia Bersama. Tukang kebun nak buat offer atau deal, if kita boleh swap one flowering bulb saiz pokok melong dengan flowering size bulb crinum yang tukang kebun buat posting semalam (klik sini). Dengar khabarnya di Tanjung Tokong, Penang juga ada pokok-pokok melong.
 Untuk hilang rasa mengidam sedikit dari kepulangan Langkawi, Leek Jepun 'Nabechan' dah bercambah rupanya.

~ Leek Japanese 'Nabechan' ~

Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

6 ulasan:

  1. syok nya cuti-cuti...haih rindu nya nak shopping shopping di sini..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama lagi bebas dari pantang, InsyaAllah boleh nak ke mana-mana. Nadia.

      Padam
  2. Wah bestnya berjalan bersama anak2.. saya pun teringin ke langkawi tapi nampaknya terpaksa tunggu sihat dahulu

    BalasPadam
  3. Gelap sebab berkebun ke Diana? Saya pun baru berapa bulan menjinak2kan diri dengan tanah, orang dah perasan kulit saya dah gelap..nak buat macamane dah minat kan..

    BalasPadam
  4. Abby yang sangat comel...!

    BalasPadam
  5. Tunggu sihat dulu InsyaAllah, Langkawi tak ke mana-mana sentiasa menunggu :) .

    Farah,
    Sejak duduk Adelaide dulu sana matahari terik, pastu minat gardening pun mula dari situ jadi makin hitamlah kulitnya. Ya dah minat, tak pe orang kata kulit gelap kurang kena cancer kulit.

    Kak Ros,
    Abby sekarang ni pening dibuatnya panjat sini sana laju je.

    BalasPadam