Untuk gardeners yang meminati pokok-pokok bunga iris menjadi penyeri di taman, bolehlah tambah koleksi dengan pokok berbunga putih menawan ini yang juga adalah sejenis tanaman dalam keluarga Iris. Penjagaannya sangat mudah tiada kena serangan hendap sangat, kalau di Kebun Bahagia Bersama terbiar sahaja tumbuh sendiri. Yang menariknya, pokok ini bunganya mula kembang sebelah lewat petang apabila hampir senja datang jadi sempat lagilah nak tengok lepas kerja. Sesuai juga dijadikan border plant macam rain lily sebab pokoknya tak berbatang cuma rumpunan daun. Pokok ini sebelum ini tukang kebun kenalkan dengan panggilan dalam bahasa native big boss iaitu 'Tampaka'. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok bawang dayak atau di Semenanjung Malaysia bawang serai dan di negara jiran kita Filipina mereka panggil Mala-bawang.
Dah lama hasrat nak cari harta karun dari bawang dayak, jadi Khamis lepas tukang kebun pun tuailah serumpun. Rasa tertipu pula ingatkan macam tak banyak sebab tak nampak ubi/bawangnya. Rupa-rupanya satu daun akan menghasilkan satu ubi bawang. Tanah kawasan ini keras pula dengan lamanya tak hujan. Gali punya gali sampai 20cm ke dalam tanah ubi tersebut merumpun rapat-rapat rasa challenging pula dari pengalaman tanam ubi kentang dulu. Cuaca kering beberapa hari ni membuatkan tukang kebun perasaan tak sabar dan tersilap tarik. Tersilap pergi tarik daun-daun tu tercabut, tapi ubi masih dalam tanah (kerja tergesa-gesa don't follow me). Siapa nak rasa macam mana perasaan gali ubi kentang, bolehlah praktis dengan bawang dayak. Patutlah walaupun nampak dari serumpun pokok tak banyak, tapi sebenarnya ada banyak sebab bawang tu merumpun rapat-rapat membesar dalam tanah tidak seperti ubi kentang, sunroot atau ubi keledek. Good crop plant yang pakai minimal space. Boleh aje tanam dalam pasu.
Antara hasil tuaian bawang dayak dari satu pokok, ada bahagian yang sudah ditanam balik. Dalam posting Khamis lepas ada tukang kebun kata nak buat sup bebola dengan tampaka.
Inilah simple sup merah bebola daging yang dibuat untuk kami sekeluarga. Antara bahan juga adalah halia merah. Kali ini lepas dinner kami ke Saujana Utama sekejap beli barang runcit dan isi minyak kereta. Hubby kata rasa nak buang angin sahaja. Abby pun tergelak-gelak abang-abangnya dengar adik buang-buang angin. Kombinasi sup halia merah dan bawang dayak rupa-rupanya membantu juga dalam membuang angin di dalam badan. Rupa-rupanya di Filipina bawang dayak yang bulbnya sudah dilembutkan (macerated bulbs) boleh digesek di perut kanak-kanak untuk menghilangkan angin dalam perut. Kalau mereka yang nak dapatkan anak atau nak mengandung serta tengah mengandung elok elakkan bawang dayak sebab dia ada agent anti-fertile, mengurangkan kesuburan jadi macam natural contraceptive. Kalau tukang kebun tak pe sebab kena rehatkan produktivity nanti asyik meroyan-royan lagi. Untuk yang sensitif, boleh mengakibatkan keguguran. Syukur Alhamdulillah main masak-masak di dapur juga dapat menambah dan mempelajari perkara baru mengenai bawang dayak lagi (info lama klik sini).
Paragraph ini consider boring sedikit tapi sebab ada kena mengena dengan subjek thesis specialization tukang kebun nak buat hypothesis (self note assumption) :
"New Wnt/beta-catenin signaling inhibitors isolated from Eleutherine palmifolia (Li et al 2009).
Article di atas adalah mengenai bawang dayak yang mempunyai component boleh digunakan untuk meghalang tumorigenesis dari berlaku.
Tapi yang menarik perhatian tukang kebun ialah gene Wnt/beta-catenin tersebut.
Kalau tidak silap dari pembacaan untuk discussion manuskrip tukang kebun yang sampai daku merajuk dengan supervisor sebab dah 2 tahun dia lambat-lambatkan pembetulannya supaya dapat nak submit publishing (minggu ini baru komen balik suruh tengok kalau ada keluar article baru mengenai gene sama, yang pergi perap-perap lama siapa suruhkan). Gene tersebut memainkan peranan penting dalam regulatory network system badan manusia boleh diibaratkan sebagai suis untuk bangunkan gene-gene lain dari tidur untuk melengkapkan proses perkembangan placenta di dalam manusia. Ianya juga memainkan peranan dalam pembiakkan. Bila tukang kebun baca je tajuk article tersebut, memang boleh dikatakan bawang dayak ini boleh menyebabkan keguguran atau menghalang dari mengandung.
Terror tak orang-orang dulu, sebelum bawang dayak dikaji secara terperinci dalam makmal, orang-orang dulu dah kaji sendiri dalam pemerhatian mereka mengenai khasiat dan effect yang diberikan oleh tanaman ini yang mengurangkan kesuburan dan boleh menyebabkan keguguran. Mmmm...hari ke-10 hingga hari ke-20 untuk wanita dari kitaran haid bermula boleh kut makan-makan bawang-bawang dayak kalau nak elak mengandung kehkehkeh.....

Rasa bawang dayak langsung tak de rasa macam bawang masak. Ada rasa macam ubi sunroot sikit pun ada. Bunganya pun nampak berseri di celah-celah weed yang tak sempat nak dikemas. Walaupun selalu ditenggelam oleh weed di dalam Kebun Bahagia Bersama, pokok bawang dayak tak lemas masih hidup bahagia. Sayangnya ianya lebih dikenali sebagai pokok ornamental dari peranannya sebagai herba.
~ Tampaka seasonal offer from Kebun Bahagia Bersama Backyard~
3 fresh bulbs for RM7.00 (Offer until 7th February 2014) .
Or
1 pot for RM7.00 .
Any enquiries (kebunkmg@gmail.com) .
menarik.... bawang birth control. :)
BalasPadamKenyang perut makan birth control ni Bangchik and Kakdah.
Padam1st time tengok dan baru tahu tentang bawang dayak (tampaka) cantik bawangnya dan sedappp nmpak sup bebola tuu...
BalasPadamMasak simple-simple je sudais untuk dinner. Bawangnya mirip French shallots.
PadamBook 1 pot ya...
BalasPadamTukang kebun ada sediakan untuk KakMar dan Sali.
PadamBunga cantik..bawang Nya pun byk khasiat
BalasPadamUntung tanam sebab ada hasil makan kan Nadia.
PadamI book 1 pot.
BalasPadamsaya nak beli bawang dayak
BalasPadam0134092298..aker
Salam Bahagia Aker Derashid,
BalasPadamBawang dayak ada stock, boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).
Camna sy nak beli..minta pencerahan tuan
BalasPadamasalamualaikum... di mana kebun bawangnya.. saya betul berminat.. macam mana saya nak dapatkanya tuan.
BalasPadamSaya nak beli blh pm pls.
BalasPadamByk kegunaan ...anti kanker(pengalaman sorg pengguna)dan dr kwn adek sy.
BalasPadamKulit yg kronik.
Salam Bahagia.
BalasPadamBoleh contact wassup Nizam 0192931340 untuk maklumat lanjut.
Ada stok.