No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 30 Oktober 2020

Snorkelling Small Mataking Island

Salah satu impian tahun lepas Syukur Alhamdulillah termakbul dapat melihat pemandangan dasar laut di kawasan sekitar Pulau Mataking, Semporna, Sabah. Walaupun secara snorkelling sahaja, jika ada rezeki nak juga menyelam dengan scuba diving. Pulau Mataking tidak dapat jejak kaki lagi sebab ianya dikirakan berada di dalam pengendalian resort penginapan di situ.
Kami dapatkan pakej island hopping 1 hari yang termasuk Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba (related posting klik sini) dan Pulan Mataking di Tourism Malaysia Travel Fair yang dianjurkan oleh Tourism Board Malaysia di Sabah Suria. Terfikir nak ke Semporna sebab alang-alang sebelum itu, kami ada dapatkan pakej ke Kawag Danum, Lahad Datu (related posting klik sini) di MATTA FAIR yang lebih awal diadakan di ITCC, Penampang beberapa bulan sebelum itu. Jadi bolehlah kami rancang cuti sekolah hujung tahun 2019, pergi trip Kawag Danum kemudian bergerak ke Semporna untuk island hopping. Di atas ini Tukang Kebun kebetulan jumpa resit pembayaran island hopping tahun lepas di mana COVID-19 belum muncul lagi dalam human population. Ketika itu harganya 1 pax promotion price pun dewasa RM180, sekarang separuh harga boleh dapat lepas PKP.
Di Travel Fair tersebut kami juga beli pakaj snorkelling ke Pulau Pandan Pandan (related posting klik sini). Kali ini bolehlah redeem untuk masuk acara cabutan bertuah dengan dua ticket. Biasanya Tukang Kebun tak pernah bernasib baik dalam cabutan bertuah ni. Sekali dapat jugalah salah satunya menang satu cabutan bertuah yang pelbagai jugalah set hadiahnya seperti large luggage beg warna biru (belum sempat nak guna), powerbank, keychain, t-shirt, voucher penginapan dan lain-lain. Macam berbaloi jugalah kalau menang cabutan bertuah jadi makin diskaun pula pakej kami beli dengan barangan yang dapat. Acara ini ada jemputan artis iaitu Misha, dapatlah bersalaman dengan Misha.
Sementara nak tunggu bot siap sedia untuk bertolak di jeti dari operator pengurusan sempatlah papa Abby beli cermin mata hitam untuk Ilhan pakai dari penjaja tepi jalan dan makanan untuk isi perut. Papa Abby kata takpe nanti boleh guna untuk potong rumput kesian pula anak mata silau.
Menarik juga snorkelling di kawasan air berdekatan Pulan Kecil Mataking ini, ada kekadang rasa kawasan aliran air panas, ada kawasan aliran air sejuk. Penyu memang mudah nak jumpa di Pulau Kecil Mataking ini.
Yang buat makin seronok ialah tak perlu menyelam scuba diving pun kita akan terjumpa kumpulan ikan baracuda yang besar tu dan muka garang. Papa Abby seronok tengok kumpulan beribu ikan lalu macam tornado dalam air gerakannya.
Group pelancong dalam bot yang membawa kami adalah cuma kami sekeluarga dan dua pelancong wanita dari Australia. Anak-anak ni pun tak risau sangat sebab ada guide teman sekali semasa snorkelling memastikan keselamatan pelancong-pelancong yang dibawa. Kekadang guide kena ingatkan jangan pergi jauh-jauh bila ralit berenang mengekor penyu kita di belah atas.
Pada sebelah malamnya kami ke kedai Fat Mom's Restaurant untuk mengisi perut. Ini kali kedua kami singgah makan di sini memang tidak menghampakan rasa makanannya. Biasanya di Fat Mom's Restaurant lepas makan ada complimentary dessert manggo puding. Di Fat Mom's Restaurant ini memang mereka hanya menghidangkan makanan laut yang segar sahaja ada tank akuarium mereka di kedai. Cuma kali ini ada aksi tak senonoh dari pelancong negara China, tak sempat nak buat apa-apa dan pelayan-pelayan restoran pun semua terkejut tengok tingkah laku pelancong tersebut. Di belakang kami tu ada meja yang ayahnya sedang duduk berbaju hitam kan. Keluarga dari negara China, pasangan ibubapa dan dua anak-anak kecil. Ada ke dia suruh anaknya kencing di bawah lantai papan kayu tersebut di bawah meja makan mereka di khalayak orang ramai. Anak perempuannya pun tak jauh beza dengan linkungan umur Abby. Sedangkan restoran ni pun ada tandas elok. Memang sebelum tu Tukang Kebun perhatikan maknya asyik main smartphone tak berapa melayan anak-anaknya dibiarkan sahaja. Budaya begini memang amat kurang menyenangkan sebab datang tempat orang tidak jaga adab. Sekurang-kurangnya pakai kan je la lampin pakai buang.


Kali ini kami pilih makanan laut di atas untuk isi perut, udang lipan saiz besar masak salt and pepper, scallop masak stim garlic dan lain tu dah lupa masakan apa. Ketam order 1 kilogram, tak sangka banyak pula jenuh nak habiskan.
Sebenarnya kalau tiada masalah angka Covid-19 ni meningkat seperti sekarang, Tukang Kebun ingat nak pergi diving di Semporna bulan ini masa awal bulan hari tu, tengah nak fikir-fikir pergi Pulau Mataking sebab harga promosi mereka sekarang jauh beza dengan harga sebelum PKP. 

Happy Weekend with your love ones!

14 ulasan:

meintheswim berkata...

memang exciting percutian ni. Dapat berenang dengan penyu! makanan pun sedap scallop dan udang lipan!

Syaz Rahim berkata...

Kan, semoga covid lekas2 hilang..

Amie berkata...

Rindu pula nak ke pulau. Banyak lagi pulau di Semporna yang belum diteroka. Harap-harap cepatlah covid berlalu, bolehlah sambung rancangan jelajah pulau.

Ana Jingga berkata...

stay safe TK mudah-mudahan semua ini akan segera berakhir. Subhanaallah cantiknya pemandangan laut di kepulauan sabah ni kan .

Azhafizah MN berkata...

Cantik Pulau Mataking ni. Tertarik dengan tulisan pada resit tu. berseni tulisan dia. Okaylah tu kak dapat hadiah luggage dan lain lain tu. Lucky day untuk akak :)

Warga negara tu memang macam tu rasanya. dorang punya etika memang tak boleh bawa bincang. ikut suka dorang je nak buat apa.

Luiz Gomes berkata...

Boa tarde. Como eu gostaria de estar aí com vocês. Bom final de semana.

KANG LATEP berkata...

Moga covid19 segera berlalu..teringin utk pergi...skrg ni memendam rasa melihat coretan org sajalah..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty meintheswim,

Bila dah seharian main air mesti selera makan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Syaz,

Moga keadaan makin balik ke normal.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Sabah ni banyak betul pulau kan Kak, ada je tempat2 belum pergi.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Ana,

Pemandangan pulau di Semporna memang taraf Mauritius and Maldives. Stay safe too Kak.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Cantik kan tulisannya. Syukur Alhamdulillah lucky juga, sebenarnya tak ramai tunggu cabutan bertuah tu.

TukangKebun berkata...

Hi Luiz,

Thank you for the lovely comments.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Pak Kang Latep,

Kan, ni lepaskan rindu mampu tulis coretan sahaja sambil tengok2 gambar.