Dalam planning trip jalan-jalan keliling Gunung Fuji kali ini papa Abby buat permintaan masukkan short trip ke negeri Nagano juga jika boleh dah alang-alang tak berapa jauh nak rentas dari negeri Yamanashi yang bersempadan dengannya. Maka, berusahalah juga Tukang Kebun nak selitkan satu hari bersiar-siar di tanah Nagano ini. Ibu kota negeri Nagano adalah Matsumoto dan tarikan utama di Matsumoto ini adalah istana traditional lama yang masih asli lagi bangunannya selamat dari di bom pada zaman perang dunia kedua. Istana Matsumoto ini termasuk dalam Top 3 istana tradisional paling cantik di Jepun.
Jika melawat istana lama Matsumoto ini antara masa yang indah adalah pada ketika pokok-pokok sakura di lamannya bunga sakura berkembang penuh. Ketika kami sampai ke sini pokok-pokok sakura baru sahaja mula nak berputik yang akan ambil masa seminggu lebih ke dua minggu lagi untuk kembang penuh. Kalau masa musim sakura mekar penuh pasti siang dan malam dipenuhi pelawat.
Salah satu keunikan istana lama Matsumoto ini berbanding dengan istana lama di tempat lain ialah warna dindingnya yang macam warna bulu gagak hitam. Kalau ada kuiz mengenai istana lama di Jepun, warna dinding inilah yang memudahkan perbezaan dengan istana-istana traditional lain. Ada juga beberapa burung swan putih dan itik-itik berenang dalam kolam keliling istana ini.
Kami tak masuk ke dalam istana Matsumoto ini kerana ada caj bayaran sebab kami 5 orang dah kena caj RM70 lebih jumlahnya. Antara istana yang kami singgah lawati di trip Jepun ini, Ilhan paling minat rekaan senibina yang istana Matsumoto ini. Ilhan teringin nak naik masuk juga tengok dalam istana ini tapi mama takde budget sangat, Nak bagi Ilhan masuk sorang-sorang pun bukannya dia faham sangat nanti informasi di dalamnya kalau bukan mamapapa nak explain. Istana Matsumoto ini 6 tingkat. Salah satu tarikan naik sampai tingkat atas istana ini adalah untuk menikmati pemandangan indah banjaran gunung atau Japanese alps yang tinggi-tinggi ini kebanyakkan 3000 meter lebih dengan masih diliputi salji. Kalau Gunung Fuji dia seketul dia je di situ. Japanese Alps ni gunung-gunang bersambungan. Lagipun tak perlu naik sampai tinggi-tinggi, dari ground level macam gambar di atas pun nampak saja salji di atas puncak-puncak banjaran Japanese Alps ni. Sepanjang perjalanan drive dalam kereta pun kita dapat menikmati panorama puncak-puncak gunung dipenuhi salji lagi semasa awal musim bunga.
Di sebelah bahagian belakang istana Matsumoto ini pun ada bekas taman lama yang ada koleksi pokok-pokok bunga cherry blossom yang menarik biasa warna pink kan, ni warna rona merah lain sikit. Kawasan sini sebenarnya bekas rumah-rumah lama sambungan istana juga tapi dah takde, tak ingat kenapa mungkin kes kebakaran kut.
Parking kereta banyak juga bersebelahan dengan istana Matsumoto ini jadi tak perlu nak jalan jauh sangat. Stesen Keretapi Matsumoto pun tak berapa jauh dari istana Matsumoto ini bagi mereka yang naik keretapi ke sini. Setelah meronda kawasan istana Matsumoto kami ronda-ronda pula bandar Matsumoto. Salah satu bangunan menarik di situ adalah museum jam di mana di luarnya ada jam gantung terbesar di Jepun. Kali ini sekadar ambil gambar kenangan bangunan tersebut sahaja.
Berdekatan di sini ada jalan pendek yang konsep tradisional ala-ala kedai zaman-zaman dahulu yang dikenali sebagai Nawate street. Nawate street ini bersebelahan Sungai Ta.
Nawate street ni maskot dia katak. Pilihan raya kat Sabah hari tu pun asyik hot topic pasal katak kan. Kalau tak silap memori Tukang Kebun rasanya di Hiraizumi, Iwate pun salah satu maskotnya adalah katak sebab teringat yang receptionist dekat Pusat Pelancongan Hiraizumi bagi kami set sticker katak masa kami melawat di sana (related posting klik sini) dan mereka namakan maskot katak itu "KEROHIRA". Memang di Jepun salah satu karektor yang digemari sebagai maskot adalah katak.
Maka banyaklah patung-patung katak pelbagai gaya di sepanjang Nawate Street ni untuk menghiburkan kanak-kanak kurangkan kebosanan mereka mengekor ibubapa cuci mata di kedai-kedai sana.
Di salah satu hujung jalan Nawate Street ini ada tandas awam bersih yang boleh disinggahi untuk melepaskan hajat. Anak-anak pun boleh main-main dan duduk di situ seperti gambar di bawah sambil berehat atau menunggu.
Rumah tradisional dulu designnya bagus untuk pengudaraan dengan jendela yang luas dan banyak.Sama konsep dengan Kuil Sensoji di Asakusa di mana ada lorong Nakamise deretan kedai sebelum menuju ke tempat ibadat (related posting klik sini). Lorong Nawate ini juga menyambung hinggalah ke Kuil Yohashira. Menarik juga difikirkan bagaimana penempatan perniagaan berkembang berhampiran pusat destinasi tempat ibadat pada zaman dahulu. Mungkin kerana ramai pengembara menziarahi tempat suci atau tempat ibadat boleh berhenti berehat sebelum menunaikan ibadat mereka, mencari tempat penginapan dan membeli ole-ole atau pelengkapan untuk perjalanan balik.
Tidak lama juga kami di bandar Matsumoto setelah ronda-ronda berjalan kaki untuk mulakan perjalanan ke destinasi lain pula.
19 ulasan:
Cantik pemandangan. Suka melawat tempat begini.
Baca pos ini ada sebut Asakusa teringat animasi Samurai X.
cantik nya kak... istana lama tu dia punya binaan tu cantik, pokok sakura tu pun cantik betul... dahla takde daun dia saja...
Suka tengok binaan castle jepun lama. Dengan teknologi pembinaan lama dia tanpa paku dan rekaan bumbung yang sangat unik. Signature of Japan.
wahh nice..duduk sana ke?
cantik..cherry blossom warna merah..
bestnya! doakan saya ada rezeki untuk ke sana juga nanti ;)
Cantik bunga cherry tu kan. Terang pula warnanya. Istananya pun cantik, bumbungnya macam ala-ala gaya istana di Korea pun ada.
Seronok..menarik
Salam Bahagia NA,
Walaupun di dalam bandar rasa nyaman dan tenang. Tidak rasa suasana kelam kabut biasa dilihat dalam bandar.
Salam Bahagia Dana,
Cantik kan bila dia sahaja keluar bunga dahulu, daun nya kemudian.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Unik pembinaan mereka yang tak gunakan langsung paku. Perabot tradisional pun begitu. Dulu ingat suatu hari nak cuba gak buat Perabot kecil hand made sendiri tanpa gunakan paku ikut Teknologi lama diorang.
Salam Bahagia Sis Cuya,
Masa zaman bujang duduk sana tapi bukan Matsumoto.
Sekarang ada adik junior mereka kerja di Matsumo sana.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Saya suka yang merah menyala sekali kala nak rasa background cherry blossoms warna lain.
Salam Bahagia Sis Diana,
Mereka sangat menghargai dan jaga Warisan lama-lama.
Salam Bahagia Sis Syaz,
InsyaAllah suatu hari sampai ke sana.
Salam Bahagia Kak Amie,
Banyak unsur traditional arkitek ada overlapping dengan China dan Korea.
Salam Bahagia Cikgu Bada,
Ambil pengalaman perhatikan budaya negara orang.
Aduyai cantiknya cherry blossom. Gambar yg diambil semuanya memukau
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Macam-macam rona warna cherry blossom dapat tengok di lain2 tempat yang disinggahi.
Catat Ulasan