Pada hari ke-10 berjalan di Jepun 2017 dari Ginza destinasi seterusnya ialah ke kawasan Asakusa (related posting klik sini). Kami menaiki Tokyo Metro ikut Ginza Line ke Asakusa Station. Semasa kami tiba di Asakusa station keadaan perhentiannya ini macam sedang renovation.
Kami tiba di Asakusa sudah waktu senja. Masih ada lagi beca tradisional Jepun jika ada yang berminat di depan Kuil Sensoji yang terkenal. Untuk rehatkan kaki kami pergi ke bangunan Asakusa Culture Tourist Information Center seperti di gambar No. 1 posting ini.
Di atas bangunan Asakusa Culture Tourist Information Center ini boleh kelihatan Tokyo Skytree. Di sini juga boleh nampak tempat perhentian Tokyo's water buses (Suijo basu) di gambar bawah. Jika nak ke Asakusa dari kawasan berdekatan Pasar Tsukiji (related posting klik sini) boleh juga naik bot (water bus). Kalau dari kawasan berdekatan Pasar Tsukiji perhentian bas air yang terdekat terletak dalam Taman Hamarikyu. Tukar angin bolehlah menyusuri Sungai Sumida ikut bas air lihat pemandangan bandar Tokyo. Harga water bus ticket dari Taman Hamarikyu ke Asakusa ( Himiko Water Bus Pier) adalah 740 yen dan akan limpas 12 batang jambatan.
Walaupun senja masih ramai lagi orang di kawasan kuil Sensoji yang terkenal tersebut. Dari atas bangunan Asakusa Culture Tourist Information Center kelihatan ramai kumpulan bergembira bersama kawan-kawan dan keluarga ambil gambar kenangan di depan pintu gerbang kuil terkenal ini.
Sepanjang lorong Nakamise Dori kelihatan penuh dengan pelawat-pelawat dari pintu gerbang sehinggalah di bangunan kuil utama.
Walaupun cuaca makin sejuk terasa di atas bangunan Asakusa Culture Tourist Information Center, masih beratus pelawat di kawasan keliling Kuil Sensoji.
Hujung minggu ini ada self-collect day :
22 & 23 hb September 2018 pagi antara pukul 10:00am - 10:30 am Sabtu/Ahad di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
Fresh cuttings mulberry putih atau anak pokok mulberry putih ada stok.
~ 4 fresh cuttings mulberry putih RM15 ~
~ 1 pot pokok mulberry putih RM30 ~
Yang mengidam pucuk asam gelugor juga ada 1 ikat RM1.00 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan