Selepas puas menikmati pemandangan di Taman Rikugien (related posting klik sini), kami mula bergerak ke kawasan Ueno pula masih menggunakan JR Yamanote Line. JR Yamanote Line tu pusing-pusing je walaupun kalau tersilap naik arah kerana dalam link bulatan je line keretapi untuk landasan JR Yamanote Line. Jadi untuk yang tak faham sistem keretapi dalam area Tokyo ni keliru dengan nama station, lebih mudah melawat tempat yang dalam landasan keretapi JR Yamanote Line. Suasana musim luruh yang sedang menyerlah pada hujung bulan November di kawasan UENO dengan barisan pokok-pokok gingko yang daunnya sudah kekuningan menyambut pengunjung-pengunjung pada hujung minggu tersebut.
Kenangan masa dalam perjalanan di dalam keretapi dari Komagome JR station ke Ueno JR Station ada wargaemas lelaki Jepun memulakan perbualan dengan kami dengan memberikan hasil frame buatannya yang ada beberapa origami berbentuk ikan paus dengan kertas yang berkilat. Mungkin teruja melihat permata-permata hati kami yang bertiga sedang seronok naik keretaapi. Di dalam nya terkandung message yang ringkas ditulis dengan tangan menggunakan pensil " All children in the world is the same and should all be happy". Bilangan kanak-kanak di Jepun kan sekarang sedang menurun sampai banyak sekolah kena tutup. Kesian dengan mangsa perang seperti kanak-kanak di Syria apabila hidup di negara berperang. Kadangkala dah terbiasa mungkin dia ingat papa Abby asal Middle East kut, pernah juga beberapa kali orang ingat papa Abby dari Israel. Teringat pernah tengok documentary ada beberapa kisah wargaemas lelaki travel ke negara yang melanda perang atau bencana untuk semata-mata hiburkan kanak-kanak dengan mengajar mereka buat origami. Katanya walaupun dari segi bahasa masing-masing tak fasih, tapi keseronokan membuat origami mengatasinya. Biasanya orang Jepun ni pemalu jarang menegur foreign people, penumpang Jepun lain pun dalam keretapi tu pun terkejut atuk Jepun semangat berborak dengan kami curi-curi tengok dan dengar hehehe...Ilhan pula dah nampak biasa naik keretapi, boleh duduk mana-mana yang kosong macam anak Jepun je naturally blend in dah berdikari pandai naik keretapi sendiri, tiada segan silu nak duduk sebelah siapa. Murah rezeki betul anak-anak melancong dalam Jepun ni ada je diberikan macam-macam.
Kebetulan juga rezeki anak-anak masa kami sampai di Taman Ueno ada Pesta Ninja, seronoklah mereka. Sambil tengok pertunjukan ninja, sambil isi perut dengan pelbagai pilihan makanan.
Tak sukar cari makanan pun sekarang bagi penganut Islam sekarang di bandar Tokyo, di pesta Ninja ini pun ada booth makanan halal. Papa siap dapat diskaun masa beli kebab dan long potato nampak macam anak beranak je muka dengan tauke orang Turkey ni.
Sementara tu mama pusing-pusing cari makanan yang bahan isinya boleh kami makan sebagai contoh mee goreng tiram ni. Tukang Kebun tanya ada isi benda seperti daging atau tidak, katanya tidak seafood dan sayur je memang rasa untuk tak hilang versi tiramnya.
Aik suka sangat pula si Abby dan Rayyan makan mee goreng tiram ni. Tukang Kebun belikan juga seorang satu kuih tradisional streetfood jepun iaitu taiyaki macam apam balik bentuk ikan dengan isi kacang hitam. Di Yanaka Ginza hari tu taiyaki bentuk kucing (related posting klik sini), yang tradisional bentuk ikan putih (tai).
Seronok anak-anak ni dapat tengok aksi-aksi kumpulan ninja dari pelbagai daerah Jepun dan hiasan seperti di kenderaan. Tukang Kebun pula terkejut tengok ada juga caravan disediakan untuk pertukaran currency macam Ringgit Malaysia.
Selepas makan-makan di Ninja Fair ini, bawa berehat dulu di depan fountain menghadap Japan National Museum.
Punyalah kuat anginnya bukan kategori angin sepoi-sepoi ni.
Meriah betul suasana di Taman Ueno ni, ramai pengunjung-pengunjung tempatan juga membawa keluarga beriadah. Tukang Kebun pun tak sangka walaupun ramai orang di kawasan Taman Ueno ini, masih lagi Tukang Kebun enjoy sangat. Banyak benda nak dilawat di Taman Ueno ini. Seharian pun tak dapat cover tempat nak melawat.
Promosi 3 pokok bunga orkid Golden Shower RM5.00 sehingga 31hb Oktober 2018.
2 ulasan:
Masa akk di Tamachi tahun 2012, ada org jual Kebab tapi x berani beli sebab takut tak halal walaupun mereka kata halal..
Salam Kak dari Borneo,
Kalau tak yakin elok elakkan. Lagipun kat Jepun senang banyak pilihan juga yang seafood.
Catat Ulasan