Selepas ronda-ronda destinasi terakhir kami pada hari kesepuluh masa Jalan-Jalan Jepun 2017, papa Abby teringin nak rasa makan Ramen. Ada kawan kata di kawasan Asakusa ni ada kedai Ramen halal dan alang-alang kebetulan berada di Asakusa. Maka papa pun cubalah cari guna Waze konon-kononnya. Nasihat Tukang Kebun jangan lah pakai WAZE nak ke kedai tu tak accurate berpusing-pusing kami dibuatnya. Walhal berapa kali lalu dekat kedai Ramen tu dan tak jauh pun dengan exit gambar di atas ni. Kalau nak ke tandas pun masa makan di kedai Ramen tersebut kena keluar guna public toilet di gambar atas tu depan convenience store. Sampai dah pusing-pusing banyak kali kan, si Ilhan dan Rayyan nak pergi public toilet kami berani let go mereka pergi berdua sahaja tak perlu kena teman sebab dah familiar dengan area tersebut.
Berdekatan dengan Kuil Sensoji ni ada theme park paling awal kelahirannya dibuka di Tokyo masih beroperasi namanya Hanayashiki Amusement Park. Ada juga masih ride retro yang nostalgik. Masa Tukang Kebun lalu walaupun pukul 7 malam dah masih beroperasi, siap masih panggil pelanggan lagi di pintu gerbang. Di depan pintu gerbang ada peti pos bertenggek patung panda.
Ada satu dewan menarik perhatian Tukang Kebun seperti gambar di atas. Macam ada pertunjukkan sketsa ala-ala Jepun campur zaman dulu dan moden agaknya, huhuhu kalau ada rezeki lagi bersantai teringin juga nak jenguk-jenguk. So KIV simpan nota kenangan di sini.
Sebenarnya kedai makan ramen yang Halal tu dalam kawasan gambar di atas ni je. Cuma waktu kami pergi mengelirukan sebab kebanyakkan kedai dalam lorong ini sudah tutup sebenarnya. Kemudian kedai ramen ni kalau tak masuk lorong tu, tak nampak dengan jelas jika jenguk-jenguk begitu sahaja. Pusing-pusing sampai pada awalnya rasa nak give up ja dengan kaki yang dah lenguh-lenguh rasanya selepas berjalan kaki seharian.
Kemudian bila Tukang Kebun perhatikan semula petanya, terdetik nak masuk je lah lorong tu, barulah nampak kedai Ramen halal ni yang masih buka lagi bila kedai sekeliling semua dah tutup. Nama kedai Ramen halal di kawasan Asakusa ini ialah Naritaya.
Dear hubby yang teringin nak rasa makan ramen sebab dia suka makanan bersup ni. Tukang Kebun just teman dan out of curiosity sebab bukan penggemar sup yang tegar, lebih-lebih lagi kalau sup yang macam ada berminyak ni. Selalu hairan jugalah kenapa makanan Ramen ni ramai orang Jepun suka makan. Menu kedai ramen Naritaya ini ditampal di dinding ya.
Papa Abby pilih untuk cuba yang Special Naritaya-Ramen, manakala mama Rayyan ambil yang perisa pedas. Banyak cili flake dalam kuahnya yang jenis spicy ramen. Mereka yang suka melancong dan mencuba makanan tempatan bolehlah cuba Ramen halal di Naritaya masa lawat Sensoji Temple di Asakusa.
~ 1 moist bare-rooted peace lily/madonna lily RM7.00 ~More info on Peace Lily (Click Here).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan