Masakan cukup simple untuk makan malam Rabu lepas. Tapi puas hati Tukang Kebun perhatikan semua berselera makan. Pencuci mulut buah jambu batu dari kebun juga ada. Musim hujan lebih-lebih lagi sebelah petang hingga ke malam, sesuailah masakan berkuah panas-panas. Dah lama tak masak sayur manis, tak sangka pula si suami mengidam nak sup asin-asin musim hujan ni berselera.
Nak sediakan pun begitu mudah cuma tumis bawang merah, bawang putih dan cili burung dengan sedikit minyak zaitun dah panas. Isi air. Tunggu mendidih airnya. Kemudian masukkan daun sayur manis yang dah dilerai-lerai dari ranting dan dicuci. Kalau nak masukkan sebiji stok kiub ikan bilis atau ayam pun boleh. Kalau rajin masa menumis, tumis juga ikan bilis atau udang kering pun boleh. Masukkan sebiji telur bila nak agak dah hampir masak. Kacau-kacau. Secubit garam untuk perisa. Done. Makan panas-panas.
Beberapa minggu ini musim buah ceri barbados di Kebun Bahagia Bersama. Abby yang puas makan hampir tiap hari. Kata Abby manis, berkerut dahi Tukang Kebun tengok Abby makan. Eloklah banyak natural vitamin C untuk Abby musim hujan ini. Boleh habis segenggam buah Ceri Barbados, Abby makan sorang-sorang sambil Panther temankan santai di lantai dapur.
Buah mulberry ada juga berbuah cuma kekadang Tukang Kebun tak perasan. Dua minggu lepas, stok mulberry yang dah berakar, kehabisan stok. Minggu ini sudah ada stok baru untuk anak pokok mulberry yang sudah berakar. Dalam 1 bekas ada sekurang-kurangnya 2 anak pokok mulberry. Dalam bentuk keratan ada juga Kebun Bahagia Bersama bekalkan untuk mulberry.
~ Mulberry sudah berakar 1 pot RM7.00 ~
~ 10 keratan mulberry RM7.00 ~
Anak pokok sayur manis, dah sold out bulan ini. Jadi kami bekalkan dalam bentuk keratan sahaja sehingga next batch anak pokok sayur manis ready.
~ 10 keratan sayur manis RM5.00 ~
Hari Kebangsaan lalu, ada Tukang Kebun tuai juga sayur manis dan beberapa butir telur itik juga diperolehi. Tukang kebun tak sempat masak malam itu, jadi masukkan sahaja dalam plastik terus ke dalam peti ais. Jumaat lepas sesudah balik dari urusan jenazah arwah atuk sebelah papa Tukang Kebun, dah mandi-mandikan anak yang kuyup, Tukang Kebun keluarkan simpanan sayur manis yang dituai dari Hari Kebangsaan lalu dan masih nampak segar lagi. Lalu salah satu menu untuk makam malam repeat cara masak sup asin-asin yang suami suka. Jimat belanja bila sayur manis, cili burung dan telur dari kebun sendiri.
Semasa Tukang Kebun sibuk mandikan anak-anak, suami yang tanak nasi dan dimasukkan sekali telur masin. Terkejut bila dibelah, rupanya telur itik kuning kembar. Hari Ahad lepas ada suami buat 25 telur itik masin lagi untuk bekalan dapur bulan depan.
Minggu ini yang berminat nak dapatkan telur itik segar organik dari Kebun Bahagia Bersama masih available ya (sebutir 70sen). Itik-itik telur kami bebas jalan merata cari makanan dalam kebun. Habis anak-anak pisang dan pucuk-pucuk ubi kayu yang baru naik dikerjakannya (nangis). Tapi kawasan itik-itik rajin melepak memang makin kurang rumpai di situ.
Self-Collect Schedule This Week:
~ 9hb September 2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di stesyen minyak Petronas, Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan Shah Alam.
~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Shah Alam.