No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 23 April 2014

Sawi Jepun Komatsuna Gokurakuten 極楽天 Organik

 Tukang kebun bila dah hujan mula bertandang akhir bulan lepas masih teragak-agak nak cuba tanam beberapa jenis sayuran di belakang nun sana yang memang nasibnya ikut rentak rezeki hujan. Disebabkan hujan tak turun tiap-tiap hari dan suhu masih panas berbanding dengan beberapa kawasan berdekatan. Bila tukang kebun keluar dari kawasan kampung kami ini selalu tengok tempat lain hujan tapi hujan tak beberapa nak turun di sini (berapa kali mengadu dekat tukang-tukang kebun duduk area Shah Alam yang rezeki hujannya lebih banyak). Selang beberapa hari rentak hujannya. Bila bermula sahaja hujan turun setelah berminggu-minggu lamanya tiada, untuk lepaskan gian menyemai, terus tukang kebun ambil risiko semai beberapa biji benih di raise bed angsa (RIP) yang kebiasaannya menjadi favourite lokasi tukang kebun tanam komatsuna (sawi jepun) <lokasi klik sini>.  Dari terbiar kosong dan rumput rumpai yang naik balik dengan hujan datang, baik taburkan benih-benih yang ada dulu. Biar sama-sama naik. Kita tengok siapa meninggi dulu.

 Syukur Alhamdulillah masa minggu menyemai cuaca pada sebelah siang tidaklah bahangnya macam pada musim kemarau menjadikan percambahan tidak masalah walaupun lokasi ini adalah di tempat full sun. Kali ini tukang kebun testing pula dengan kemampuan biji benih Komatsuna Gokurakuten  極楽天 sebab setakat ini dengan beberapa jenis sawi Jepun yang telah tukang kebun testing 'end result' masih ada tuaian untuk kami makan di lokasi ini. Dulu tukang kebun ambil masa dalam sebulan lebih kurang habiskan masa sejam kemas, gembur, semai dll di lokasi ini untuk dapatkan hasil. Sekarang sebab dah biasa hanya anggaran 30 minit sahaja dalam sebulan, tukang kebun habiskan masa di lokasi 1 meter persegi ini setiap bulan. Ia lepas selesai menyemai biji-biji benih, tukang kebun tawakal sahaja apa yang berlaku atas raise bed ini. Kalau ada rezeki tukang kebun, adalah tu. Kalau rumpai dah teruk sangat je baru cepat-cepat cabut itu rumpailah.

 Dulu tukang kebun pernah baca interview di majalah gardening di Australia. 

Orang bertanya: Dengan lifestyle dan working condition sekarang, ada ke masa nak tanam makanan sendiri?
Yang kena interview menjawab : Kalau kita ada dapat luangkan masa 30 minit menatap TV atau YouTube, semestinya kita ada masa untuk tanam makanan sendiri.

Untuk menyedarkan diri menggunakan masa yang bermanfaat, tukang kebun selalu teringat kembali jawapan tersebut bila mood malas melanda. Bila dah makin biasa dengan environment sepanjang tahun di kebun sendiri, InsyaAllah kita akan makin efficient menggunakan masa yang ada di kebun.

 Inilah hasilnya dalam kurang 5 minggu. Alhamdulillah hujan pun mulai hujung minggu lepas setiap hari datang dan ribut pula tu dengan cuaca pun lebih nyaman sekarang. Pejam celik mata, tukang kebun pun tak sangka bila diintai dah tinggi dan boleh nak tuai rupanya. Bukan hanya pasir tanah banyak bertapak melompat ke daun tetapi nampaknya banyak juga kesan lovebite dari serangga juga. Siap tinggalkan kesan poo poo besar di daun merata-rata. 
 Kesimpulannya, elok sudah tukang kebun tuai kesemuanya hari ini. Bila dah dicuci hasilnya nampak dah menarik macam gambar teratas, tuaian kami di awal pagi hari ini di kelilingi nyamuk yang tidak belas kasihan. Lepas tuai, lantas tukang kebun kemas-kemaskan dan semai terus beberapa jenis biji-biji benih tengok mana yang serasi dengan cuaca sekarang (nota tukang kebun: kali ini tidak diberi baja). Yang selalu suka buat lovebite dekat komatsuna di lokasi ini, memang ulat jenis ini.
 Ulat ni pandai menyorok dalam tanah, bila dituai keluarkan komatsuna dalam tanah kekadang dia sama-sama melekat keluar sekali. Tadi seekor pun tak nampak di daun. Bila gembur-gembur tanah, itu dia nampak sorak dalam tanah. Kalau gardeners yang peka bolehlah pantau sebelum ulat-ulat ni dah besar gemuk bolehlah kutip mereka masih tiny tiny. Kalau tak rajin (ehem tiada masa) macam tukang kebun sebelum banyak lovebite boleh sahaja mula tuai komatsuna tersebut boleh rasa rezeki dari kebun.  Komatsuna ni tak kira berapa size atau minggu usianya dah boleh dibuat sayur. Lagi muda lagilah sedap rasanya.

 Cuci jelah kesan kotoran di daun. Kalau kita tengok poo poo ulat ni pun warna hijau dari penghadaman sayur. Logiknya apa yang mereka makan dengan hanya daun sayur organik tersebut lebih bersih dari apa yang keluar dari badan kita. Itulah yang tukang kebun Lenay ingatkan tukang kebun masa awal-awal berjinak berkebun dulu. Tukang kebun Lenay dulu kata masa mereka menjual sayur-sayur daun, penat juga di awal-awal pagi lepas tuai nak dicucinya sayur-sayur di tepi sungai sebelum mereka bawa ke tamu. Kitakan dah biasa tengok packing cantik-cantik di supermarket, tak pernahlah terfikir macam tukang kebun orang bandar ini. Bila tanam makanan sendiri baru tahu and we started to appreciate whatever we can harvest from our own little garden.

 Kita makan sayur daun yang tidak pernah disembur, kita yakin apa yang masuk di dalam badan. Petanda lovebite dan tukang buatnya wujud di situ menandakan makanan kita adalah hasil yang original tanpa kosmetic racun semburan nak maintain kecantikkannya. Of course, cosmetic adalah untuk maintain penampilan outer beauty (cover with toxic) bukan untuk maintain inner beauty (non-toxic).

 Kalau tanam dalam komatsuna dalam bekas pun boleh juga seperti tukang kebun CT aju di "Sweet Touch".

 Minggu ini dengan cuaca yang kurang panasnya di Kebun Bahagia Bersama, rasa-rasa tukang kebun minggu yang sesuai nak semai biji-biji benih jenis sayur daun (masa je tak de). Gabungan kekerapan hujan dan full sun biasanya komatsuna cepat melonjak naik dalam 4-5 minggu saiznya memang dah seronok nak dituai. Kalau di kawasan kurang matahari, dia naik lambat-lambat sikit ya terutamanya jika banyak hari mendung. Do take advantage of the perfect weather.

~ Biji benih Komatsuna Gokurakuten  極楽天 ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek (RM1.00) .

Jenis sayur daun yang available lagi (anggaran 50 biji benih RM1.00) :
- Arugula (Rocket Victoria) -
- Mustard Green Giant -
- Tsai-Hsin (Macam sawi bunga) -

Akan datang untuk bulan May, sayur daun Jepun jenis 'Tsukena' mirip kepada Bok Choy ada 2 jenis:
-Vitaminna (mula popular dengan gardeners di sana, tukang kebun pun teruja nak rasa kenalah tanam sendiri).
-Hiroshimana (variety dari Hiroshima prefecture).
(May pre-orders anggaran 50 biji benih dalam 1 pek RM1.00)

15 ulasan:

Tiny gardener berkata...

I want vitaminna & Hiroshima.

Tiny gardener berkata...

I want vitamin a and Hiroshima. Tq.

Ismail N berkata...

Betul tu, kita x tau brp byk racun serangga yg kita 'ngap' bila beli sayuran di supermarket sekarang ni. Memang plan nak tanam sendiri tapi entah bila...

ct aju berkata...

wahhh...segarnya sayur2 diana...ct nak order vitamina, hiroshima & arugula

nasa mulia berkata...

dah lama x main ngan ulat ini sebab dah tak berkebun...salah satu yg suka duk kat pokok sayur manis.

Awin berkata...

nak 2 pack setiap satu jenis

Tanpa Nama berkata...

i want 1 pack for vitamina & hiroshimana pls..

Choi Min
hohcmin@yahoo.com

SriKota Garden berkata...

Salam Diana,
Saya nak
1. Vitaminna
2. Hiroshima
3. Mustad green

Ibu Qistina berkata...

Assalam,

Diana saya pun nak juga Vitaminna dan Hiroshimana satu pek setiap satu.

Tq :)

Suzie berkata...

Besar nya nok ulat

nadia rashid berkata...

Gemok nya ulat! Dlm tanah pun ada...sedap sgt eh sayur komatsuna ni...

Order....sy nk lah try komatsuna ni 1 pek
Dan sekali dgn sayur jepun preorder bln May tu...1 pek for each type

afiqahliyana berkata...

nak oder mustard green giant, vitaminna dan hiroshimana 1 pek each... tolong email semua oder yg ni n sebelum ni ke afiqahliyana90@yahoo.com... tq....=)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia,

Tukang kebun ada simpankan as requested untuk Sali, CT Aju, Awin, Choi Min, Cikgu Z, Ibu Qistina, Nadia dan Afiqah.

Ismail N,

Memang tak tahu berapa kali racun ntah yang untuk komersial mass planting, for sure first spray masa stage baby lagi sebab ni paling sedap dan siput suka attack. Perlahan-lahan mencuba. Try yang mudah dulu 2-3 jenis ikut cuaca.

Nampak segar sebab hujan dan baru kena cuci kut CT AJU.

Nasa Mulia~ Pokok sayur manis kat sini tak dikacau pula.

Suzie ~ Ulat yang dah kekenyangan banyak makanan sihat free.

Nadia,

Selalunya paling gemar makan sayur komatsuna ataupun daun pelbagai radish si ulat bulat ni.

jimie berkata...

as salam, masih ada lagi benih benih semua? saya nak beli .

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jimie,

Masih ada kesemua biji benih ini.
Boleh hantar pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) .