No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 15 April 2014

Tumbuhan Lasak Kemarau Tropika

 Dugaan bagi mereka yang baru nak menunaikan hajat murni resolusi menghijaukan kebun tahun 2014 ini ialah kemarau yang lama dan luar biasa bila baru sahaja kick off masuk bulan Februari lepas (I feel your pain). Tetapi belum terlambat masih ada masa. Tambahan pula dengan darurat air, kami pun pertama kali minggu lepas 2 hari ketiadaan bekalan air walaupun hujan ada turun. Cara berkebun pun bertukar rentak untuk tukang kebun tahun ini dan menjadikan lebih prihatin mana tumbuhan makanan (edible) yang lasak di kala musim kemarau supaya tidak putus bekalan makanan. Salah satu pilihan ialah jenis tumbuh-tumbuhan yang bila sudah selesa ataupun 'well-establised' boleh survive dengan sendirinya bila tukang kebunnya sibuk dan di kala musim kemarau tidak memerlukan kekerapan menyiram (drought-tolerant plant).
 Antaranya ialah pokok asin-asin atau sayur manis. Asin-asin ni pertumbuhan akarnya sangat cepat dan banyak (selalunya stok tukang kebun akar dah berselirat-selirat keluar dari bekas) yang memberikan keupayaan untuknya mencari air jauh ke dalam tanah.  Sepanjang musim kemarau tidak disiram ianya masih gagah perkasa lagi bila umurnya dah setahun lebih. Asin-asin ni kira sayur emergency tukang kebun boleh diharapkan bila bekalan fresh lain dah hampir tiada. Asin-asin pun tak memerlukan ruang yang banyak. Pokoknya pun meninggi jadi boleh juga dijadikan macam hedge atau tutup pagar dari mata-mata bukan muhrim kita. Kalau rumah teres, 3 pokok pun InsyaAllah dah cukup untuk seisi keluarga bolehlah buat pusingan dengan tumbuhan lain. Lagipun pokoknya bukan riwayat singkat, hidup bertahun-tahun lama jadi sesuai juga untuk mereka yang sibuk bekerja dan maintenance pun minimum.
 Ingatkan hujung minggu lepas nak potong rumput, sekali mesin rumput dah uzur pula. Pelik, potong kena lalu 4~5 kali baru terpotong. Bila dearest hubby periksa ingat blade dah tumpul, langsung tak de blade. Nak kena hantar repair tukar blade baru. Lalu tukang kebun kemaskan petak No. F, semua pokok asin-asin di situ tukang kebun buat hard pruning. Ketinggian semua dah lebih tinggi dari tukang kebun jadi lebih kurang tinggi 1 kaki tukang kebun potong. Cerah petak F bila dipangkas pokok-pokok asin. Lalu kali ini tukang kebun pindahkan anak roselle di sini tengok sesuai atau tidak.
 Nun di petak E sebelah tu, tampaka (bawang dayak) pun tak disiram masih gagah tumbuh bahagia sendiri. Masa musim kemarau mulalah baru tukang kebun sibuk menuai tampaka campur dalam sup buat tambahan bahan. Baru tukang kebun tahu, tampaka ni pun jadi makanan emergency fresh stock dari kebun sebab tak perlu kalut nak tuai bawangnya bila perlu sahaja. Sekarang ni tukang kebun mula tanam kembali bawang-bawang tampaka untuk emergency food lagipun tumbuhan ni tak perlu sangat ditengok boleh survive sendiri. Dari tanah terbiar kosong memenatkan tukang kebun nak merumput, baik tukang kebun tanam bawang dayak to fill in the gap.
 Pokok yang tahan musim kemarau lepas juga adalah pokok mulberry. Alang-alang kemaskan petak F ni tukang kebun pun kasi gondolkanlah pokok mulberry dalam petak ini. Mulberry kalau nak berbuah kena pangkas ya. Kalau pokok yang baru ditanam dari keratan, nasihat tukang kebun ini biarlah dia berumur lebih 3~4 bulan sekurang-kurangnya baru nak pangkas. Kadangkala bila cucuk keratan dah mula berbuah, lebih baik buang bunga-bunga tu biarkan pokok tak habiskan tenaga untuk membesar. Biarkan ia fokus membesar dahulu. InsyaAllah dengan kesabaran hasilnya lebih lumayan dan pokok umurnya panjang. 

 Ini kiranya long term planning, bukan sahaja kita terfikir nak kutip hasil dalam 2~3 bulan. Tetapi kira investment jangka hayat panjang untuk tahun depan. Supaya resolusi gardener baru tidak terbantut. Berkebun ni nak kena sabar. Tiadanya kebun instant kecuali ada personel gardener bergaji. 

 Bulan ini rasanya elok menanam tumbuhan 3 jenis ini, asin-asin, tampaka (bawang dayak) dan mulberry di kebun supaya bila musim kemarau datang tahun depan mereka dah gagah perkasa nak menempuhinya. Pokok mulberry yang dipangkas masa musim kemarau tempoh lalu sungguhlah menjadi buahnya.
 Minggu ini tombak-tombak asparagus Mary Washington pun kelihatan muncul keluar dari tanah (yang ini dari Petak E). Pokok asparagus juga bila dah hampir setahun juga tahan musim kemarau. Asparagus pun sekarang ni selalu terbiar je dekat belakang kebun.

 Semua pesanan yang diterima hingga hari Ahad lepas, tukang kebun dah selamat pos awal pagi Isnin. InsyaAllah hari ni ada yang sudah terima. Sekiranya ada ruang dan tidak melebihi berat, tanpa memilih kasih tukang kebun ada sertakan beberapa keratan mulberry dan asin-asin hasil dari kemaskan petak F Kebun Bahagia Bersama. Ada juga yang diselitkan tumbuhan air 'kiambang'.

5 ulasan:

Nasa Mulia berkata...

keratan mulberi ada lagi ker..hehehe

Normala Saad berkata...

Pokok asin-asin ni memang tahan lasak pun. Sepanjang musim kering dulu dia tetap maintain hijau..

nadia rashid berkata...

kiambang yg sy dapat masih segar menunggu pasu yang sesuai...terima kasih diana...:D

alyachan berkata...

tumpang tanya, ade jual lagi tak bji benih portulaca grandiflora/ rose moss?

TukangKebun berkata...

Nasa Mulia,

Keratan mulberry tu sentiasa ada sebab banyak juga pokoknya. Cuma ikut kepada tukang kebun rajin atau tidak.

Kak Mala.
Ya memang tahan lasak tak perlu banyak penjagaan. Kekadang tak tengok pun.

Nadia,
Syukur Alhamdulillah masih segar bugar bolehlah bela guppy kasi main dengan Naufal.

Alya_sygs ~ Tukang kebun sekarang tiada stok biji benih portulaca.