Hati big boss gembira melihat ada sudah kemajuan di kampungnya yang sudah ditunggu sekian lama berpuluh-puluh tahun sebelum tukang kebun lahir lagi. Jambatan pun selain dari musim hujan sudah selesai dibina (klik sini) boleh dilalui dan sekarang projek jalan berbatu atau gravel sedang dijalankan untuk menyambung kampung-kampung di kawasan pedalaman. Gambar rumah big boss di kampungnya diambil dari atas bukit dekat dusun arwah atuk tukang kebun. Gambar-gambar posting kali ini tukang kebun ambil dari Facebook page big boss yang dikongsikan baru-baru ini.
Sebelum itu, sebab tukang kebun terima banyak pertanyaan sama tiap-tiap minggu, tukang kebun tiada facebook account. Kadang-kala tukang kebun kongsi tengok dearest husband punya, menumpang husband punya facebook. Terima kasih banyak-banyak ramai yang memberi sokongan supaya tukang kebun buka page facebook untuk 'Kebun Bahagia Bersama' tetapi tukang kebun rasa belum bersedia dan tak cukup ilmu lagi untuk dikongsi. Untuk ketika ini, tukang kebun ada komitmen lain yang perlu diselesaikan selagi tukang kebun tak submit thesis tukang kebun selagi tu tukang kebun tak mampu nak buka page facebook. Menulis posting yang kadang kala minta maaf tukang kebun merapu-rapu juga mengambil masa (kadangkala tukang kebun mengada-ngada merajuk kalau tiada feedback jadi tukang kebun menyepikan diri). Mungkin penulisan tukang kebun tidak baik jadi lebih baik tukang kebun take a break dan gunakan masa tersebut untuk benda-benda lain. Ada kalanya, penulis pun hilang inspirasi nak menulis rasa macam syok sendiri pulakan. Tetapi tukang kebun rasa lebih user friendly blogging untuk ketika ini sebab mudah nak tengok balik nota-nota dan inventory tukang kebun sendiri berbeza dengan facebook yang banyak adalah current issues susah nak scroll semula tengok posting yang lama-lama. Tukang kebun selalu nasihat kalau tukang kebun tak dapat balas email cepat bolehlah feel free tengok label 'nota tukang kebun' atau archives lama mengenai specific plants yang ada di sebelah kanan posting blog berderet boleh cari tanaman info tersebut. Kekadang sudah pun dibincangkan perkara yang sama sebelum ini secara am dan syukur alhamdulillah ada juga yang sudi berkongsi maklumat dengan meninggalkan komen-komen. Personally at the moment memang tukang kebun tengah puasa facebook, sebab kesannya terhadap anak-anak. Beberapa minggu lepas, Rayyan yang berusia 4 tahun dapat hadiah tab dari neneknya (walaupun hati tukang kebun tak berkenan tapi tak dapatlah nak kata apakan sebab dari big boss untuk cucu dia). Benda pertama dia minta install buat parents terkejut is dia nak ada facebook. Dah mulalah tukang kebun menjeling tajam dekat papa Rayyan sebab dia yang suka bersantai tengok facebook especially lepas balik kerja. Mana taknya hati tukang kebun makin panas je, dahlah Ilhan pun kerap kali bila tukang kebun tanya papa buat apa Ilhan kata papa tengok facebook. Memandangkan anak-anak tukang kebun masih bukan umur yang sesuai nak terdedah dengan social networking sebagai ibubapa dan contoh kepada anak-anak rasanya facebook belum masuk dalam agenda Kebun Bahagia Bersama. Berblogging juga sudah mengambil masa, Tukang kebun lebih gemar jika dapat luangkan masa dengan anak-anak mahirkan dalam kemahiran seperti berkebun dan lain-lain. Syukur Alhamdulillah hari cuti bila petang mereka akan dengan sendirinya minta main luar dari habiskan masa menghadap screen warna-warni tu. Dengan tanggungjawab yang ada sekarang, memang tukang kebun tidak dapat meluangkan masa dengan adanya page facebook nak maintain, Kebun Bahagia Bersama blog pun nyawa-nyawa ikan rasanya. Perasaan kini terkilan juga sebab tak mampu nak jaga sebaik-baiknya Kebun Bahagia Bersama yang seekar ni seperti big boss buat. Kalau big boss yang berbadan lebih kecil dari tukang kebun seorang ibu kepada 4 anak boleh maintain KBB selama ni tanpa bantuan luar, kami suami isteri masih tercungap-cungap nak maintain KBB masih jauh lack of skill and experience lagi. Kami tiada staff pembantu semua kerja di luar kami buat sendiri, hujung minggu ini pun dalam kepala asyik fikir nak selesaikan potong rumput barulah boleh nak fikir nak menanam. Belum lagi kerja nak mencantas-cantas bahagian depan rumah. Sorry banyak celoteh pula.
Projek jalan raya sedang dibuat belum letak gravel lagi nak ke rumah big boss di kampungnya. Lalu antara kebun getah untuk setakat ini kalau 4 wheel drive InsyaAllah boleh lalu. Dulu kereta tak dapat sampai ke rumah. Jadi terpaksalah angkat-angkat barang lalu jambatan gantung. Sekarang ni impian big boss kalau nak renovate rumahnya ke rumah batu bolehlah sebab dah banyak anai-anai makan di rumah kayu sekarang.
Big boss tengah bahagia pokok bambangan yang ditanamnya dah mula berbunga. Wah merah menyala bunganya buah yang Eila (Sepang) suka makan tu, tukang kebun pun pertama kali tengok. Entah bilalah pokok yang big boss tanam di KBB sini nak berbunga juga, macam lama je lagi sebab pokoknya pun tak sebesar macam di kampung big boss lagi. Big boss pun sedang seronok sebab pokok avocado yang dah lama ditunggu-tunggu akhirnya dah berbuah di kampung untuk pertama kali. Bila tuan tanah balik ke KBB bawalah balik ole-ole dari kampung ya untuk kami di sini.
Pigeon Orchid big boss di kampungnya juga rancak berbunga di atas batang kelapa yang dah uzur. Rindunya nak balik.
Yang ini pula penyeri di rumah big boss di Telipok sekarang. Bila dah sudah biasa berkebun walaupun tiada ruang banyak masih tetap menanam pelbagai jenis tumbuhan. Pokok cabai burung semestinya benih dari KBB big boss bawa.
15 ulasan:
Salam,wah, da pandai merajuk mak budak ni haha. Eila suka sgt baca celoteh diana, nama pon silent reader..nak respon tu malu2 :) teruskan berceloteh yer, cuma untuk memudahkan pembaca utk curi2 nafas, elok diana letak perenggan, bile dlm satu paragraf panjang, napas pun cungap..heheh
Bulat mata eila tengok pokok bambangan, kalau kat KBB pokoknye da matang dan hasil buahnyeberlebih2, bole jual kat eila yerk..owang johor tp suka jeruk bambangan,ape ade hal! Nama satu malaysia haha..
Untuk tanam sendiri bambangan rasanya tidakla.ini pun separuh hari kerjakan rangoon creeper yg da mcm hutan atas pergola..mmg letih berkebun tp addicted! Heheh-eila
Salam Diana,
Padanlah Mak Aji perasan gak, macam lama juga kadang2 Diana menyepi. Merajuk juga ya! Orang muda takpe merajuk, comey je, kalau Mak Aji yg merajuk dah takde comey lagi dah! Syoknya Mak Aji tengok rumah big boss yang dikelilingi pokok tu! Sihat walafiat tuannya sebab dapat banyak oksigen!
Wow... What a breathtaking scenery esp. can see Mt.Kinabalu (previous blog). Lucky u :)!
ChoiMin
Cantik pemandangan kampung Diana
Sentiasa tinjau baca cuma tak komen. so no needlah merajuk ok. anyway semoga impian bonda untuk rumah batu tercapai. update.
ceri tganu senget
Selalu singgah baca. So need merajuk2lah ok. semuga impian rumah batu bonda tercapai. Nice view.
anak ceri tganu senget
Diana...tak perlulah buka fb. Blog ni dah cukup ok. senang juga saya nak refer. BTW...teruskan menulis. saya suka baca Entry Diana
Wah..cantiknya kawasan kampong Diana..
Saya pon prefer share things in blog dr FB :)
salam, nak tanya buat thesis berkenaan tumbuhan ker atau suka berkebun sebab nak kekalkan alam semulajadi macam di kampung telipok tu?..
salam, nak tanya buat thesis berkenaan tumbuhan ker atau suka berkebun sebab nak kekalkan alam semulajadi macam di kampung telipok tu?..
dah jarang sangat buka fb sekarang ni...tp blog paksa juga curi2 ms tgk...:D
seekar sangat lah luas...tahniah pada awk diana...at least mcm2 pokok sy kenal dr blog KBB...tanah laman sy yg sejemput pun sy semput...:D
xpayah berfesbuk..blog pon dah lebih dari ok..apepon KBB lah yang membuatkan saya membuka blog tanaman..kongsi maklumat yg ada...
Kehkehkeh saja mengada-ngada nak merajuk sekali kala Eila dear, betul tu kekadang lupa nak putus-putuskan cerita dengan perenggan.
Challenging juga fikir nak tuai buah-buah bambangan tu kalau tiada siapa yang nak memanjat.
Rangoon creeper tukang kebun pun nak kena kemas-kemaskan juga mana yang dah out of control tu.
Salam Mak Aji,
Memang merajuk tu kalau lama-lama posting tak keluar hehehe...ngada-ngada nak tengok ada orang rindu tak dekat tukang kebun ni hehehe...Tukang kebun merajuk pun tak comellah Mak Aji, dah mak kepada 3 orang budak ni huhuhu...
Good weather can see the Mount Kinabalu peak Choi Min. Not sure if I can go for a visit this year or not.
SriKota Garden , itu yang hati sentiasa rindu nak balik. Sungai pun rindu gak nak main-main.
Dear anak ceri terengganu senget, tukang kebun ada hantar anak ceri terengganu senget ke? hehehe...sebab ibu pokoknya pun senget juga di belakang kebun sana. Terima kasihlah doakan dan membaca posting tukang kebun.
Awin, kalau dapat membantu kongsi ilmu syukur Alhamdulillah rasa berguna jugalah diri ini. Bila setiap hari Isnin ambil budak ni di Shah Alam cemburu rasanya Shah Alam hujan sini tak hujan huhuhu...walaupun jarak tak berapa jauh. Pastu tukang kebun teringat rezeki Awin hujan hari ini dengan gardener-gardener lain di Shah Alam.
Kak Mala, suami Diana pun suka balik sana, selalu mengajak juga bila nak balik tapi Diana kata dengan 5 orang tak berapa cukup budget nak beli tiket lagi tahun ini.
Neny ~ Sama-samalah citarasa kita :).
Salam Bahagia Nasa Mulia,
Thesis tukang kebun lain bidang sama sekali. Cuma berkebun ni memang passion kami anak beranak. Banyak pulangan berbudi pada tanah.
Nadia, Banyak lagi ruang nak penuhkan di kebun Nadia, takpe perlahan-lahan bila ada masa. Kami pun banyak lagi tumbuhan yang ada dalam koleksi tuan tanah tak kenal juga ini. Jadinya tulis blog ni sebagai inventory nanti generasi yang sudi menjaga KBB akan datang tahu apa yang ada.
Ratu ~ Sama-samalah kita kongsi maklumat yang ada supaya menarik lebih ramai untuk mempunyai keyakinan nak cuba-cuba menanam.
Catat Ulasan