No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Limau Kapas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Limau Kapas. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Februari 2016

Slashing the Drunken Sailor

  Awal tahun 2016 kawasan ini memang semerbak baunya dari pokok bunga akar dani yang dah merimbun semula melilit pagar dan pokok-pokok tinggi sekelilingnya.  Walhal baru sahaja bulan November lepas Tukang Kebun dan Ilhan Mikhail berdua kemaskan dan slash drunken sailor/akar dani hingga ke pangkal pokoknya. Boleh banding kehilangan bayang pokok akar dani ini setelah dikemaskan November lepas di posting sebelum ini (klik sini).
  Cuti panjang tahun baru Cina lepas, Tukang Kebun ambil kesempatan kemaskan akar dani ini sebab dah menyebabkan banyak pokok terlindung dari cahaya matahari. Sebagai contoh sebab pokoknya aktif melilit pagar jadi pokok-pokok ubi kayu tanam di petak 1 yang tinggi pun boleh tak nampak bayang. Sekarang bolehlah lebh banyak pokok ubi kayu tersebut menerima cahaya matahari. Berapa je tinggal dahan pokok akar dani tersebut setelah ditebang boleh diperhatikan di gambar No.2 di atas dan zoom dekat gambar No. 3 di bawah.
  Pokok akar dani yang dah selesa di rumahnya biasa sangat lasak. Walaupun dah dipotong kontot begitu nanti datang musim hujan naiklah pucuk baru semula. Pokok akar dani ini kami tak pernah siram sepanjang tahun. Akar dani amat sukakan kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang sangat banyak. Jika pokok akar dani ditanam di atas tanah dan bukan di pasu sebenarnya lebih mudah penjagaannya sebab tak perlukan belaian yang banyak. Biasanya kalau sudah dipindahkan ke tanah setelah 6bulan ianya sudah tidak memerlukan siraman yang kerap berbanding dengan hidup dalam pasu. Tanam dalam pasu juga boleh jika tiada ruangan tanah.

~ 1 bekas anak pokok akar dani/drunken sailor RM8.00 ~

  Dalam Gambar No. 2 di atas ada pokok limau kapas yang tak putus-putus berbuah sepanjang tahun. Syukur Alhamdulillah. Pokok limau kapas ini mudah dibela dan berbuah di cuaca Tanah Rendah tanahair ku.

~ 1 pokok limau kapas grafted RM15 ~

atau 1kilogram buah limau mixed RM6.00 (boleh dipos atau self-collect).

  Self-Collect Schedule Minggu depan:

~ 5th/6th March 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

   Antara fresh-goodies yang available:

~ 1 set 5 batang ubi keladi RM1.00 (dari rimbunan gambar di atas baja kompos organik).
~ 1 set buah pinang muda RM2.00 ( dari pokok pinang tengah gambar di atas).
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun katak puru/ nam nam RM1.00 .
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
~ 10 biji telur itik RM7.00 .
 Antara sebab perlu slash pokok akar dani tersebut sebab dah terlampau mabuk sampai dah menutup pokok-pokok bunga orkid jenis 'Trumpet Player's Schomburgkia yang Tukang Kebun ikat pada pokok kemboja tahun lepas. Syukur Alhamdulillah nampak dah banyak akar-akar baru tumbuh mencengkam batang pokok kemboja tersebut seperti gambar No. 6 di atas dan No. 7 di bawah. Bayangkan yang gambar No. 7 di bawah ini tenggelam langsung dalam rimbunan daun pokok akar dani tersebut yang boleh dibandingkan semula posisinya di gambar No. 1 dan No. 5 di atas. Syukur Alhamdulillah masa Tukang Kebun pindahkan dulu dah nampak kecut batangnya sebab musim kering dan tak siram dan sekarang dah gemuk semula batangnya serta tumbuh keluar akar-akar baru.
  Jenis pokok bunga orkid Trumpet Player's Schomburgkia ini memang antara orkid jenis tahan panas. Maklumat lanjut mengenai jenis orkid ini boleh lawat di posting sebelum ini (klik sini). Biasanya untuk jenis orkid ini kami bekalkan 1 pokok RM15. Sehingga 31 March 2016 boleh dapatkan 2 pokok bunga orkid Trumpet Player's Schomburgkia dengan harga RM20 (Jimat RM10).
  Hasil dari memangkas pokok kemboja bali kuning putih picotee yang wangi bunganya ini November lalu, maka sudah lebih bercabang-cabanglah dahan pokok-pokok kemboja ini. Dengan banyak dahan baru maka lebih banyaklah tangkai-tangkai bunga yang akan dihasilkan. Lebih wangilah kawasan ini kan. Kalau dengan akar dani dan pokok kemboja jenis ini berbunga serentak memang wangilah laluan ini. 

  Promosi sehingga 31hb March 2016 sahaja bermula dari hari ini, jika yang berminat untuk mendapatkan pokok kemboja bali kuning putih picotee instant yang sudah berakar (tinggal balik nak tanam je). Boleh tanam dalam tanah atau pasu. Syaratnya kena self-collect sebab saiz dah terlalu tinggi untuk dipos. Masa nak self-collect lebih baik inform kenderaan jenis apa yang akan dibawa senang kami nak budget saiz.

Gambaran bunganya boleh rujuk posting site ini (klik sini).

Yang sudah ketinggian anggaran 50cm pokoknya RM25.00.

Yang sudah ketinggian anggaran 1 meter pokoknya RM40.00 .

Selagi stok masih ada.


Khamis, 11 Februari 2016

Kumpulkan Kapas

  Sementara menunggu dearest husband hard-pruning pokok rambutan sekolah yang dah merimbun besar menyebabkan kawasan sekeliling gelap, Tukang Kebun tuailah buah limau-limau kapas yang dah agak masak. Sebab kawasan dahan-dahan besar pokok rambutan yang jatuh tu dah habis berkeliaran kerengga yang mengamuk sebab rumahnya dah kena usik. Musim rambutan akhir tahun lepas, yang memajak rambutan merah dari Kebun Bahagia Bersama asal buahnya antara dari pokok ini lah. Lepas dah bertempiaran larikan diri dari amarah kerengga, sebelah petang kami buatlah projek kebun mini pisang nangka dan nenas (related posting klik sini).
  Kebetulan Tahun Baru Cina ini banyak buah-buah limau kapas yang sudah masak keemasan bergayut di pokoknya. Tengoklah si Kiki Turkey betina pun nak masuk kepalanya dalam gambar. Biasanya dalam sebakul gambar No.1 di atas tu ada lebih 3kilogram beratnya. Inipun tak terambil lagi semua buahnya, sebab kena distract memangkas pokok kapas di sebelahnya yang makin rimbun nak elakkan dari pokok kapas jadi terlampau teduh. Ambil sahaja bahagian untuk pesanan buah limau mixed dahulu.
    Baka limau kapas ini ada buahnya bulat, ada kekadang buahnya lonjong. Rasanya lebih mirip kepada limau lemon berbanding dengan limau nipis untuk baka pokok limau kapas ini. Rasanya pun tidak semasam buah limau nipis. Baunya juga wangi harum. Biasanya Tukang Kebun suka buat air limau gunakan jenis baka limau kapas ini.

Info lanjut untuk pokok limau kapas boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

1 bekas pokok limau kapas grafted RM15.00 .

1 kilogram buah segar limau mixed RM6.00 (boleh juga dipos).


  Tahun Baru Cina hari pertama sebelah paginya kutip buah limau kapas. Hari kedua Tahun Baru Cina pagi pula kami kutip kapas atau cottonboll. Elok pula cuaca masa Tahun Baru Cina pertama tak hujan, jadi molek kering nak kutip masa pagi Tahun Baru Cina hari kedua. Nampaknya pokok-pokok kapas dalam Kebun Bahagia Bersama sudah mula kitaran musim bunganya semula bila Tukang Kebun intai-intai nampak ada dah bunga nak kembang.

~ Anggaran 20 biji benih 1pek harganya RM3.00 ~
  Sebelum kami petik cottonboll sebenarnya kami gali keluar juga ubi-ubi bemban dari Petak 1 dan Petak 2 untuk pesanan yang diterima. Yang berminat untuk merasa ubi bemban juga boleh self-collect hujung minggu ini atau akan dipos hari Isnin. Hujung minggu ini pesanan terakhir kami ambil untuk ubi-ubi bemban segar. Next pesanan diterima untuk hasil ubi-ubi bemban ialah penghujung bulan March.

~ 1 set ubi bemban RM7.00 ~

Selasa, 13 Oktober 2015

Tumbuk Lada

  Antara snapshot yang sempat diambil untuk hasil tuaian Kebun Bahagia Bersama bagi pesanan-pesanan minggu lepas. Antara pesanan utama diterima minggu lepas adalah seperti buah cili burung dan buah citrus mixed.
  Terjumpa pula gambar-gambar yang diambil semasa membawa anak-anak melawat Muzium Negara beberapa tahun lalu. Salah satunya mengenai senjata traditional yang dipanggil 'Tumbuk Lada'. Ada juga nama senjata dipanggil 'Tumbuk Lada'. Rasanya gambar yang diambil di bawah sebelah kiri adalah contoh-contoh 'Tumbuk Lada'.
  Tukang Kebun dari dulu lagi sebenarnya teringin nak tengok live performance 'wayang kulit', belum lagi tertunai hajat kecil tersebut. Sekiranya ada sesiapa tahu ada show 'wayang kulit' yang akan dibuat, tinggallah pesanan dekat Tukang Kebun. Bolehlah jika ada kelapangan Kebun Bahagia Bersama Team Members boleh take a break tengok 'wayang kulit'.
  Tukang petik cili burung di Kebun Bahagia Bersama sekarang adalah Tukang Kebun Kecil si Ilhan Mikhail. Bergotong-royong dapat diagih-agihkan kerja di dalam kebun. Jadi cepat sikit kerja siap, bolehlah kita bersantai-santai sekejap kalau ada pondok seperti di bawah. 
  Tukang Kebun Ilhan pun makin rajin menolong sebab kira dapat upahnya bila pesanan-pesanan buah cili burung diterima. Gembira nampak raut wajahnya tanya kenapa Ilhan dapat duit ni Mama? Sebab Ilhan rajin buat kerja tolong mama jaga kebun. Kalau rajin berbudi pada tanah, InsyaAllah ada rezeki. Minggu lepas sebab papanya outstation, bila mama tanya Ilhan nak duit belanja tak hari ini. Kalau dia dah dapat upah hasil dari jualan cili burung, biasanya Ilhan kata tak perlu lagipun ada biskut dan air sebagai bekalan.
 Gambar di atas pula antara pesanan-pesanan dari Seksyen 11 Shah Alam iaitu buah cili burung, pucuk muda daun ubi kayu dan citrus mixed. Yang Tukang Kebun tumpangkan ialah telur ayam mutiara.
  Syukur Alhamdulillah sekarang ini kelihatan pokok limau kapas rajin dan lebat berbunga setiap minggu. Memang biasanya musim peak buah limau kapas di Kebun Bahagia Bersama ialah penghujung tahun. Gambar di bawah ini yang sedang ayam jantan 'Shiro' ikut buat inspection ialah untuk tuaian pesanan-pesanan dari Pinggiran USJ.
Fresh produce Kebun Bahagia Bersama yang available untuk self-collect minggu ini ialah:

~ Buah Cili Burung 1 pek RM1.00 .
~ Buah Citrus Mixed 500gram RM3.00 .
~ Buah Canistel/Kuning Telor 1 kilogram RM5.00 .
~ Buah Ciku 1 kilogram RM4.00 .
~ Buah Pisang Abu 1 sisir RM5.00 .
~ Pucuk Muda Daun Mulberry 1 ikat RM1.00 .
~ Pucuk Muda Daun Assam Gelugor 1 ikat RM1.00 .
~ Ayam Kampung Dara Organik sudah diproses seekor RM25.00 .
~ Kelapa Parut 3 biji RM5.00 .
~ Buah Kelapa Tua 3 biji RM2.00 .
  Soalan yang kerap diterima, buah katak puru minggu ini not available. Gambar di atas adalah antara pesanan dari bandar Sunway. Juga available minggu ini ialah telur itik sebutir 70sen.
   Self-Collect Schedule This Week:

~ 14hb Oktober 2015 Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di depan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 17/18hb Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie Highway).


Isnin, 5 Oktober 2015

Pelbagai Kelapa Muda

  Tukang Kebun nak buat coretan mengenai kerja yang dilakukan pada Ahad baru-baru ini. Bermulanya dengan langkah permulaan Tukang Kebun nak ke kebun belakang waktu bagi makan ternakan, gembira melihat ada kudup bunga teratai lemon bersebelahan pagar nak masuk kebun belakang. Kemudian setelah memilih ayam kampung yang hendak diproses dan hantar ke kedai, mulalah kami menuai pesanan-pesanan hasil organik segar dari kebun yang akan diambil selepas pukul 9pagi.
  Antara tuaian pada pagi Ahad lepas yang masih available diambil pesanan untuk self-collect minggu ini  bagi yang berminat adalah seperti:

~ Buah kuning telur/canistel sekilogram RM5.
~ Buah limau campur-campur 500gram RM3.
~ Daun Assam gelugor seikat RM1.
~ Daun pucuk ubi kayu seikat RM1.
~ Seekor ayam kampung segar telah diproses RM25.
   Minggu lepas Sabtu kami tak buat kerja di kebun, hari Ahad pun curi-curi masa dan tema ialah kelapa. Untuk mengurangkan kos bagi makan kepada ternakan, salah satu sumber makanan yang penting ialah dari kelapa. Dari bulan lepas, Tukang Kebun ada intai satu atap ni dah macam banyak kelapa yang jatuh atasnya keluar pucuk-pucuk daun, dah siap boleh buat benih dah untuk tanam ke tanah. Yang mana nampak tak elok yang keluar pucuk-pucuk tu, Tukang Kebun dah sorting ketepikan untuk stok makanan ternakan. Biasanya yang dah keluar pucuk dekat pokok kelapa tua tu memang dah ada isi tombongnya tu. Itu memang kegemaran angsa-angsa. Pantang nampak tengah belah kelapa datang manja gesel-gesel minta simpati nak kelapa yang ada berisi tombongnya sekali.
  Bukan angsa dan itik je yang suka makan tombong kelapa, budak kecil berdua ni pun kalau ada mood nak juga makan bila nampak Tukang Kebun tengah kukur kelapa ada yang dalamnya dah ada isi tombong kecil. Nak pilih sendiri pula tu. Dah kata yang kecil lagi sedap nak juga ambil yang lebih besar.
  Yang jenis kelapa di sebelah sangkar dah banyak jatuh buah kelapanya dah boleh jadi bibit adalah berbentuk sangat bujur tajam di hujungnya macam bola rugby. Tukang Kebun pun tak tahu nama khas kelapa jenis ini, google pun tak jumpa-jumpa. Jadi untuk mudah Tukang Kebun panggil kelapa bola rugby je sebab bentuknya. Masa kecil lagi pun kelapa-kelapa muda dah bentuk sangat bujur macam bola rugby. Bila dah tua keluar pucuk pun masih nampak bentuk bola rugby seperti gambar No. 4.
   Walaupun nampak buahnya bujur macam kecil, sebenarnya isinya tebal cuma sabut je tak tebal. Big Boss biasanya suka gunakan isi kelapa tua ini untuk santan sebab dia dah biasa agak yang kalau nak masak rendang ayam nogori seekor guna santan 3 biji kelapa tua bentuk bola rugby ini. Kalau tangan kecil macam Tukang Kebun ini senang sikit nak pegang tempurung kelapa nak kukur isinya. Bentuk kelapa yang jarang sekali kelihatan, biasanya bentuk bulat sahaja. Ada lagi satu juga kelapa koleksi Big Boss bentuk bujur juga tapi lebih nipis macam piring tajam dan saiz kecil kurang setengah dari saiz kelapa bola rugby ini. Ya kelapa bukan sahaja berbentuk bulat macam bola sepak ada juga bentuk macam bola rugby. Yang berminat untuk dapatkan jenis kelapa bola rugby ini ada limited ready stock di Kebun Bahagia Bersama.

~1 Bibit kelapa bentuk bola rugby RM7 ~

  Sekiranya ada gardeners yang ketahui mengenai jenis kelapa bentuk bola rugby ini, silalah berkongsi.
  Syukur Alhamdulillah semalam banyak juga hasrat mengidam Tukang Kebun yang dah lama bersabar tu, dearest suami dah tunaikan. Sebenarnya ada beberapa koleksi pokok kelapa yang Big Boss kumpul dan tanam, dah lama Tukang Kebun teringin nak rasa air kelapa mudanya. Biasalah yang lebih cekap nak memanjat dari Tukang Kebun tak berapa motivated nak pergi ambil, biasa ada beberapa pokok je yang dikait buahnya jika ada permintaan Tukang Kebun terasa nak minum air kelapa muda sambil buat kerja. Lepas diambil semua kelapa bentuk bola rugby yang jatuh atas atap tu, kami beralih fokus dekat pokok kelapa gambar atas yang bersebelahan pokok gajus. Ada 3 jenis kelapa dapat kami uji-uji rasanya semalam. Setiap tandan, buahnya kami testing untuk memastikan masih muda atau belum.
  Hati makin ceria sebab dah dapat rasa beberapa jenis kelapa muda apabila tengahari dah ceria kembang penuh juga teratai kuning sambil Tukang Kebun lalu lalang ke dapur nak tengok ayam kampung yang sedang panggang dalam ketuhar. Kemudian setelah dipetik semua kelapa muda dan kelapa tua dari pokok tersebut, kami beralih kepada pokok kelapa yang berbentuk bulat dan saiz sederhana. Sambil perhatikan dearest suami yang sedang berhempas pulas-pulas kelapa, baru perasan ada pokok pisang nangka dah keluarkan jantung bunganya.
  Pokok kelapa pertama yang dikait buahnya dalam kereta sorong yang berwarna hijau berbentuk bujur (nampak mirip macam buah kelapa bentuk bola rugby tapi ada perbezaan, hujungnya tak berapa tajam masih lengkung bulat). Pokok kelapa yang kedua dikait buahnya sedang dikumpulkan longgok di sebelah kereta sorong.
  Yang dalam gambar bawah ini pula jenis kelapa lain, berbentuk bulat dan hampir 2 kali ganda lebih saiznya dari yang pokok kelapa dikait giliran no. 2. Nampak buahnya besar macam keras, tapi yang buah muda ada jatuh boleh pecah tempurungnya, lekas-lekas dearest suami panggil atas pokok suruh kutip minum sayang airnya. Ketika dipanggil Tukang Kebun pula tengah proses menanam bibit kelapa jenis pokok yang dikait giliran no. 2. Walaupun saiznya lebih kecil, tapi salah satu objective Kebun Bahagia Bersama ialah semua jenis kelapa tak kira saiz dan bentuk mempunyai nilai yang sama, conservation is one of our target. Biasanya dekat Malaysia ini ada trend dan easily go with the flow, orang sibuk tanam misalannya kelapa pandan, semua nak tanam kelapa pandan. Sekarang sibuk pula dengan kelapa jenis matag. We tend to forget the importance of diversity. Do not devalue fruits due to its saiz and shape, they might have something more of a value than meets the eye.
   Giliran NO. 3 jenis kelapa yang dikait buahnya jenis besar. Ada beberapa perkembangan umur buahnya dituai yang muda, yang kira dah tua tapi belum bertukar coklat kulitnya dan sudah tua sabutnya.
  Syukur Alhamdulillah Ahad baru-baru ini walaupun cuaca berjerebu dapat dikemas kini pokok-pokok kelapa ini supaya moga ia lebih teruja nak berbunga dan menghasilkan buah-buah kelapa berterusan lagi. Potong pelepah yang dah tua kering dan buah kelapa yang dah tua. Dry kitchen Big Boss sekarang ini tengah susah nak jalan banyak simpanan buah-buah kelapa muda sebab tempat yang paling sesuai nak simpan untuk tahan lama. Kelapa muda biasanya jika disimpan dengan elok paling kurang 2~3 minggu masih segar dan elok. Buah kelapa gading muda yang disimpan ada dah seminggu dituai minggu sebelum ini (related posting klik sini), masih elok segar rasa airnya macam yang awal minum dahulu bila Tukang Kebun check. Untuk simpan buah kelapa muda supaya tahan lama memang elok biarkan sahaja dengan kulit asalnya begitu bila nak minum baru potong bentuk mana kita suka, simpan di kawasan yang tak kena cahaya matahari secara langsung, teduh, keadaan kering dan tidak panas (suhu normal bilik dah memadai). Kiranya biarkanlah airnya tersimpan dalam natural tupperware dia tak perlu potong lagi.
  Minggu ini gardeners yang dah cop reservation sekurang-kurangnya 5 biji kelapa muda, bolehlah Tukang Kebun cuba campurkan jenis-jenis lain dapat merasa nanti. Yang berminat untuk self-collect kelapa muda dari Kebun Bahagia Bersama masih ada very limited kelapa muda available belum kena booking lagi. Juga available ialah kelapa tua yang masih hijau lagi kulitnya lebih enak isinya untuk dibuat kuih untuk self-collect minggu ini selagi stok masih ada.

~ Kelapa Muda sebiji RM2 ~
~ Kelapa Tua sebiji 50sen ~
~ Kelapa sudah dikukur sebiji RM1 ~
  Tersengih-sengih sorang-sorang pula si Tukang Kebun sambil berehat minum air kelapa di kebun tengok message dari Kak F di Rawang. Terima kasih di atas perkongsian Kak F. Kebetulan pula musim jerebu ini dah 2 kali weekend kami berjemur jerebu di kebun sambil minum-minum beberapa biji air kelapa muda sambil bekerja. Mungkin memang amat baik amalkan minum air kelapa muda masa musim jerebu ini. Bila masuk dari berkebun pula, biasanya Tukang Kebun sediakan air teh limau home-grown untuk bersama makan late lunch.


  Sebelum masuk rumah, sempatlah kutip telur ayam, buah katak puru dan pucuk-pucuk mulberry. Minggu ini juga available ialah pucuk muda daun mulberry seikat RM1.


Self-Collect Schedule Minggu Ini:

~7/8 Oktober 2015, 2:00PM~2:30PM di stesyen minyak PETRONAS berhampiran D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam menghadap Stadium Shah Alam.

~ 7 Oktober 2015 Rabu malam, 9:00PM~9:30PM berhampiran Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ 10/11 Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi, 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Ahad, 20 September 2015

Minggu Musim Kapas dan Kuning Telor

  Catatan hujung minggu Tukang Kebun untuk minggu ini sebelum berehat tidur. Yang nyata minggu ini adalah musim buah kuning telur dan juga kapas di Kebun Bahagia Bersama.
  Untuk dibuat contoh gambar-gambar tuaian buah kuning telur atau canistel yang dituai hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) adalah dari hasil 1 pokok sahaja. Lumayankan buah yang dihasilkan dari 1 pokok yang sama. Masih ada banyak lagi di atas pokok tengah nak ranum. Untung tanam pokok canistel tak perlu banyak penjagaan dan menghasilkan banyak buah. Yang berminat nak menanam pokok canistel/kuning telor boleh dapatkan juga anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama (1pot RM15.00).
   Hujung minggu ini juga gali keluar bawang-bawang berlian dari tanah untuk pesanan yang telah diterima. Kebelakangan ini asyik lupa nak tuai terung telunjuk sehingga banyak dah masak keemasan atas pokok.
  Ada juga buah-buah jambu batu yang dapat dikutip dari 2 pokok yang berlainan jenis. Sebab buah membesar secara organik ada ulat di dalamnya satu fenomena yang tidak asing lagi. Limau kapas buah jadi berpasir-pasir sebab yang duduk di atas tanah sambil membesar kerana kuasa gravity dan dicakar-cakar oleh ayam.
   Rasanya bulan ini ada ayam-ayam betina yang baru matang sedang belajar bertelur. Bertelur merata dan saiz pun kecik semacam. Tukang Kebun rasa kesan jerebu kali ini dekat Kebun Bahagia Bersama ialah dekat ayam dan itik kurang menghasilkan telur. Saiz telur ayam gajah pun tak sebesar macam biasa. Hujung minggu depan yang bercadang self-collect  goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga boleh booking fresh duck eggs (sebutir 70sen).
  Sabtu baru-baru ini selesaikan hajat yang terbantut akibat kena sengat tebuan masa Hari Malaysia. Tukang Kebun nak sangat pindahkan anak-anak pokok pisang bantan di tempat yang dah dikemaskan hujung minggu sebelum itu, terpaksalah dearest husband layan dulu permintaan itu before jadi more grumpy. Sambil-sambil itu juga pindahkan anak-anak pokok pisang seperti pisang nangka dan pisang abu yang dah tinggi saiz kira selamat dari dimakan oleh angsa ke tempat yang lapang. Mood jadi bertambah baik bila tengok makin banyak tersusun pokok-pokok pisang dalam kebun. Lepas layan permintaan isteri bolehlah selesaikan pesanan nak masukkan tanah bakar dalam guni-guni makanan ayam.
  Kemudian isteri pula layan hajat si suami nak pindahkan batch yang kami panggil 'ayam pantang' yang hampir berumur 2 bulan ke kandang lebih besar. Luas lebih 2 kali ganda dari kandang sebelum itu. Biar banyak space mereka nak bergerak-gerak exercise dan membesar lagi. Belum boleh lepas saiz ni, takut senang biawak dan kucing boleh makan lagi dengan mudah.
  Dalam batch 'ayam pantang' ini ada ayam kampung, ayam botak dan ayam selasih kacuk. Panggil batch 'ayam pantang' sebab memang yang bakal nak berpantang lepas bersalin anak pertama bulan depan punya booking order. Sekarang ini kalau sambil-sambil merumput dekat belakang rasa rajinlah sikit sebab boleh kasi makan dekat 'ayam pantang' ini juga hasil merumput. Laju je habis daun-daun mereka ratah dan lebih sihat pemakanannya.
  Sekarang kalau kukur kelapa memang paling seronok anak-anak ayamlah. Memang bekas saki baki isi kelapa yang tinggal dekat tempurung untuk habuan mereka. Gambar bawah anak ayam gajah antara 1st born Kebun Bahagia Bersama bulan lepas lahir dengan pertolongan incubator seronok dapat makan. Rasanya batch yang lahir bulan Ogos tahun ini for our easy reference nak panggil 'ayam merdeka'. Batch 'ayam merdeka' malam ini first night tidur di luar rumah dengan kelambu. Nak biasakan tunggu besar sikit nanti pindahkan ke kandang sebelah 'ayam pantang'.
  Yang ini pula sangkar anak-anak ayam lahir bulan September umur semua kurang 10 hari. Tukang kebun saja cuba kasi testing bagi diorang bekas tempurung yang sudah isi dikukur ada baki, wah bukan main seronok lagi patuk-patuk isi makan. Yang berminat untuk dapatkan ayam kampung sudah diproses segar bela di Kebun Bahagia Bersama seekor RM25.
 Pesanan-pesanan yang diterima untuk pengeposan 21hbSeptember2015 dah selamat Tukang Kebun packing, InsyaAllah awal pagi esok akan dipos. Kami masih buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk minggu seterusnya (28hbSeptember2015) bagi yang masih berminat. InsyaAllah antara goodies yang available untuk minggu seterusnya adalah seperti buah kuning telur dan lain-lain fresh harvest of the day. Untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja, 1pek fresh harvest Kebun Bahagia Bersama yang berat hampir 2kilogram termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia RM21.