Tukang Kebun nak buat coretan mengenai kerja yang dilakukan pada Ahad baru-baru ini. Bermulanya dengan langkah permulaan Tukang Kebun nak ke kebun belakang waktu bagi makan ternakan, gembira melihat ada kudup bunga teratai lemon bersebelahan pagar nak masuk kebun belakang. Kemudian setelah memilih ayam kampung yang hendak diproses dan hantar ke kedai, mulalah kami menuai pesanan-pesanan hasil organik segar dari kebun yang akan diambil selepas pukul 9pagi.
Antara tuaian pada pagi Ahad lepas yang masih available diambil pesanan untuk self-collect minggu ini bagi yang berminat adalah seperti:
~ Buah kuning telur/canistel sekilogram RM5.
~ Buah limau campur-campur 500gram RM3.
~ Daun Assam gelugor seikat RM1.
~ Daun pucuk ubi kayu seikat RM1.
~ Seekor ayam kampung segar telah diproses RM25.
Minggu lepas Sabtu kami tak buat kerja di kebun, hari Ahad pun curi-curi masa dan tema ialah kelapa. Untuk mengurangkan kos bagi makan kepada ternakan, salah satu sumber makanan yang penting ialah dari kelapa. Dari bulan lepas, Tukang Kebun ada intai satu atap ni dah macam banyak kelapa yang jatuh atasnya keluar pucuk-pucuk daun, dah siap boleh buat benih dah untuk tanam ke tanah. Yang mana nampak tak elok yang keluar pucuk-pucuk tu, Tukang Kebun dah sorting ketepikan untuk stok makanan ternakan. Biasanya yang dah keluar pucuk dekat pokok kelapa tua tu memang dah ada isi tombongnya tu. Itu memang kegemaran angsa-angsa. Pantang nampak tengah belah kelapa datang manja gesel-gesel minta simpati nak kelapa yang ada berisi tombongnya sekali.
Bukan angsa dan itik je yang suka makan tombong kelapa, budak kecil berdua ni pun kalau ada mood nak juga makan bila nampak Tukang Kebun tengah kukur kelapa ada yang dalamnya dah ada isi tombong kecil. Nak pilih sendiri pula tu. Dah kata yang kecil lagi sedap nak juga ambil yang lebih besar.
Yang jenis kelapa di sebelah sangkar dah banyak jatuh buah kelapanya dah boleh jadi bibit adalah berbentuk sangat bujur tajam di hujungnya macam bola rugby. Tukang Kebun pun tak tahu nama khas kelapa jenis ini, google pun tak jumpa-jumpa. Jadi untuk mudah Tukang Kebun panggil kelapa bola rugby je sebab bentuknya. Masa kecil lagi pun kelapa-kelapa muda dah bentuk sangat bujur macam bola rugby. Bila dah tua keluar pucuk pun masih nampak bentuk bola rugby seperti gambar No. 4.
Walaupun nampak buahnya bujur macam kecil, sebenarnya isinya tebal cuma sabut je tak tebal. Big Boss biasanya suka gunakan isi kelapa tua ini untuk santan sebab dia dah biasa agak yang kalau nak masak rendang ayam nogori seekor guna santan 3 biji kelapa tua bentuk bola rugby ini. Kalau tangan kecil macam Tukang Kebun ini senang sikit nak pegang tempurung kelapa nak kukur isinya. Bentuk kelapa yang jarang sekali kelihatan, biasanya bentuk bulat sahaja. Ada lagi satu juga kelapa koleksi Big Boss bentuk bujur juga tapi lebih nipis macam piring tajam dan saiz kecil kurang setengah dari saiz kelapa bola rugby ini. Ya kelapa bukan sahaja berbentuk bulat macam bola sepak ada juga bentuk macam bola rugby. Yang berminat untuk dapatkan jenis kelapa bola rugby ini ada limited ready stock di Kebun Bahagia Bersama.
~1 Bibit kelapa bentuk bola rugby RM7 ~
Sekiranya ada gardeners yang ketahui mengenai jenis kelapa bentuk bola rugby ini, silalah berkongsi.
Syukur Alhamdulillah semalam banyak juga hasrat mengidam Tukang Kebun yang dah lama bersabar tu, dearest suami dah tunaikan. Sebenarnya ada beberapa koleksi pokok kelapa yang Big Boss kumpul dan tanam, dah lama Tukang Kebun teringin nak rasa air kelapa mudanya. Biasalah yang lebih cekap nak memanjat dari Tukang Kebun tak berapa motivated nak pergi ambil, biasa ada beberapa pokok je yang dikait buahnya jika ada permintaan Tukang Kebun terasa nak minum air kelapa muda sambil buat kerja. Lepas diambil semua kelapa bentuk bola rugby yang jatuh atas atap tu, kami beralih fokus dekat pokok kelapa gambar atas yang bersebelahan pokok gajus. Ada 3 jenis kelapa dapat kami uji-uji rasanya semalam. Setiap tandan, buahnya kami testing untuk memastikan masih muda atau belum.
Hati makin ceria sebab dah dapat rasa beberapa jenis kelapa muda apabila tengahari dah ceria kembang penuh juga teratai kuning sambil Tukang Kebun lalu lalang ke dapur nak tengok ayam kampung yang sedang panggang dalam ketuhar. Kemudian setelah dipetik semua kelapa muda dan kelapa tua dari pokok tersebut, kami beralih kepada pokok kelapa yang berbentuk bulat dan saiz sederhana. Sambil perhatikan dearest suami yang sedang berhempas pulas-pulas kelapa, baru perasan ada pokok pisang nangka dah keluarkan jantung bunganya.
Pokok kelapa pertama yang dikait buahnya dalam kereta sorong yang berwarna hijau berbentuk bujur (nampak mirip macam buah kelapa bentuk bola rugby tapi ada perbezaan, hujungnya tak berapa tajam masih lengkung bulat). Pokok kelapa yang kedua dikait buahnya sedang dikumpulkan longgok di sebelah kereta sorong.
Yang dalam gambar bawah ini pula jenis kelapa lain, berbentuk bulat dan hampir 2 kali ganda lebih saiznya dari yang pokok kelapa dikait giliran no. 2. Nampak buahnya besar macam keras, tapi yang buah muda ada jatuh boleh pecah tempurungnya, lekas-lekas dearest suami panggil atas pokok suruh kutip minum sayang airnya. Ketika dipanggil Tukang Kebun pula tengah proses menanam bibit kelapa jenis pokok yang dikait giliran no. 2. Walaupun saiznya lebih kecil, tapi salah satu objective Kebun Bahagia Bersama ialah semua jenis kelapa tak kira saiz dan bentuk mempunyai nilai yang sama, conservation is one of our target. Biasanya dekat Malaysia ini ada trend dan easily go with the flow, orang sibuk tanam misalannya kelapa pandan, semua nak tanam kelapa pandan. Sekarang sibuk pula dengan kelapa jenis matag. We tend to forget the importance of diversity. Do not devalue fruits due to its saiz and shape, they might have something more of a value than meets the eye.
Giliran NO. 3 jenis kelapa yang dikait buahnya jenis besar. Ada beberapa perkembangan umur buahnya dituai yang muda, yang kira dah tua tapi belum bertukar coklat kulitnya dan sudah tua sabutnya.
Syukur Alhamdulillah Ahad baru-baru ini walaupun cuaca berjerebu dapat dikemas kini pokok-pokok kelapa ini supaya moga ia lebih teruja nak berbunga dan menghasilkan buah-buah kelapa berterusan lagi. Potong pelepah yang dah tua kering dan buah kelapa yang dah tua. Dry kitchen Big Boss sekarang ini tengah susah nak jalan banyak simpanan buah-buah kelapa muda sebab tempat yang paling sesuai nak simpan untuk tahan lama. Kelapa muda biasanya jika disimpan dengan elok paling kurang 2~3 minggu masih segar dan elok. Buah kelapa gading muda yang disimpan ada dah seminggu dituai minggu sebelum ini (related posting klik sini), masih elok segar rasa airnya macam yang awal minum dahulu bila Tukang Kebun check. Untuk simpan buah kelapa muda supaya tahan lama memang elok biarkan sahaja dengan kulit asalnya begitu bila nak minum baru potong bentuk mana kita suka, simpan di kawasan yang tak kena cahaya matahari secara langsung, teduh, keadaan kering dan tidak panas (suhu normal bilik dah memadai). Kiranya biarkanlah airnya tersimpan dalam natural tupperware dia tak perlu potong lagi.
Minggu ini gardeners yang dah cop reservation sekurang-kurangnya 5 biji kelapa muda, bolehlah Tukang Kebun cuba campurkan jenis-jenis lain dapat merasa nanti. Yang berminat untuk self-collect kelapa muda dari Kebun Bahagia Bersama masih ada very limited kelapa muda available belum kena booking lagi. Juga available ialah kelapa tua yang masih hijau lagi kulitnya lebih enak isinya untuk dibuat kuih untuk self-collect minggu ini selagi stok masih ada.
~ Kelapa Muda sebiji RM2 ~
~ Kelapa Tua sebiji 50sen ~
~ Kelapa sudah dikukur sebiji RM1 ~
Tersengih-sengih sorang-sorang pula si Tukang Kebun sambil berehat minum air kelapa di kebun tengok message dari Kak F di Rawang. Terima kasih di atas perkongsian Kak F. Kebetulan pula musim jerebu ini dah 2 kali weekend kami berjemur jerebu di kebun sambil minum-minum beberapa biji air kelapa muda sambil bekerja. Mungkin memang amat baik amalkan minum air kelapa muda masa musim jerebu ini. Bila masuk dari berkebun pula, biasanya Tukang Kebun sediakan air teh limau home-grown untuk bersama makan late lunch.
Sebelum masuk rumah, sempatlah kutip telur ayam, buah katak puru dan pucuk-pucuk mulberry. Minggu ini juga available ialah pucuk muda daun mulberry seikat RM1.
Self-Collect Schedule Minggu Ini:
~7/8 Oktober 2015, 2:00PM~2:30PM di stesyen minyak PETRONAS berhampiran D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam menghadap Stadium Shah Alam.
~ 7 Oktober 2015 Rabu malam, 9:00PM~9:30PM berhampiran Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ 10/11 Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi, 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
9 ulasan:
Buat kakak terkenang zaman kanak-kanak dulu pun suka makan tumbong kelapa.
Betul kalau yg kecil lagi rangup dan sedap..
Saya pun sangat minum air kelapa muda yang dicampur dengan limau nipis. Di kampung dulu mak selalu sediakan macam dan campur sedikit gula...fuhhhhh
Air kelapa lagi enak diampurkan dengan sedikit cendol...hmmmmm mmg tak terkata....
Air kelapa setakat ini yang unik yang saya pernah minum ialah air kelapa lemon laici....sedap.....
Hai diana.. Huhu memang entry kelapa muda sedang hot sekarang. Se hot jerubu.
Assalamualaikum Kak Diana,
hihi...tombong kelapa tu lagi kecil lagi manis rasanya, Julie pun suka makan yg kecil berbanding yg besar, yg dekat dgn buah katak puru tu buah apa ya kak? mcm buah pokok pine ja? hihi..memang seronok ada pokok kelapa dekat rumah, boleh petik &minum buahnya bila suka, tingal di bandar ni, mo minum air kelapa carilah di gerai2, itu pun x fresh sangat, air kelapa muda yg kalo kita minum rasa bergas tu paling sedap kak...ooo rindu kampungku yg banyak pokok kelapa hihi...
Salam Bahagia KakZakie.
Itulah masa kecik-kecik berebut-rebut nak dapatkan tombong yang saiz kecil tu.
Sekarang ni angsa itik dekat belakang berebut nak dapatkan tombong kelapa bila dibelah kasi makan.
Salam Bahagia Nasa Mulia.
Nampak di pasar sekarang peniaga air jual air kelapa lemon.
Salam Bahagia @na.
Oh campur cendol belum pernah cuba lagi @na.
Salam Bahagia Fida.
Kami air kelapa lemon laici belum pernah rasa lagi.
Sekarang dah takut nak beli buah-buahan dalam tin yang diimport dari Thailand. Nak kena tanam pokok laici sendiri pula sekarang ni.
Salam Bahagia Ima.
Yalahkan elok minum air kelapa ni masa musim jerebu.
Waalaikumsalam Julie.
Yang dekat katak puru tu dari pokok setawar putih, bila dah habis berbunga, dah kering bentuknya macam buah pokok pine. Cantik kalau nak dibuat hiasan.
Buah kelapa ni makin lama makin naik harganya kan.
Itu yang nak tanam banyak pokok-pokok kelapa sekarang, banyak kegunaan.
salam,
cantik waterlily kuning diaraja tuh, jeles tengok hehehe
Salam Bahagia Samarinda.
Yang warna kuning ini rajin betul berbunga tahun ini. Minggu lepas pun berbunga lagi.
Catat Ulasan