Dah masuk hujung minggu yang baru, masih buat catatan untuk hujung minggu lepas. Antara tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama minggu lepas untuk pesanan khas dari Kak F sekeluarga dari Rawang. Antaranya adalah telur ayam kampung, pucuk muda ubi kayu, ubi kayu dan pisang nangka.
Syukur Alhamdulillah kedua-dua jenis ubi kayu yang tak putus-putus memberikan bekalan di Kebun Bahagia Bersama setiap bulan. Gambar di bawah, perbezaan ketara antara pokok ubi kayu yang biasa pucuk mudanya diambil membuat sayur/ulam di mana bentuk daunnya adalah lebih tirus panjang seperti jejari (sebelah kiri). Manakala jenis pokok ubi kayu yang biasa dituai untuk ubinya pula, bentuk daunnya lebar-lebar ada purata 5 cabang setangkai daun (sebelah kanan).
Ubi kayu yang berasal dari benua Amerika Selatan adalah antara makanan utama untuk beberapa negara di bumi ini. Bukan sahaja ubinya membekalkan khasiat tetapi pucuk daun mudanya juga membekalkan khasiat yang banyak juga.
Info untuk khasiat pucuk daun mudanya boleh buat pembacaan selanjutnya di posting sebelum ini (klik sini).
~ Seikat segar pucuk muda ubi kayu RM1.00 (self-collect sahaja) ~
~ Ubi kayu daun jejari panjang tirus bagi pucuk muda 7 keratan segar RM5~
~ Ubi kayu isi putih gebu baka dari Sabah 7 keratan segar RM5 (related info klik sini)~
Antara projek menanam hujung minggu lepas setelah mengemas bahagian tembok kiri tengah kebun belakang Kebun Bahagia Bersama ialah seperti ubi kayu kedua jenis tersebut dan juga sulur nenas madu Sabah. Sebagai contoh dalam gambar di bawah ini, yang bersebelahan tembok Tukang Kebun tanam keratan ubi kayu untuk tuai pucuk daun mudanya. Dulu pernah juga Tukang Kebun tanam menjadi keluar tunas-tunas lepas tu itik-itik habis kasi gondol banyak kali sampai tak bahagia untuk ubi kayu bahagia lama.
Jadi kali ini percubaan Tukang Kebun tanam je dengan keratan-keratan panjang supaya mulut-mulut itik-itik tu tak kesampaian nak kacau tunas-tunas yang baru keluar. Tengoklah rezeki macam mana. Kemudian di bahagian depannya buat dereten nenas madu Sabah pula. Kemudian di bahagian tengah sudut ini seperti dulu (related posting klik sini), tanam keratan-keratan ubi kayu baka Sabah untuk tuai hasil ubinya jika ada rezeki kelak. Ini kali percubaan Tukang Kebun tanam keratan-keratan ubi kayu panjang, kalau tak habis dikerjakan oleh itik-itik telur. Cuma concern Tukang Kebun bila musim angin ribut mudahkah pokoknya yang tinggi halus tumbang. Tapi memandangkan kawasan ini macam sheltered sikit bukan padang terbuka mungkin selamat kut, kita tunggu dan lihat ada rezeki ke tidak je nanti, dari kosong tak de apa-apa buat penat potong rumput je. Kawasan ini dahlah 2~3 kali je biasanya dikemaskan dalam setahun. Sebab merajinkan buat catatan hari ini, mudah nak follow kira anggaran sesuai untuk menuai hasil ubi kayu di kawasan ini tahun depan.
Minggu ini nampaknya musim asparagus semula rajin keluarkan tombak-tombak keluar dari tanah. Cepat meninggi nampak baru keluar sedikit pucuknya dari tanah, dalam 2 hari dah kena potong tuai.
Buah kuning telur juga masih available bulan Oktober ini untuk yang berminat.
~ Sekilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 ~
Self-Collect Schedule Minggu Depan:
~7/8 Oktober 2015, 2:00PM~2:30PM di stesyen minyak PETRONAS berhampiran D'Kayangan Seksyen 13, Shah Alam menghadap Stadium Shah Alam.
~ 7 Oktober 2015 Rabu malam, 9:00PM~9:30PM berhampiran Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ 10/11 Oktober 2015 Sabtu/Ahad pagi, 10:00AM~10:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
2 ulasan:
mudahnya ada pokok kelapa sendiri. Dah tu Diana jual murah betul. Kat tempat kak sebiji kelapa masak RM2-2.50 sebiji...tu pun kadang2 out of order. Harap pokok saja banyak kat sini...
Salam Bahagia Kak Mala.
Boleh juga out of order kelapa tua dekat Langkawi ya.
Syukur Alhamdulillah ada jugalah lebih 10 pokok kelapa dalam kebun ini.
Itupun sejak ada ternakan ni rasa macam tak cukup ja.
Ini yang merajinkan diri tambah tanam pokok-pokok kelapa lagi.
Harga pun setiap tahun meningkat kan.
Sebelum yang ada dah makin usia meningkat, baik ada back up bakal pengganti.
Takkan nak tunggu dah habis usia apa yang ada sekarang ni baru nak tanam pengganti.
Nak tunggu pokok baru berbuah pun bukan sekejap kan.
Catat Ulasan