Syukur Alhamdulillah dah mula dekat penghujung tahun 2015 ini tinggal beberapa minggu sahaja lagi, sekarang pelbagai jenis buah-buahan dapat dirasai segar dari kebun. Kebanyakkannya usaha dari atuk dan nenek dapatlah hingga ke cucu-cucu dapat merasa. Beruntunglah cucu-cucu ini, dalam usia muda dapat merasa pelbagai jenis buah-buahan yang bukan mudah untuk didapati di pasaraya, apatah lagi petik terus masuk dalam mulut. Moga minat menanam ini akan juga sebati dalam generasi muda ini. Antara yang rajin berbuah juga pada tahun ini kerap kali adalah buah ceri barbados. Sebagai ibu inilah antara buah yang kadangkala dipetik seberapa banyak yang boleh digenggam sambil ronda di belakang kebun seketika untuk Abby yang kesunyian menunggu di meja dapur. Dapatlah natural supplement vitamin C yang kaya untuk Abby.
Syukur Alhamdulillah beberapa hari ini rezeki hujan sangatlah banyak sampai tanah juga penuh air nampak overflow dan itik-itik sibuk menyudu dalam air mencari makanan lepas hujan turun. Itik-itik seronok sungguh di belakang Kebun Bahagia Bersama sekarang dengan air kolam (tempat membakar) yang penuh bertakung. Langit biru juga sudah kelihatan sekarang di mana asyik tertutup dengan asap jerebu. Cuma bila hujan tak berhenti-henti, rasa khuatir juga kami di sini jika banjir atau air sungai overflow. Jadi nak kena rajin-rajin intai parit. Kembalinya keadaan udara yang baik dan banyak air sekarang di kebun, nampaknya itik-itik jenis Khaki Campbell yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama dah mula kerap bertelur dengan hasil yang lebih baik. Gambar No. 2 di atas adalah antara itik-itik betina Khaki Campbell batch kedua yang dibesarkan di Kebun Bahagia Bersama. Sumber telur-telur itik segar yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama.
~ Telur Itik sebutir 70sen ~
Hampir Tukang Kebun tak perasan yang ada buah-buah bidara yang sudah masak di atas pokok jika bukan ralit mengekor tengok lebah-lebah berterbangan mengumpul makanan. Buah bidara ini kesukaan Rayyan, lekas-lekaslah petik untuk desert makan malam Rayyan.
Antara buah yang dapat dipetik segar dari kebun juga minggu ini adalah buah belimbing buloh. mempelam pauh ringan, ciku dan canistel.
Fresh produce yang available untuk self-collect minggu ini adalah :
~ Buah Ciku (1kilogram RM4).
~ Buah Cili Burung (1pek RM1).
~ Buah Canistel (1kilogram RM5).
~ Buah Mahkota Dewa (500gram RM7).
~ Buah Mempelam Telor/Pauh Ringan (1kilogram RM5).
~ Buah Kelapa Muda (1 biji RM2).
~ Buah Kelapa Tua (3 biji RM2).
~ Kelapa Parut (3biji RM5).
~ Daun Pucuk Muda Asam Gelugor (1ikat RM1)
~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu (1ikat RM1).
Malam-malam cuaca dingin apabila sebelah petang hujan dah melawat, sedap hirup sup asin-asin panas suam-suam untuk makan malam. Buah pink guava kerap jatuh dari pokok di bahagian ampaian baru perasan tak sempat nak mengintai pokoknya dah ada yang masak atau tidak.
Syukur Alhamdulillah sekarang bukan sahaja telur ayam kampung atau telur itik sahaja yang dapat dikutip. Tetapi telur ayam mutiara juga dapat dikutip dari kebun. Gambar di atas telur ayam mutiara sebelah telur itik boleh nampak perbezaan saiz bentuknya. Telur ayam mutiara lebih banyak khasiat dari telur ayam kampung. Cangkerang kulit telurnya juga jauh lebih keras dari telur ayam dan itik. Terkejut Tukang Kebun ada sekali tu guna telur ayam mutiara untuk masak sebab dah retak sikit jadi tak dapat nak eram telurnya. Bahagian putih telur ayam mutiara lebih pejal atau kenyal rasanya berbanding dengan telur itik. Begitu mudah nak pisahkan telur putih dan telur kuning.
Anak-anak pun dah selamat duduk peperiksaan walaupun tertangguh seminggu kesan dari jerebu.
4 ulasan:
Saya suka makan telur itik...biasanya orang lain rebus....saya buat goreng....sedap juga buat goreng...
besarnya buah bidara kampung tu...ingat budak2 dulu suka cari buah bidara atas kubur...
Asalam diana..ada jual tak benih pokok bidara tu?
Saya tanam tp tak berbuah.
Salam Kak Fida.
Tukang Kebun tak biasa rebus telur itik.
Tapi sekarang ni anak-anak suka kalau buat telur itk dadar guna manjerin untuk tak melekat.
Kali pertama buat gitu terkejut anak Rayyan kata kenapa telur mama ni macam rasa kek.
Itu agaknya orang kata kalau buat kek lagi sedap pakai telur itik kut eh.
Salam Bahagia sis Diana Rashid.
Tak kira saiz sebutir 70sen.
Salam Bahagia Kak Mala.
Cuaca pembesaran buah bidara kali ini besar pula, kami pun terkejut.
Buah belimbing besi pun saiz besar dapat kali ini.
Tukang Kebun rasa cuaca molek kut Kak Mala jadi buahnya membesar dengan baik.
Baja tak de pun.
Salam Bahagia Sis Mardiah.
Belum lagi bekalkan pokok bidara.
InsyaAllah suatu hari nanti.
Mungkin belum matang lagi kut tak berbuah lagi.
Pokok bidara ni dah lama tanam sejak masa Sekolah Menengah dah ada.
Ini hah Tukang Kebun dah beranak 3.
Catat Ulasan