No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Garlic Vine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Garlic Vine. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2020

Botanical Park Bangladesh Agriculture University

Semasa menghadiri persidangan di Bangladesh Agriculture University (BAU), Mymensingh peserta-peserta dari luar negara ditempatkan di guest house Bangladesh Agriculture University. Walaupun bangunan dan interior guest house BAU seperti zaman 1970-an, ianya masih dijaga dalam keadaan yang baik. Bolehlah ada rasa feeling retro sikit. Malahan taman laman kawasan guest house BAU juga dijaga dengan rapi kerana memang ada tukang kebun yang menjaga. Yang amat menarik perhatian Tukang Kebun ialah kolam yang meriah dengan bunga teratai warna pink ini. Ada juga katak melompat-lompat di atas kelopak daunnya. Juga kelihatan seperti ikan keli lebih besar dari lengan Tukang Kebun banyak timbul-timbul buka mulut yang menakutkan macam ular sehingga tak berani nak hulurkan tangan dekat air nak capai-capai bunga teratai ini.
Berhadapan dengan bangunan Guest House BAU pula kelihatan Sungai Brahmaputra yang masih lagi dijadikan penghubung menggunakan bot atau sampan membawa barangan. Depan kawasan sungai ini dalam laman Guest House BAU ada pengawal-pengawal keselamatan membawa senjata api sentiasa memastikan keselamatan pelawat-pelawat antarabangsa. Ada juga banyak pokok buah limau sedang berbuah di taman Guest House BAU ini.
Bangladesh Agriculture University di dalam kampusnya ada botanical garden. Bolehlah kasi buang kalori berjalan-jalan di dalamnya sambil melihat koleksi tumbuhan-tumbuhan di sini. Asyik kena bagi makanan berat sedap-sedap je hehehe....Itupun mula-mula tuan rumah suruh tunggu naik van, kami kata tak pelah bukan jauh sangat pun.
Papan di atas adalah jenis-jenis tumbuhan perubatan yang ada di koleksi taman botani, Bangladesh Agricultural University.
Laju sangat kami berjalan sebab nak mengejar masa jadi Tukang Kebun pun tak sempat nak ambil gambar sangat. Tambahan pula, ramai sambil berjalan ajak berborak dan berkenalan. Yang menarik perhatian Tukang Kebun adalah batu bata di Bangladesh pun ada cap SONY.
Botanical Park ini juga bersebelahan dengan Sungai Brahmaputra. Tenang sahaja airnya nak banding dengan sungai di Malaysia yang berada di kawasan hulu. Tahukah teman-teman bahawa kawasan hutan bakau terbesar di dunia adalah terletak di negara Bangladesh iaitu di tempat dipanggil Sundarbans dan telah dapat anugerah UNESCO World Heritage Centre. Air Sungai Brahmaputra ini juga mengalir keluar ke arah hutan bakau terbesar tersebut. Tukang Kebun pun baru tahu masa check tempat menarik di Bangladesh sebelum pergi ke Bangladesh.
Taman Botani ini tak lah luas sangat kalau ikut standard taman di Malaysia, peranan utama adalah sebagai simpanan benih supaya tak pupus. Terdapat juga beberapa kawasan yang seperti memerlukan maintainance. Ada juga taman kaktus dan taman orkid di dalam Taman Botani ini. Semasa Tukang Kebun lawat banyak jenis pokok menjalar atau melilit sedang berbunga di pelbagai sudut taman botani ini seperti garlic vine, air mata pengantin, bauhinia kockiana dan lain-lain.
     Semasa nak balik ke guest house, mungkin rezeki kami nak merasa naik beca berkuasa dynamo di Bangladesh ni, van terkunci pula dari dalam kuncinya tertinggal. Harga naik beca ini pun terlalu murah berpuluh kali ganda beza dari harga naik beca di Melaka. Harga sebungkus saiz kecil roti gardenia kat tempat kita pun tak sampai (sayu gak rasa). Bergoyang-goyang jugalah rasa macam nak menari Bollywood pula takut terbolos jatuh ke bawah hehehe....sudahlah naik dua orang di belakang dah lebih 100 kilogram.
     Makan malam tukang masak di guest house sediakan semuanya masakan original Bangladesh. Tukang Kebun perasan yang daging ayam mereka masak berbeza dari ayam daging beli kat supermarket. Jenis ayam mereka gunakan memang tak pakai suntik hormon bentuk rangka pun ayam kampung yang masih muda. Rata-rata makanan mereka memang akan jenis berempah. Pekerja-pekerja di guest house semuanya orang lelaki, dari memasak, dari yang housekeeping dan melayan hidang makanan. 

Sabtu, 20 Oktober 2018

Tagal Kampung Lingkubang

 Cuti Hari Merdeka 2018 lalu, kami sekeluarga beriadah menginap di Rumah Penginapan Pelancongan Tagal Kampung Lingkubang, Kota Belud selama 3 hari 2 malam. Perjalanan ke Tagal Kampung Lingkubang dari Kota Kinabalu hanya mengambil masa dalam sejam. Ikut arah perjalanan ke arah Kundasang atau Nabalu. Cuma sebelum sampai Pekan Nabalu, masuk simpang Jalan Kota Belud - Ranau bypass. Apa yang menarik melalui Jalan Kota Belud- Ranau (Jalan Ranau Bypass) ini ialah kita boleh lihat dua gunung tinggi adik beradik yang mengapit Gunung Kinabalu, yang salah satunya dipanggil Gunung Nungkok.
 Di kawasan Tagal Kampung Lingkubang ini banyak kemudahan juga disediakan untuk pelancong-pelancong yang datang perkelahan balik hari. Ada disediakan tandas awam (contoh gambar no. 1) dan pondok-pondok berehat (contoh gambar no. 2). Boleh juga sewa pelampung tayar besar warna hitam itu juga dan tempat untuk barbecue. Ada tempat barbecue memang dikhaskan untuk hanya panggang daging halal sahaja bagi pelancong muslim. 
Ada juga koperasi kecil untuk beli minuman atau snacks. Juga sebelum simpang masuk ke tempat perkelahan ini di sebelah jalan utama ada gerai-gerai kecil tempat menjual produk tempatan kampung. Ada juga menjual makanan tradisional orang dusun yang nasi masak bersama ubi keladi kemudian dilenyek-lenyek semasa panas yang kemudian dibalut dengan daun tarap (linopot). Tukang Kebun recommend cuba beli petai kacuk di kawasan ini, buahnya besar-besar dan kurang pahit. Rayyan pun boleh suka makan petai kacuk ini berebut dengan Tukang Kebun. Boleh nampak dengan mata sendiri pokok-pokok petai kacuk ini di tepi jalan bergayutan buahnya masa musim bagi gardeners yang curious macam Tukang Kebun ni.
 Semasa kami beriadah di Tagal Kampung Lingkabung ini sedang musim kemarau. Jadi air sungai tidaklah dalam dan deras. Anak-anak pun boleh seberang sendiri dari satu tebing ke tebing sana dengan mudah. 
 Main-main bola pun kalau hanyut, sempatlah lagi abang Ilhan tolong kejar sebelum kena hanyut lagi jauh. Bagi abang Ilhan training kaki kasi lari laju lasak sikit untuk ultra trail marathon.
 Kami buat reservation melalui internet dengan gunakan AirBNB untuk menginap 2 malam di rumah penginapan Tagal Kampung Lingkubang ini. Semalam harganya dalam RM80. Memang rasa betul suasana duduk kampung. Rindu sungguh sebab rumah di kampung pun sekarang bukannya dari papan dan buloh macam rumah asal nenek, sudah renovation jadi rumah batu. Rumah penginapan di Tagal Kampung Lingkubang adalah lantai dan dindingnya menggunakan sumber semulajadi iaitu buluh. 
 Di luar pintu bilik ada tempat duduk santai-santai sambil boleh menikmati pemandangan sungai di sebelahnya. Tukang Kebun perasan ada sarang kelulut di batang pokok ini. Cuba detect di mana? 
Salah satu bagus Tukang Kebun perhatikan dengan kerjasama koperasi kawasan Tagal ini ialah dengan penanaman banyak pokok buah tradisional bagi orang Dusun Kadazan supaya generasi akan datang juga kenal rupa pokok-pokok yang banyak digunakan oleh kehidupan harian dulu sebelum kita bergantung kepada ubat sintetik.
 Setiap bilik ada bilik mandi dan tandas sendiri berlantai jubin. Berlimalah kami tidur satu tilam ni. Nostalgia masa zaman kanak-kanak Tukang Kebun dulu bila balik kampung. Cuma zaman Tukang Kebun masa tu tandas dan bilik air masih di luar rumah lagi kena jalan beberapa meter. Nak buang air besar malam-malam, gemuruh juga rasa nak pergi gelap gelita. Lantai buluh ada lubang-lubang hehehe....Dinding antara bilik adalah nipis jadi bolehlah dengar sesiapa yang berdengkur. Macam duduk rumah panjanglah agaknya.
 Dapur kongsi bersama tetamu lain beramai-ramai. Boleh berkenalan buat kawan-kawan baru lebih-lebih yang kongsi hobi sama bertukar pengalaman. Malam pertama kami menginap di sini, semua bilik penuh sebab ada event ultra-marathon berdekatan kampung ini.
 Anak bertiga ini kena puji dengan nenek yang menyertai ultra marathon bersama kami sebab tak fussy duduk penginapan basic seperti ini. Yalah katanya zaman sekarang anak-anak mentality dah lain biasa comfort nak hotel ada swimming pool je. Syukur Alhamdulillah kami kata anak-anak ni dah biasa dengan baru balik dari trekking masuk hutan di Bilit, Kinabatangan masa cuti sekolah bulan Ogos lalu. 
 Antara tanaman menjadi perhiasan di pintu gerbang turun ke Tagal Kampung Linkabung ialah pokok garlic vine yang sedang berbunga semasa kami menginap di sini. Bagi yang berminat untuk dapatkan pokok garlic vine yang banyak kegunaannya sebagai herba juga boleh kami bekalkan selagi stok masih ada.

~ 1 pot garlic vine RM8.00 ~

More info on garlic vine (Click Here). 

Selasa, 6 Mac 2018

Mansoa alliacea dan Mickey Mouse

 Lepas dah lama tinggalkan kebun apabila berada di tempat lain sekian lama, bila balik kalau pokok garlic vine (Mansoa alliacea) ni sedang meriah peak musim bunganya boleh buat kepala ringan memikirkan banyak kerja mengemas kebun nak kena buat seketika. Walaupun batang pokok garlic vine tidak besar tapi gugusan bunga yang dihasilkan teramat lebat. Pokok garlic vine adalah berasal dari kawasan Amerika Selatan bukan asalnya dari bumi Malaysia ini. Di negara asal pokok garlic vine ini terkenal sebagai magical herb plant. Kerana pokok ini ada nilai banyak dalam pelbagai perubatan. Boleh juga daunnya dibuat rempah masakan. Kemudian daunnya juga boleh direbus dan dijadikan mandian wap untuk mengurangkan demam, selsema, sakit-sakit badan dan lesu. Lain kali nak cuba jugalah spa mandian garlic vine. Dari bila dipangkas-pangkas dibuang daunnya begitu sahaja kan. Dahlah dah penat berkebun mengemas.
 Kalau berborak dengan orang nursery katanya susah mereka nak stock up pokok garlic vine ini kerana susah nak propagate hidup kalau dari keratan. Syukur Alhamdulillah di kebun kami ini banyak pula anak-anak pokoknya atau tunas dari akar bonda garlic vine ini beranak-pinak di bawah bondanya. Pokok garlic vine juga menghasilkan biji benih ya. Kekadang kalau musim yang pollination bagus nampak buahnya yang nipis panjang macam kekacang petai dan dalam benihnya macam kertas sikit (pappery?). Yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah bukan dari keratan. Tukang Kebun korek je perlahan-lahan keluar dari tanah sudah berakar. Kalau kami takde masa, habis anak-anak garlic vine tu kami sorong je mesin rumput di atasnya. Ada juga yang muncul balik keluar. Jika sesiapa nak ambil anak angkat garlic vine ada stok sekarang, bondanya memang duduk tepi pagar depan Kebun Bahagia Bersama depan jalanraya.

More info on Garlic Vine (Click Here).

~ 1 pot pokok Garlic Vine (Mansoa alliacea) RM8.00 ~

 Cuma satu sifat pokok garlic vine dia suka sangat cahaya matahari ya. Boleh ditanam dalam pasu. Cuma kalau nak dia cepat membesar berikan dia banyak cahaya matahari baru dia akan tumbuh dengan cepat dan memberikan performance yang terbaik ya. Tukang Kebun perhatikan pokok Garlic Vine boleh hidup berpasangan bahagia dengan pokok Mickey Mouse. Kalau malas nak pasang pancang kahwinkan mereka duduk bersebelahan ya. Tapi masa mereka sama-sama membesar la kasi pasangan baru adil.
 Pokok Mickey Mouse pun seperti pokok garlic vine boleh ditanam dalam pasu juga. Kekadang ada yang tumbuh sendiri hijack pasu lain tengok dia yang subur membesar dan hasilkan bunga juga. Kalau tumbuh dalam pasu pokok Mickey Mouse ini nampak cantik juga jika di bonsai kan. Takdelah dia membesar tinggi seperti yang tumbuh atas tanah. Pokok Mickey Mouse ni biasanya tak putus-putus menghasilkan bunga. Tambahan pula nampak macam dua warna bunganya . Sebab bunga asal berwarna kuning. Kemudian semasa pembentukan biji benih jadi warna merah. Jadi nampak bunganya dwi-warna mekar serentak.

More info on Mickey Mouse (Click Here).

~ 1 pot Mickey Mouse RM10.00 ~

Khamis, 5 Oktober 2017

Semporna Shallow Waters

 Pada pagi raya kedua Aidilfitri tahun ini, awal pagi kami berada di pekan Semporna. Awal pagi raya kedua ini di pasar pagi berdekatan Jeti kelihatan ramai juga pembeli mencari hasil jualan barangan segar di sini. Sementara tunggu pemandu dari agen pelancongan ambil kami di hotel ke jeti, kami ambil kesempatan ronda-ronda di pasar pagi ini untuk cari bekalan bawa bersama menginap di Pulau Mabul malam tersebut.
 Pelbagai jenis buah-buahan di jual di sini. Banyak juga yang menjual mangga masak macam harum manis. Tetapi bekalan di sini kalau bukan tempatan pun, bukan dari Thailand. Keberangkalian dari Filipina atau Indonesia. Bekalan buah kelapa tua untuk santan juga adalah satu produk yang banyak dijual. 
 Pokok pisang yang paling popular di Sabah iaitu pisang Saba atau pisang abu adalah antara pisang yang memang banyak bekalannya di Semporna juga. Yang menarik minat Tukang Kebun adalah jenis pisang di bawah ini, di Semporna mereka panggil pisang budak. Tak pastilah jika di Semenanjung dipanggil jenis yang mana satu. Yang pasti bukan pisang mas, sebab pisang mas ada juga dijual oleh peniaga ini. Yang ni dia panggil pisang budak. Kami belilah sesisir. Sesisir pun banyak tu.
  Bagilah budak-budak makan pisang budak dulu isi perut sementara bergerak masuk ke gerbang laluan ke Taman Marin Tun Sakaran untuk naik bot di jeti. Memang rasa tempat Semporna ini bandarnya memang transport laut ini adalah penting. Yang kami pergi ini untuk jeti pelancong naik pergi melancong island hopping. Belum lagi ada jeti-jeti lain untuk penduduk asal ini menunggu bot. Memang banyak tempat jeti persinggahan di sepanjang pinggiran darat dan laut di Semporna ini.

 Untuk minggu ini kalau di Kebun Bahagia Bersama bagi yang berminat untuk dapatkan bekalan buah pisang organik ada dua jenis ya (satu sisir RM5.00):

~ Pisang Nangka

~ Pisang Kapal/Pisang Hijau/Pisang Serendah

 Ada Self-Collect minggu ini pada pagi Ahad dalam pukul 10:00AM~10:30AM (8hb Oktober 2017) di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

 Lihatlah awal pagi Aidilfitri kedua, sudah ada beberapa keluarga yang ada juga berpakaian warna baju raya sedondon yang berada di jeti umum menunggu bot yang menuju ke destinasi mereka hendak pergi.
 Sementara tunggu bot ke Pulau Mabul kami pun ambil jugalah gambar raya dengan baju mandi.
 Bila datang sini baru dapat bayangkan mana resort terkenal terapung di Semporna ini yang dipanggil 'Dragon Inn' tu. Menghadap tempat tunggu bot pelancong dan bersebelahan dengan jeti umum tadi. Personally kalau peak pelancong season tak rasa macam ada privacy lah.
  Sementara tunggu guide daftar nama pelancong untuk keselamatan, snap lah lagi gambar sementara semua nampak semangat.

 Sambil naik bot nak keluar dari kawasan pekan Semporna kelihatan masjid di tepi laut.
 Walaupun adalah raya kedua, ramai mencari rezeki di laut. 
 Pentas Sunda dalam Semporna ini lautnya sangat cetek. Di pertengahan laut pun boleh rumah terapung boleh dibina. Disebabkan kawasan Semporna ini sangat cetek, memang takde bot besar macam cargo dapat lalu. Bukan seperti bandar Kota Kinabalu, bot besar macam titanic boleh lalu. Laut Semporna memang cetek boleh kelihatan dasarnya atau rangka batu karang. Disebabkan itu kawasan Semporna ini amat sesuai untuk ternak rumpai laut. Masa Ice Age, memang kawasan ini adalah daratan sahaja boleh dilalui oleh manusia pindah dari satu tempat ke satu tempat. Sedangkan bot pelancong yang kecil pun selalu enjin tersangkut, beberapa kali kena berhenti betulkan enjin semula. Mula-mula Tukang Kebun tak terfikir dalam hati asyik tertanya je kenapa nak pergi Pulau Mabul ini asyik botnya bermasalah berhenti je. Selama ni beberapa kali bot trip ke pulau tempat lain atau Sungai Kinabatangan pun tak begitu. Rupanya bila kepala tu dah berpusing, baru perasan memang jelaslah dalaman lautnya sangat cetek. Di tengah laut jauh tak nampak pulau pun, ada rumah dapat dibina di tengah laut macam rumah kampung biasa ja cacak kayu dalam tanah. Itu adalah satu pengalaman yang menarik kali ini bagi Tukang Kebun, salah satu island trip yang airnya sepanjang perjalanan boleh dikatakan cetek. NO BIG BOAT around.
 Cerita pasal gambar raya, terjumpa pula gambar raya lama zaman remaja dulu yang adik forwardkan. Gambar kami adik beradik yang klasik. Tengok anggaran usia adik bongsu Tukang Kebun yang sedang didukung itu rasanya masa ni tengah ambil SPM atau dah lepas SPM. Gambar ni kira jadi bukti tracking betapa lama pokok bunga garlic vine boleh hidup. Yang di atas kepala Tukang Kebun warna seakan light pink tu, bukan yang bunga kertas itu adalah gugusan bunga garlic vine.  Sekarang pokoknya pun masih sihat walfiat dan rajin berbunga seperti gambar di bawah. Tak dimakan usia pokoknya kan. 
 Anak remaja tu pun dah jadi mak dah hehehe... Banyak juga pengganti pokok bunga garlic vine ni hidup subur yang tumbuh sendiri Tukang Kebun perhatikan berdekatan bonda dia. Semasa Tukang Kebun pergi Kudat awal bulan Ogos pun Tukang Kebun perhatikan di daerah Matunggong walapun kawasan kampung lain tetapi seakan musim bunganya serentak. Mana rumah yang ada pokok bunga garlic vine, semuanya lebat berbunga ketika itu. Sama juga di kediaman Sungai Buloh ni, sekampung serentak berbunga jika musim bunganya. Dia ada tu musim-musim perubahan cuaca buat dia berbunga. Ikut musim macamlah pokok sakura di Jepun, ikut tempat. Tapi taklah macam pokok sakura yang cuma berbunga dalam 2 minggu sekali je setahun. Pokok garlic vine ini ada beberapa kali musim bunganya dalam setahun ikut keadaan cuaca.

 More info on Garlic Vine plant (Click Here).

~ 1 pot for RM8.00 ~

 AL-FATIHAH kepada Nenek Khazanah yang telah kembali kepada Maha Pencipta pada pukul 2:08 pagi hari ini. Semoga Nenek ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Khamis, 3 Disember 2015

Garlic and Chili Seasoning???

  Pokok bunga memanjat yang suka melilit naik tinggi untuk mendapatkan banyak belaian dari matahari ialah seperti pokok bunga garlic vine. Apabila diramas-ramas daunnya berbau seperti bawang putih. Pokok jenis ini daunnya tidak begitu merimbun tetapi kuntuman bunganya amat banyak ketika musim bunganya.

  Pokok bunga garlic vine memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk berbunga dengan lebih baik dan lebat. Tidak akan beberapa nak berbunga apabila diletakkan dalam tempat terlindung. Jadi bila dah lama sayang-sayang sangat letak di tempat teduh, tak tumbuh sangat tibalah masa untuk pindahkan pokok garlic anda kepada kawasan yang menerima pendedahan cahaya matahari yang banyak sepanjang hari. Lebih-lebih lagi musim hujan ini adalah musim yang baik untuk memindahkan pokoknya ke tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. 

   Kadangkala bila dah sayang sangat pokok-pokok yang sukar didapati, takut cepat mati kita simpan di tempat teduh lama-lama. Tapi perlu kita go back to basic, fikir faktor persekitaran yang jenis tumbuhan tersebut gemari. Sebagai contoh, pokok bunga garlic vine tidak mempunyai batang pokok yang besar tetapi sifatnya adalah jenis pokok memanjat dan boleh memanjat tinggi kerana mencari cahaya matahari yang banyak untuk dirinya. Sebagai contoh, gambar No. 1 di atas memanjat tinggi dah sama tinggi dengan wayar elektrik di luar.

  Kadangkala Tukang Kebun pun lupa akan nasib si garlic vine apabila sibuk kemaskan kawasan lain. Suatu hari apabila Tukang Kebun sibuk mengemas di tepi kolam, kelihatan batang-batang garlic vine yang sudah panjang meninggi di situ yang terlindung dengan rimbunan pokok mickey mouse yang dililitnya nampak botak tiada daun-daun lagi macam dah mati gitu. Setelah cerahkan kawasan tersebut dengan buat hard pruning beberapa hari kemudian kelihatan tunas-tunas baru keluar dari batang garlic vine seperti gambar No. 2 & No. 3. Macam baru bernafas semula pokoknya. Barulah Tukang Kebun sedari kekadang bukan masalah pembajaan atau air tetapi kita lupa yang pokok garlic vine keperluannya juga ialah penerimaan pancaran matahari secara langsung yang banyak. Akibat pencahayaan yang kurang akan menyebabkan pokok garlic vine jadi segan nak hidup.

 Antara tips penjagaan garlic vine yang dapat dikongsi hari ini, lebih-lebih lagi musim hujan ini boleh mengakibatkan garlic vine tenggelam apabila pokok di kelilingnya pesat merimbun kita kena pastikan yang garlic vine tidak terlindung untuk mendapatkan pancaran cahaya matahari yang banyak.

More info on garlic vine boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~1 pot garlic vine RM8.00 ~
  Di kawasan asal pokok garlic vine di Amerika Selatan, kekadang daunnya juga digunakan pengganti bawang putih sebagai perencah. Bila terlihat tuaian Big Boss di KingFisher terfikir boleh buat gabungan seasoning daun garlic vine dan cili. Nak tunggu bawang putih membesar bukannya sekejap terutamanya di kawasan tropika ini. Untuk mereka yang adventure, bolehlah cuba daun garlic vine sebagai rencah.
  Big Boss hampir setiap minggu jika tuaian cili nya lumayan menjual hasil tersebut di kedai Fresh Mate Taman KingFisher. Minggu lepas sekilogram cili adalah RM10. Minggu ini pula sekilogram cili adalah RM12 di Kota Kinabalu. Walaupun melalui gambar tak nampak banyak tuaian cili di atas, sebenarnya dah setengah bakul penuh dengan cili tu. Cuti sekolah ini bolehlah si Ilhan Mikhail tolong nenek kutip cili.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Hadiah UlangTahun Perkahwinan ke-9

   Semalam, 19hb Ogos 2015, ulang tahun perkahwinan kami yang ke-9. Takde special apa-apa pun sebab ada insan tu lepas kerja terus pergi main futsal. Tukang Kebun semasa menunggu Ilhan habis kelas piano call-lah si suami, buat-buat tanya nak Tukang Kebun on the way balik singgah beli kek ke? Dalam telephone macam ada long pause je sebelum menjawab, takpe memang dia ingat nak singgah Giant, Shah Alam beli cake. Hmmm.....nampak sangat tak ingat. 'Long Pause' lama sangat menandakan tak ingat. Kelakarnya anak-anak nyanyi pun lagu Birthday dan Allah Selamat-kan Mama sebab ingat birthday cake Mama tak faham lagi. Birthday bulan lepas anak-anak ingat Mama takde Birthday cake jadi ingat belated birthday cake. Takpelah janji mengidam nak makan chocolate cake termakbul dan permata-permata hati pun happy dapat makan cake sampai hari ini. Yang penting bahagia hingga akhir hayat.
   Syukur Alhamdulillah pada hari Anniversary kebun banyak hadiahkan bunga-bunga, tak payah si suami belikan bunga tak pe. Puas hati memandang bunga-bunga mekar di kebun. Yang sedang mekar meriah minggu ini untuk wakil warna bunga Mauve/ungu ialah si Garlic Vine. Berjurai-jurai macam air terjun bunganya bersebelahan di pagar lama. Pokok ini memang dah berbelasan tahun menghuni sudut ini. 

Info mengenai garlic vine boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
  Untuk sambutan ulangTahun Perkahwinan kami ke-9 ini kami akan pilih 1 wakil tumbuhan dari setiap page ikut warna ada promosi special valid sampai 31hbOgos2015. Sebagai contoh untuk page 'Bunga Warna Mauve/Lilac/Lavendar' wakilnya ialah 'Garlic Vine'.

~ 3 pot Garlic Vine berharga RM20.00 (Save RM4.00)~
  Untuk page dari 'Bunga Warna Merah' pula pilihan promosi bunga kemboja merah sexy yang bunganya sangat semerbak harum. Yang ini kalau Tukang Kebun cium baunya rasa macam nak makan bunganya. 

~ 1 keratan Frangipani Fragrant Bali Blushing Red for RM10.00 (Save RM5.00, valid until 31stAugust2015) ~
  Antara tumbuhan dalam page 'Bunga Warna Putih' yang sedang asyik berbunga minggu ini juga ialah 'Dove Tail' atau juga dikenali sebagai Soskia. Dari celahan pokoknya yang macam kipas itu keluar tangkai bunga yang ada kecil-kecil bunganya macam loceng.

Maklumat lanjut mengenai Soskia boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 3 moist bare-rooted Soskia for RM10.00 (Save RM14.00)~
  'Bunga Warna Kuning' yang cukup ceria dan rajin berbunga apabila kerap hujan bertandang pula ialah bunga Yellow Walking Iris. Cukup mudah penjagaannya. Seperti tabiat pokok bunga Iris lain yang sudah matang ianya mempunyai rhizome, jika tidak disiram pokoknya akan hilang seketika. Tetapi apabila hujan kerap membasahi bumi, muncul semula pokoknya dan memberikan bunga-bunga yang menceriakan.

Bacaan lanjut mengenai bunga yellow walking iris lawatilah kunjungi laman ini (klik sini).

~ 3 moist bare-rooted Yellow Walking Iris for RM10.00 (Save RM17.00) ~
  Minggu ini Syukur Alhamdulillah bukan sahaja pokok-pokok bunga memberikan hadiah untuk cuci mata. Tetapi hasil dari kebun pun kenyangkan perut juga.  Setiap hari syukur memang ada hasil-hasil telur itik yang dapat dari ternakan itik telur dari kebun. Sesiapa yang membuat pesanan telur itik untuk self-collect minggu ini tawaran beli 5 butir telur itik, percuma sebutir telur itik.
  Terkejut Tukang Kebun pada Isnin lepas semasa nak masak lunch untuk anak-anak buat rencah macaroni goreng, bila pecahkan sebiji telur ayam keluar 2 kuning telor, kembar kah? Selalu curi-curi selit daun ginseng jawa nak buat anak-anak selera makan.
  Selain dari hasil telur ayam dan itik yang dikutip setiap hari, ada surprise hadiah belated anniversary pula pagi-pagi 20hb Ogos 2015.....
  Sedang Tukang Kebun membalas email-email di dapur meja sambil tunggu air panas masak nak buat teh, Abby pun masih tidur jadi mama dia dapatlah a precious peaceful time sekejap for herself. Tiba-tiba kedengaran macam bunyi anak ayam dekat sungguh di belakang Tukang Kebun. Bila toleh ke belakang dalam incubator nampak ada anak ayam baru menetas memanggil-manggil pula. Seronoknya rasa timang anak ayam kali pertama menetas dari incubator. Ayam yang pertama keluar memang confirm anak ayam gajah tengok saiz telur yang dah pecah.
  Kemudian kelihatan ada sebutir pun dah keluar paruhnya sambil ada bunyi-bunyi pula tu. Hujan lebat pula tiba-tiba turun bergegas ambil kain cepat-cepat jemur tempat tak kena hujan. Kemudian kena rushing ambil Ilhan Mikhail di Sekolah Agama.
   Setelah kembali dari ambil Ilhan Mikhail, anak ayam kedua dah pecah cengkerangnya. Yang ni tak pasti jenis ayam kampung baka yang mana satu.
  Seronok sungguh timang anak-anak ayam hari ini. Bila amati gambar ini, macam anak ayam No. 2 ini ada balung dah sikit, adakah dah keluar tanda awal yang ini anak jantan?
  Ada telur yang pecah sedikit nampak keluar paruh je bergerak-gerak macam mula-mula perasan anak ayam ke-2 nak keluar. Jadi yang anak ayam ketiga keluar hari ini, Tukang Kebun tolong pecah keluarkan tengok macam mana posisinya dalam telur. Yang anak ayam ke-3 lahir hari ini tengok saiz telurnya memang anak ayam kampung original. Beginilah rupanya anak ayam yang baru Tukang Kebun tolong bukakan cangkerangnya (nampak macam mati tapi hidup). 
  Tengoklah perbezaan saiz anak ayam gajah (1st one) dan ayam kampung original (3rd one), saiz begitu ketara berbeza. Baru keluar anak-anak ayam masih basah-basah lagi dan kaki belum kuat nak berjalan. Semua mencari haba nak panaskan badan.
  Hari ini dah keluar 5 ekor. By the time malam semua dah fluffy bulunya dah kering, tidur pun rapat-rapat nak panaskan badan. Esok ambil Ilhan nak kena singgah beli makanan ayam baby dah takde stock.
  Malam lepas dah selesai makan, permata-permata hati ini dapat lesson dari Tukang Kebun macam mana nak tengok progress telur yang eram dalam incubator. Gelapkan bilik dan suluh telur tengok macam mana perkembangan isinya di dalam. Mama diorang semangat hari ini dah penuhkan semua bekas telur dalam incubator untuk eram lagi. 


  Ikatan 9 tahun, lahirnya 3 permata hati. Incubator baru 20 hari dirasmikan dah lahirkan 5 ekor anak ayam.