No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Hadiah UlangTahun Perkahwinan ke-9

   Semalam, 19hb Ogos 2015, ulang tahun perkahwinan kami yang ke-9. Takde special apa-apa pun sebab ada insan tu lepas kerja terus pergi main futsal. Tukang Kebun semasa menunggu Ilhan habis kelas piano call-lah si suami, buat-buat tanya nak Tukang Kebun on the way balik singgah beli kek ke? Dalam telephone macam ada long pause je sebelum menjawab, takpe memang dia ingat nak singgah Giant, Shah Alam beli cake. Hmmm.....nampak sangat tak ingat. 'Long Pause' lama sangat menandakan tak ingat. Kelakarnya anak-anak nyanyi pun lagu Birthday dan Allah Selamat-kan Mama sebab ingat birthday cake Mama tak faham lagi. Birthday bulan lepas anak-anak ingat Mama takde Birthday cake jadi ingat belated birthday cake. Takpelah janji mengidam nak makan chocolate cake termakbul dan permata-permata hati pun happy dapat makan cake sampai hari ini. Yang penting bahagia hingga akhir hayat.
   Syukur Alhamdulillah pada hari Anniversary kebun banyak hadiahkan bunga-bunga, tak payah si suami belikan bunga tak pe. Puas hati memandang bunga-bunga mekar di kebun. Yang sedang mekar meriah minggu ini untuk wakil warna bunga Mauve/ungu ialah si Garlic Vine. Berjurai-jurai macam air terjun bunganya bersebelahan di pagar lama. Pokok ini memang dah berbelasan tahun menghuni sudut ini. 

Info mengenai garlic vine boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
  Untuk sambutan ulangTahun Perkahwinan kami ke-9 ini kami akan pilih 1 wakil tumbuhan dari setiap page ikut warna ada promosi special valid sampai 31hbOgos2015. Sebagai contoh untuk page 'Bunga Warna Mauve/Lilac/Lavendar' wakilnya ialah 'Garlic Vine'.

~ 3 pot Garlic Vine berharga RM20.00 (Save RM4.00)~
  Untuk page dari 'Bunga Warna Merah' pula pilihan promosi bunga kemboja merah sexy yang bunganya sangat semerbak harum. Yang ini kalau Tukang Kebun cium baunya rasa macam nak makan bunganya. 

~ 1 keratan Frangipani Fragrant Bali Blushing Red for RM10.00 (Save RM5.00, valid until 31stAugust2015) ~
  Antara tumbuhan dalam page 'Bunga Warna Putih' yang sedang asyik berbunga minggu ini juga ialah 'Dove Tail' atau juga dikenali sebagai Soskia. Dari celahan pokoknya yang macam kipas itu keluar tangkai bunga yang ada kecil-kecil bunganya macam loceng.

Maklumat lanjut mengenai Soskia boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 3 moist bare-rooted Soskia for RM10.00 (Save RM14.00)~
  'Bunga Warna Kuning' yang cukup ceria dan rajin berbunga apabila kerap hujan bertandang pula ialah bunga Yellow Walking Iris. Cukup mudah penjagaannya. Seperti tabiat pokok bunga Iris lain yang sudah matang ianya mempunyai rhizome, jika tidak disiram pokoknya akan hilang seketika. Tetapi apabila hujan kerap membasahi bumi, muncul semula pokoknya dan memberikan bunga-bunga yang menceriakan.

Bacaan lanjut mengenai bunga yellow walking iris lawatilah kunjungi laman ini (klik sini).

~ 3 moist bare-rooted Yellow Walking Iris for RM10.00 (Save RM17.00) ~
  Minggu ini Syukur Alhamdulillah bukan sahaja pokok-pokok bunga memberikan hadiah untuk cuci mata. Tetapi hasil dari kebun pun kenyangkan perut juga.  Setiap hari syukur memang ada hasil-hasil telur itik yang dapat dari ternakan itik telur dari kebun. Sesiapa yang membuat pesanan telur itik untuk self-collect minggu ini tawaran beli 5 butir telur itik, percuma sebutir telur itik.
  Terkejut Tukang Kebun pada Isnin lepas semasa nak masak lunch untuk anak-anak buat rencah macaroni goreng, bila pecahkan sebiji telur ayam keluar 2 kuning telor, kembar kah? Selalu curi-curi selit daun ginseng jawa nak buat anak-anak selera makan.
  Selain dari hasil telur ayam dan itik yang dikutip setiap hari, ada surprise hadiah belated anniversary pula pagi-pagi 20hb Ogos 2015.....
  Sedang Tukang Kebun membalas email-email di dapur meja sambil tunggu air panas masak nak buat teh, Abby pun masih tidur jadi mama dia dapatlah a precious peaceful time sekejap for herself. Tiba-tiba kedengaran macam bunyi anak ayam dekat sungguh di belakang Tukang Kebun. Bila toleh ke belakang dalam incubator nampak ada anak ayam baru menetas memanggil-manggil pula. Seronoknya rasa timang anak ayam kali pertama menetas dari incubator. Ayam yang pertama keluar memang confirm anak ayam gajah tengok saiz telur yang dah pecah.
  Kemudian kelihatan ada sebutir pun dah keluar paruhnya sambil ada bunyi-bunyi pula tu. Hujan lebat pula tiba-tiba turun bergegas ambil kain cepat-cepat jemur tempat tak kena hujan. Kemudian kena rushing ambil Ilhan Mikhail di Sekolah Agama.
   Setelah kembali dari ambil Ilhan Mikhail, anak ayam kedua dah pecah cengkerangnya. Yang ni tak pasti jenis ayam kampung baka yang mana satu.
  Seronok sungguh timang anak-anak ayam hari ini. Bila amati gambar ini, macam anak ayam No. 2 ini ada balung dah sikit, adakah dah keluar tanda awal yang ini anak jantan?
  Ada telur yang pecah sedikit nampak keluar paruh je bergerak-gerak macam mula-mula perasan anak ayam ke-2 nak keluar. Jadi yang anak ayam ketiga keluar hari ini, Tukang Kebun tolong pecah keluarkan tengok macam mana posisinya dalam telur. Yang anak ayam ke-3 lahir hari ini tengok saiz telurnya memang anak ayam kampung original. Beginilah rupanya anak ayam yang baru Tukang Kebun tolong bukakan cangkerangnya (nampak macam mati tapi hidup). 
  Tengoklah perbezaan saiz anak ayam gajah (1st one) dan ayam kampung original (3rd one), saiz begitu ketara berbeza. Baru keluar anak-anak ayam masih basah-basah lagi dan kaki belum kuat nak berjalan. Semua mencari haba nak panaskan badan.
  Hari ini dah keluar 5 ekor. By the time malam semua dah fluffy bulunya dah kering, tidur pun rapat-rapat nak panaskan badan. Esok ambil Ilhan nak kena singgah beli makanan ayam baby dah takde stock.
  Malam lepas dah selesai makan, permata-permata hati ini dapat lesson dari Tukang Kebun macam mana nak tengok progress telur yang eram dalam incubator. Gelapkan bilik dan suluh telur tengok macam mana perkembangan isinya di dalam. Mama diorang semangat hari ini dah penuhkan semua bekas telur dalam incubator untuk eram lagi. 


  Ikatan 9 tahun, lahirnya 3 permata hati. Incubator baru 20 hari dirasmikan dah lahirkan 5 ekor anak ayam.

12 ulasan:

suka suka berkata...

Happy Anniversari Diana and Hubby.. best wishes.. semoga bahagia hingga ke Jannah.. ayunya Abby berbaju kurung raya..abang2 pun makin handsome !

Unknown berkata...

Happy Anniversary kak... cute nye anak2 ayam tu... bestnya dapat bela ayam sendiri kan..

Unknown berkata...

tahniah..selamat ulangtahun :D
semoga berkekalan ke akhir hayat dan dilimpahkan rahmatnya.

falraisi berkata...

Wah.. .bestnya Diana anak anak gebus tuuu. Anyway Happy Anniversary dear!

Suzie berkata...

happy anniversary diana.....akak geli klau baby2 ni.....x sanggup nak pegang...hahah

Norish.NN berkata...

Happy Aniversary Sis Diana.Smoga bahagia hgga ke jannah.Amin..Hi chicky welcome to KBB family & team :-)

Normala Saad berkata...

Happy Anniversary Diana. Semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Juga congrat dapat cucu pertama incubator KBB. Semoga terus sukses!

carlz berkata...

Kopiwosian Tadau Pisasawaan montok dia' Zandi Diana (Selamat ulang tahun perkahwinan pn Diana). Wah produce anak ayam sendiri, mmg terbaiklah.

ct aju berkata...

hepi anibersary...semoga hepi n ceria sokmo...

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Selamat Ulang tahun perkahwinan yg ke-9 semoga kebahagiaan & rahmat Allah itu berkekalan kepada kak Diana sekeluarga sehingga ke Syurga..
Handsome2 dah anak kak Diana, sumandak tu pun makin cute hehe...
Bila tgk anak2 ayam yg baru menetas tu teringat Julie dgn ayam kampung dkt rmh Julie dlu, dlu bila Julie gatal tangan tgk anak2 ayam yg mau menetas, pernah juga Julie tolong pecahkan telur anak ayam yg sedang berusaha menetas, best gak zaman budak2 di kg dlu, mcm2 aktiviti dibuat hehe...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar.

Thank you for the best wishes.
Anak-anak rasa cepat betul membesar dari segala segi, maknya tercungap-cungap nak kejar hehehe...

Salam Bahagia Farahhazirah.

Bolehlah menjamin keselamatan dagingnya bila bela sendiri.
All naturally grown.
Thank you for the wish.

Salam Bahagia Ju.

Cepat je rasa masa berlalu, pejam celik mata dah 9 tahun wedding anniversary.

Salam Bahagia Falraisi.

Makin banyak anak, makin banyak tanggungjawab nak menjaga hehehe....
Thank you for the wish dear.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakSuzie.

Anak Tukang Kebun si Ilhan dulu geli-geli juga. Semenjak dia tengok telur ayam menetas sendiri dah mula geram asyik main pegang keluarkan anak ayam je.

Salam Bahagia Sis Norish.

Thank you for the wish.
Syukur Alhamdulillah banyak anak ayam dah mula menetas dari incubator.
Banyak juga si kucing pergi makan :(.

Salam Bahagia Kak Mala.

Syukur Alhamdulillah berjaya juga dapat cucu ayam dari incubator.
Ini nak tengok keluar anak itik dan angsa pula dari incubator.
Bilalah dapat rezeki telur ayam mutiara dan ayam belanda nak cuba juga.

Salam Bahagia Carlz.

Dah puas menanam tumbuhan untuk isi perut, sekarang mencuba-cuba pula grow your own poultry hehehe....

Salam Bahagia CT AJU.

Sama-sama kita sentiasa ceria sokmo.

Waalaikumsalam Julie.

Sumandak tu dah banyak sangat bercakap, ada je ngomelnya.
Sementara boleh ni nak bagi jugalah pengalaman anak-anak expose dengan dunia farming dulu-dulu. Biasa-biasakan mereka dengan ternakan dan dusun.