Sekarang dah bermula awal musim hujan, pokok bunga peace lily juga dah mula rajin nak berbunga-bunga. Pokoknya juga cepat sungguh merimbun bila banyak hujan. Bulan ini memang antara tugas Tukang Kebun di frontyard ialah mengemas kini kawasan-kawasan pokok-pokok peace lily menghuni. Dah berapa kawasan dikemaskan. Untuk rakan gardeners juga eloklah mula kemas kini pokok peace lily kalau dah merimbun sekarang di awal musim hujan ini. Yang dah lama merimbun daunnya tak bunga-bunga juga elok trimming daun-daunnya kemungkinan dah overdose baja banyak nitrogen.
Biasanya pada awal pagi, lebih-lebih lagi musim hujan ni sejuk, wangi haruman dari bunga peace lily yang baru mekar. Ianya amat menjadi tarikan kepada species lebah di dalam gambar di atas menjadikan sumber makanan mereka. Yang cekap identify jenis apa lebah tersebut mohon berkongsi pengetahun dengan kami. Sebab Tukang Kebun dah lama perhatikan memang adik-beradik jenis lebah ini sangat gemarkan bunga Peace Lily. Gardeners juga dapatlah pahala sebab tanam bunga ini jadi bekalan makanan kepada mereka sekaligus eye-candy mata kita. Peace Lily ini bagus ditanam juga kerana ianya tumbuhan yang boleh memainkan peranan sebagai air purifier atau buang toxic dalam udara yang tercemar.
Maklumat lanjut mengenai Peace Lily boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
Hari ini nak bercerita pasal penjagaan Peace Lily bab pruning. Sebab ramai gardeners yang jika baru berjinak-jinak dalam dunia berkebun masih lagi takut-takut nak pruning pokok-pokok biar dia teruja bertukar baju baru dulu. Semalam kami berkemas di area parking kereta depan berdekatan pagar lama. Dearest husband pruning ranting-ranting pokok bunga kertas yang dah merimbun lebat di atas bumbung carpark sambil-sambil Tukang Kebun weeding di kawasan sekeliling (Big Boss nak balik lagi seminggu lebih, kenalah kemas-kemaskan especially frontyard, mesti area ini dia pergi punya nak tengok ada buah mahkota dewa atau tidak). Lepas Tukang Kebun dah kemas kawasan ini, pergi kemaskan area sebelah gazebo yang sebelah kolam, di situ pun deretan Peace Lily dah merimbun tak nampak tanah. Sedap je Ilhan komen petang tu, wah dah kosong sini (maksudnya dah nampak banyak ruang cerah, togel dah pokok-pokok). Tolongnya tidak, main je di luar seharian sambil mama papa mengemas (kasi chance, tukang ambil air minum dalam rumah).
Sambil-sambil potong ranting-ranting bunga kertas habis rumpunan pokok-pokok peace lily kena tindan yang dalam gambar No. 3. Bila dah diangkat-angkat ranting-ranting kayu, Tukang Kebun mulalah buat trimming rumpunan pokok-pokok Peace Lily di sini yang rajin juga berbunga di bawah kanopi bunga kertas (light shade). Lihatlah hasil trimming Tukang Kebun dari gambar before trimming No. 3 dan after trimming gambar No. 5. Almost botakkan? Pokok-pokok yang dah besar ada Tukang Kebun tinggalkan daun muda dalam 1~3 helai gitu je. Yang daun dah tua semua Tukang Kebun potong.
Cuba perhatikan betul-betul, rupanya-rupanya di celah-celah pokok-pokok Peace Lily yang dah besar dan matang, ada banyak anak-anak pokok peace lily yang dah tumbuh. Banyak beranak-pinak. Close up gambar No. 6 di bawah. Anak-anak pokok kecil ini kalau dibiarkan sahaja di bawah rimbunan daun-daun besar dulu tu, susahlah ianya nak membesar dan bernafas. Boleh terbantut pembesaran mereka atau RIP. Gardeners yang rajin bolehlah juga gali keluarkan anak-anak pokok peace lily, pindahkan dalam pasu sekarang, sempat nak buat hadiah untuk hari Natal nanti bagi yang menyambut perayaan ini. Ataupun as a peace offering nak berbaik-baik semula dengan kawan-kawan. Bagus juga untuk house-warming gift untuk kawan-kawan yang baru pindah rumah.
~ Special Merdeka Promotion valid August 2015 only: 4 moist bare-rooted Peace Lily Plants for RM20 (save RM8) ~
~ 1 moist bare-rooted Peace Lily Plant for RM7.00 ~
Semalam dapat jugalah sekurangnya sedozen telur segar dari PETs backyard. Sebagai catatan, dearest husband ada buat lagi stok bekalan dapur telur itik masin semalam (14biji). Takut nanti keliru dengan batch yang awal-awal sedang kena peram dalam air garam, nak habiskan yang mana dahulu. Hari Sabtu sambil Tukang Kebun propagate anak pokok-pokok, dearest husband kemaskan longkang keliling rumah. Sekarang hujan cepat je nampak air parit tembok depan penuh. Supaya air mengalir dengan baik longkang keliling rumah dibersihkan dan dikosongkan.
~ Minggu ini telur segar itik available, sebutir 70sen ~~ Ayam kampung hidup RM22/sudah diproses RM25~
~ Kelapa parut sebiji RM1 ~
~Sesisir Pisang Nangka RM5~
~ Ubi Kayu sekilogram RM2~
Self-Collect Schedule This Week:
~ 19hb Ogos 2015, Rabu malam antara pukul 9:00PM~9:30PM di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ 23hb Ogos 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
6 ulasan:
Kalaulah kakak ada peluang/dekat kakak nak beli telur masin dan kelapa tu. Rumah kampung kakak dah tak ada itik sekarang ni..
owh! bunga peace lily ni wangi yer.... indahnya kawasan yg menghijau...segar udara dan mata yang memandang....
Yang macam lebah tu bukan spesies lebah. Itu fruit flies.
Salam Bahagia KakZakie.
Kalaulah ada service logistic yang bagus di Malaysia ini.
Bolehlah Kebun Bahagia Bersama kembangkan penghantaran pelbagai fresh produce.
Macam dekat Jepun competitive service logistic, frozen goodies pun boleh hantar. Handling pun bagus tak kasar semua dianggap fragila.
Salam Bahagia Bunda Nora,
Pagi-pagi peace lily memang harum bau bunganya.
Salam Bahagia Shafirul Suffian.
Tertipu Tukang Kebun macam rupa lebah dan tebuan je sebab besar-besar sungguh pun ada.
Bolehlah jadikan penarik nak tangkap fruit flies tu kan.
Terima kasih kongsi ilmu.
Owh yakah..baruk ku tauk tek mun kau sik padah sik ku tauk koh
Yalah tek ku dah padah
Catat Ulasan