Scrolling gambar-gambar dalam memory card terjumpa pula gambar alat kukur kelapa tradisional ayah mertua yang diambil 2 tahun lebih dahulu. Yang di rumah mertua di Terengganu jenis yang tempat duduknya boleh lipat. Seingat memory Tukang Kebun semasa kami duduk di Shah Alam dulu Big Boss ada juga alat kukur kelapa tradisional sebegini tapi bukan jenis yang lipat tempat duduknya. Jika dilihat kayu yang digunakan untuk membuat alat kukur kelapa tradisional dulu adalah jenis kualiti kayu yang bagus yang tahan lama berzaman-zaman. Siap kalau google ada yang ukiran-ukiran menarik lagi diukir pada alat kukur kelapa traditional. Ada sesiapa yang masih menggunakan alat kukur kelapa tradisional ini di rumah untuk kukur isi kelapa?
Semasa trip balik kampung di Terengganu ambil gambar alat kukur kelapa tradisional, kami baru pulang dari merantau, nampak anak-anak masih kecil lagi. Abby pun baru beberapa bulan usianya, tak biasa dengan orang asyik nak mama dia je lagi kalau pegang. Ilhan pun masih babyface ada lagi bulat, sekarang cengkung tak cukup tido. Ingatkan dah tido dalam bilik, bila check biasanya dok baca manga lagi.
Rasanya ini kali terakhir anak-anak bertiga bergambar dengan arwah Tok Ki dearest husband. Ada juga gambar cicit-cicit dengan Tok Nyang.
Hari ini sambil kutip-kutip kelapa tua yang baru gugur, Tukang Kebun letaklah nangka yang dah semerbak baunya baru dituai atas meja di kebun belakang sekejap. Baru letak beberapa minit dah ayam pergi noda. Ini sambil Tukang Kebun bawa kereta sorong si angsa pula datang nak juga gigit-gigit buah nangka. Lekas-lekaslah simpan di dapur.
Antara yang sempat curi masa kutip hari ini untuk bekalan dapur adalah seperti telur itik, limau kasturi dan limau kapas. Tak sempat nak snapping gambar, Abby dah satu satu dimasukkan mulberry dalam mulut.
Jika ada sesiapa nak rasa Ayam Daging KFC yang dibesarkan secara organik, tak pernah kena cucuk vaksin atau diberikan ubat apa-apa, Tukang Kebun nak let go beberapa ayam daging KFC yang beratnya pun dah sekurang-kurangnya lebih 3.5~4 kilogram. Dibela macam ayam kampung biasa, makan pun banyak diberikan hasil-hasil dari kebun juga. Seekor ayam daging KFC organik RM35 dah siap proses. Bolehlah nak cuba bezakan rasa ayam daging KFC original dibesarkan secara organik dan dengan yang dicucuk dengan pelbagai hormone untuk dibesarkan. Ada orang kata ayam KFC ni kalau lebih 45~60 hari cepat habis riwayat tanpa diberikan suntikan. Tapi bila cuba sendiri dibesarkan dengan makanan yang seimbang bukan sahaja pellet commercial, mereka boleh juga hidup sampai 5~6 bulan pun ada. Yang betina gebu-gebu betul ayam daging KFC ini, ada juga lebih 5 kilogram.
Fresh produce yang available untuk self-collect hujung minggu ini ialah :
~ Isi kelapa parut, 3 biji RM5.
~ Ubi Kayu sekilogram RM2.
~ Telur Itik sebutir 70sen.
~ Ayam Kampung yang hidup RM22, yang sudah diproses RM25 (berat lebih kurang plus minus 1.5kilogram).
~ Ayam Daging KFC sudah diproses RM35.
~ 23hb Ogos 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:00AM~9:30AM/5:00PM~5:30PM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
6 ulasan:
saya ada kukur kelapa tu....klau nak makan pulut kelapa mmg saya kukur kelapa....belilah kelapanya...hehhe
Diana sis, my mom has that alat kukur kelapa too! just the tempat duduk there slightly different pattern. I wish i stay dekat dgn u tahu. So i can always purchase organic lemon, chicken n eggs from you! 4-5kg is really big! My late dad pernah juga bela ayam kfc from ladang yg already 49 days..then continue to feed them for 3-6 months...memang jadi 4-5kg each! Some even start to lay egg! so interesting kan
Kukur kelapa lama pernah guna juga dulu masa di kampung....sekarang dah tak ada dah....guna mesin shj...
dulu kat kampung saya la tukang kukur kelapa.. hahaha.... stress je bila dapat "job" tu..
Kami dulu kukur kelapa, giling cili/ tumbuk cili bergilir-gilir.. adik beradik perempuan ramai.. untuk adil..hi hi hi..
Salam Bahagia Kak Suzie.
Puas rasa hati kan bila kukur kelapa sendiri.
Kebersihan pun terjamin.
Salam Bahagia Olive.
Ayam daging KFC besar juga. Tapi ayam jenis baka ayam gajah pun besar tau!
Especially the eggs , terkejut 1st time tengok telur besar bulat ayam gajah free range so big!!!
Our Ayam daging KFC not yet lay eggs still waiting, hopefully not sterile.
Salam Bahagia Fida,
Tukang kebun pun guna mesin sahaja.
Sekali kala teringin juga kukur manual mengimbas zaman dulu juga.
Salam Bahagia Herny,
Kalau tukang kebun pun stress juga jika dapat role tukang kukur lenguh tangan nak kukur manual.
Salam Bahagia Kak Mar,
Bestlah adik-beradik ramai Kak Mar.
Diana dulu lama sorang-sorang, semua kena buat takde gilir-gilir.
Tapi paling tak suka kalau kena cabut ekor tauge.
Sebab tak sabar nak keluar main.
Catat Ulasan