No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 13 Ogos 2015

Jambu Syawal Joy

  Syukur Alhamdulillah bulan Syawal ini pelbagai rezeki buah-buahan yang dapat dirasai. Cuma disebabkan kesihatan dan kesibukkan musim beraya ini banyak rezeki tersebut dibiarkan sahaja kongsi dengan mahkluk Allah yang lain. Selain dari rezeki buah nangka yang lumayan bulan Syawal ini (related posting klik sini), pelbagai jenis jambu-jambu juga meriah berbuah di dalam kebun.
  Sebagai contoh, pokok-pokok pink guava atau jambu batu merah jambu juga sedang menghasilkan buah. Kadangkala sambil sidai baju di ampaian, terliur Tukang Kebun tengok isi pink guava yang berwarna merah jambu dah expose masak dimakan oleh burung. Stok-stok anak pokok pink guava tahun lepas yang disemai pun sudah meninggi. Rasa begitu pesat pertumbuhannya dari sekaki tinggi (gambar No.2), sekarang ini dah lebih dari 3~4 kaki sekurang-kurangnya. Tak sempat pula nak snapshot latest growth.
   Bila ada masa sedikit demi sedikit akan Tukang Kebun repotting ke bekas lebih besar sebab akarnya dah banyak dah terkeluar-keluar dari polibeg. Jangan risau bila akarnya dah banyak, lebih mudah nak pindahkan dia mudah membuat pertumbuhan tunas-tunas baru. Sebagai contoh, apabila kita keluarkan dari bekas yang mempunyai akar-akar yang banyak sudah terkeluar, susah nak cabut, mula-mulanya pokoknya akan terkejut. Biarkan daunnya gugur semua tidak mengapa, lama-kelamaan akan keluar tunas-tunas yang baru di batangnya. Ia juga membantu membuatkan pokok pink guava tersebut tumbuh ranting-ranting baru (branching).
   Bagi Kebun Bahagia Bersama kami membuat penyediaan tanah sendiri, hasil dari bahan-bahan buangan hijau dari kebun yang dibakar menjadi abu dan tanah kompos tercampur menjadikan bahan medium tanah untuk dimasukkan dalam polibeg bercampur dengan tahi-tahi ayam sebagai baja. Dalam bekas hitam di atas tu adalah fresh chicken manure from the farm. Inilah langkah yang dibuat setiap kali kami re-potting ke bekas yang lebih besar apabila anak-anak pokok seperti pink guava sudah membesar dan terkeluar banyak akar dari bekas sebelum itu. Kami campurkan tanah bakar bersama-sama dengan tahi ayam. Tanah bakar kaya dengan nutrient yang memberikan zat untuk tumbuhan berbunga dan berbuah tapi kurang dalam segi nitrogen. Jadi untuk medium tanah bagi pertumbuhan yang balance kami campurkan tahi ayam yang kaya nitrogen bersama-sama dengan tanah bakar. Salah satu kebaikan tanah bakar juga ialah tanahnya poros tidak bertakung. Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan Tanah Bakar bagi gardeners yang berminat. 1 beg tu berat juga lebih 15kilogram, Tukang Kebun pun tak larat nak pikul, serahkan kepada dearest husband, self-collect only.

~ Tanah Bakar 1 beg for RM5.00~
  Sekarang ni tiap-tiap hari bila menyidai baju di ampaian dok lah intai mana tahu ada buah-buah pink guava yang dah nak masak. Macam manalah ada orang tu mula-mula ingat dia demam urat je sebab dok asyik bergayut atas pokok nak petik buah-buah jambu. Tengok gambar atas boleh agak-agaklah tinggi pokoknya ya. Pokok pink guava yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan ialah jenis heritage ataupun bak kata orang kita baka kampung dah turun temurun diperturunkan benihnya (more info read here). Stok anak pokok pink guava yang ada sekarang bulan ini, ada lebih dari ketinggian 3~4 kaki kalau yang rajin nak self-collect selagi stock masih ada.

~ 1 pot pink guava RM10 ~
  Bulan Syawal ini memang pokok-pokok jambu beraya sakan, sehinggakan lebih dari 3 jenis jambu air berbunga dan berbuah. Bukan sahaja pokok-pokok yang beraya sakan, tetapi lebah-lebah pun beraya sakan kenyang menghisap madu menjadikan musim buah jambu menjadi-jadi bulan Syawal ini. Baru sahaja habis berbuah dah mula berputik bunga semula.
    Berbeza dengan pokok jambu bol yang pembesaran buahnya dari bunga hingga ranum mengambil masa sebelum dapat dipetik buahnya dalam anggaran 2 bulan. Untuk jambu air cepat betul kitaran dari berbunga hingga buahnya sudah masak boleh dimakan. Syukur Alhamdulillah bila musim buah jambu air tiba memang kenyang binatang ternakan di belakang. Jimat juga belanja makanan untuk mereka. Dengan pertambahan bilangan unggas-unggas di belakang kebun, mulai bulan ini boleh terasa seguni 50kilogram jagung boleh habis dalam masa seminggu sahaja.
  Beginilah keadaannya bila setiap kali tiba musim buah jambu air untuk lokasi ini. Untuk pastikan unggas-unggas mendapat pemakanan diet yang lebih sihat dan seimbang, kerja Tukang Kebun ialah naik atas atap reban dan sodok-sodok masuk jambu air yang dah terlampau masak masuk dalam baldi dan diagih-agihkan ke kandang ayam. Jangan terkejut ya, yang biasa teman Tukang Kebun sambil buat ini ialah Kiki putih, ayam belanda betina. Si Fluffy pun ada juga tu kat atas atap di celah-celah rimbunan daun sebelah sana.
  Untuk yang tak pandai terbang tinggi-tinggi sampai ke atas atap seperti angsa dan itik-itik, Tukang Kebun tolak-tolak je jambu jatuh ke bawah untuk mereka makan.
   Berebut-rebut unggas-unggas makan. Seperti manusia, pastinya natural organic food lebih sedap dari process food. Tukang Kebun pun selalu nak kena ingatkan rajin diri, tolong ambilkan bahan-bahan makanan semula jadi di kebun yang ada ikut musim untuk kasi makan dekat mereka ini. Jimat banyak belanja makanan mereka. Unggas-unggas pun sihat dengan diet seperti ini. Tambahan pula lebih sedap isi daging unggas ini bila dikorbankan.
  Sekiranya ada yang berminat, Kebun Bahagia Bersama masih ada stok untuk membekalkan ayam-ayam kampung bagi yang berminat dalam bulan Ogos ini selagi ada lebihan stok simpanan selain dari bekalan untuk dapur kami sendiri. Seekor ayam kampung hidup RM22 atau sudah siap diproses RM25. Diary pemakanan unggas-unggas Kebun Bahagia Bersama awal bulan Ogos banyak makan buah jambu, mulai esok pula Tukang Kebun berikan pisang pula. Hujan lebat kebelakangan ini buat pisang tumbang, jadi tandan pisang yang belum masak sempurna baik cuba diperam dan diberikan kepada unggas-unggas. Ada juga zat baik untuk mereka.
Self-Collect Schedule This Week:

~ 15th August 2015, Saturday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 16th August 2015, Saturday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

6 ulasan:

Awin berkata...

ada lagi pokok Guava tu?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Awin.

Masih ada lagi stok pokok pink guava, ada dah 4 kaki lebih.

marissaislam berkata...

Assalam.. saya nak beli anak pokok pink guava.. macamana ya..?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MarissaIslam.

For further details boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).

marissaislam berkata...

Baiklah.. saya baru je email tadi harap2 sampai la email saya tu..

Nak sangat anak pokok ni..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MarissaIslam,

Terima kasih di atas pesanan dan pembayaran yang telah diterima.
Tengah tunggu pilihan benih-benih yang ingin diselitkan bersama dengan anak pokok guava.