Perubahan cuaca pertengahan tahun ini, nampaknya membuatkan pokok-pokok rambutan yang baru sahaja habis musim buahnya dah pun mula berputik bunga semula. Tukang Kebun ingat bila dah ada kelapangan masa nak buat hard-pruning untuk pokok rambutan yang baru sudah musim buah nak kasi renek pokoknya. Lebih-lebih lagi pokoknya yang dah tinggi tu menjadikan kanopi lebar dan kurang bercahaya di keliling persekitarannya, terbantutlah hajat, biarkanlah ianya mula musim bunganya. Ada je projek lain yang boleh diutamakan dahulu.
Menu lunch Ilhan sebelum hantar ke sekolah kebangsaan petang minggu ini, 3 kali mama Ilhan cepat-cepat masak nasi goreng. Sayang juga lebihan nasi makan malam yang disimpan dalam peti ais. Lekas-lekas petik sayur dari kebun terus masak di dapur. Sementara Ilhan mandi sempatlah Tukang Kebun menggoreng nasi goreng. Anak-anak tukang kebun gemarkan ikan bilis goreng. Jadi mudahlah mama mereka ini masak nasi goreng style kampung pun, anak-anak senang makan. Tak sempat nak buat cili blendar sekarang ni, pakai je cili burung yang sentiasa ada fresh stock dari kebun. Sayur Raja pula ialah sayur kegemaran si Ilhan Mikhail, jadi mudahlah untuk Tukang Kebun goreng lah sayur raja gantikan kangkung untuk masak nasi goreng kampung. Puas hati masak nasi goreng kampung (sayur) raja style untuk si Ilhan Mikhail sebab dia tak de nak ketepi-tepikan sayurnya, semua habis licin. Siap Ilhan boleh bagi komen lagi katanya sayur raja ni pun sedap buat sup Mama. Syukur Alhamdulillah sekurang-kurangnya Ilhan ni tengok sayur raja kenallah sayur apa ni dan sesuai untuk buat masak apa bila dah membesar tinggi nanti dah berdikari.
~ 1 bekas sayur raja RM5 atau boleh campur-campur jenis tumbuhan dalam promosi '3 plants for RM10' (klik sini) ~
Untuk mengambil hati suami pula, semalam lepas dinner, Tukang Kebun baru dapat kesempatan membuat mempelam telor asam boi. Tukang Kebun kerap dapat soalan sesuai ke gunakan mempelam telor sebagai jeruk? Kalau ikut tekak kami sekeluarga lebih gemar buat menggunakan jenis mempelam telor yang lebih masam rasanya sebab kami ini suka masam. Memang bila dah simpan 2 hari lagi tak berhenti-henti makan selagi ada. Abbiyana Ariel yang berumur 3 tahun tu pun mau semangkuk lebih kalau tak control dia makan sorang-sorang sambil temankan Tukang Kebun buat kerja di dapur.
Hujung minggu ini yang berminat untuk dapatkan makanan-makanan segar organik dari Kebun Bahagia Bersama yang available adalah seperti berikut:
~ Telur Itik sebutir 70 sen.
~ Ayam Dara Kampung yang hidup RM22, atau sudah diproses RM25.
~ Sesisir pisang nangka RM5.00.
~ Kelapa sudah diparut sebiji RM1.00 .
~ Ubi Kayu sekilogram RM2.00 .
Self-Collect Schedule:
~ 15th August 2015, Saturday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ 16th August 2015, Sunday morning from 9:00AM~9:30AM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ 16th August 2015, Sunday afternoon from 5:00PM~5:30PM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ 19th August 2015, Wednesday night from 9:00PM~9:30PM at Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
~ 16th August 2015, Sunday afternoon from 5:00PM~5:30PM at Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.
~ 19th August 2015, Wednesday night from 9:00PM~9:30PM at Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
Sekiranya ada yang berminat nak dapatkan setandan pisang nangka booking dari pokok pisang di atas yang dah nak hampir masak, Tukang Kebun let go RM15. Puas kalau buat makan-makan ni. Kalau buat menjual pisang goreng pun boleh untung banyak.
Semalam for dinner Tukang Kebun masak nasi ayam. Daging ayam kampung dari reban sendiri. For desert buat popiah pisang nangka cheese. Pisang nangka dari kebun sendiri. Minuman pula air teh limau, dan limau kapas dari pokok sendiri. Syukur Alhamdulillah memang banyak berjimat hasil berbudi pada tanah dan bela live stock sendiri. Yang penting kita sendiri tahu, hasilnya selamat dimakan free of toxic dan bahan-bahan kimia.
6 ulasan:
kalau dapat sampai kebun ini, boleh beli macam-macam.
bestnya tgk pisang nangka....dah sihat diana?
seronok tengok hasil dari kebun...
Best yea Diana duduk dalam kawasan besar boleh tanam macam macam...
ada lagi ke setandan pisang nangka tu. Berminat!!
Salam Bahagia Nasa Mulia.
Ikut musim juga, kekadang ada lebih rezeki boleh ditawarkan.
Kekadang takde pun ada juga.
Salam Bahagia Suzie.
Syukur Alhamdulillah dah sembuh ini, selera makan pula banyak sungguh.
Salam Bahagia Fara_lesha.
Syukur Alhamdulillah kekadang dapat jugalah rezeki dapat tuai dari kebun sendiri.
Salam Bahagia Sha,
Kerja banyak kawasan besar ni Sha, tak berhenti-henti asyik nak mengemas je. Jadi tak terkeluar mana.
Salam Bahagia Awin.
Will be waiting tomorrow ambil 2 tandan pisang tu.
Catat Ulasan