Hujung minggu lepas, dalam hujan bergegas Tukang Kebun menuai apa bahan untuk masak yang dapat dicapai dari kebun untuk makanan tengahari kami sekeluarga. Bergegas tuai asparagus, beberapa tangkai daun kari dan daun pickerelweed. Dah lama nak mencuba rasa masak tumbuhan air exotic pickerelweed akhirnya tercapai juga Ahad lepas sebab hujan turun jadi tak lama dalam kebun.
Apakah dia tumbuhan air 'Pickerelweed'?
Boleh ulangkaji di archives nota tukang kebun label 'Pickerelweed' (klik sini).
Tumbuhan air yang menghasikan bunga berwarna ungu ini boleh menjadi sumber makanan untuk dapur kita juga. Nak bela pun mudah sebab tak perlu siram sebab pokoknya boleh hidup dalam bekas yang bertakung air. Disebabkan daunnya boleh makan jadi ternakan pun suka juga makan (sekelip mata je boleh dikerjakan). Nasib baik walaupun pokoknya sudah menjadi botak, cepat sahaja ianya menghasilkan daun-daun yang baru.
Pokok pickerelweed ini juga menghasilkan rizom/tuber di dalam tanah yang membuatkan tumbuhan ini menjadi lebih lasak. Pada musim kemarau, pokok yang terabai walaupun kelihatan tiada apa-apa yang tinggal tapi bila hujan basahkan rizom/tubernya akan hidupkan semula pokok menghasilkan pucuk-pucuk baru. Begitu mudah untuk tanam, tanam sahaja ubinya tidak perlu dalam setakat timbus dengan tanah , asalkan tak tercabut kemudian isi air dalam bekas.
Ahad lepas cubalah petik daun-daun yang muda untuk masak style goreng belacan. Kena ambil yang jenis baby leaf, yang muda-muda kecil sebab ia mudah berserat apabila sudah mula membesar.
Apabila sudah dimasak nampak macam kangkung sahaja batang-batangnya. Bolehlah dianggap macam kangkung bila keadaan ekonomi makin teruk, bolehlah alternative sumber makanan. Pickerelweed adalah tanaman air yang bukan sahaja sekadar menjadi hiasan tapi sumber makanan.
~ Pickerelweed (Pontederia cordata) ~
1 bekas RM10.00 .
Sebab makan tengahari Ahad dah ada sayur dari kategori tumbuhan air, maka alang-alang main dish seperti ketam pula haiwan hidup dalam air. Mood rasa nak makan ketam goreng telur itik masin.
Pickerelweed pun nama asalnya 'pickerel' adalah jenis ikan air tawar yang selalu dijumpai hidup bersamanya di tempat asalnya dan 'weed' kaitkan sifatnya yang sangat mudah tumbuh. Jadi jangan dibuang dalam parit takut jadi invasive, masa kemaskan jadikanlah ia sebagai bahan kompos.
Ikan pickerel takde stok di rumah, jadi kami menggunakan ikan jenis guppy untuk hidup bersama-sama tumbuhan air dalam pasu untuk mengelakkan jentik-jentik. Selalu tugasan menangkap ikan guppy diberikan kepada Tukang Kebun kecil Ilhan Mikhail. Kemudian kami sama-sama ronda dalam kebun mencari bekas ada takungan air untuk diisi dengan ikan guppy.
8 ulasan:
Bukan saja ada ilmu berkebun tapi ilmu kegunaan apa yg ditanam itulah yg terbaik. Kakak memang salute betullah! Kakak banyak belajar di sini.
sedapnya tgk sayur diana tu:)
ya allah bestnya tgk ikan tu...banyakkkk:)
diana, akak nampak tempayan...beli dekat mana? cantik....
Assalamualaikum Kak Diana,
Aduh terliur tgk sayur kakak masak tu...sedapnya...teringat2 Julie sayur ni slalu mkn di kg dlu sebab Julie rajin kutip banyak tumbuh depan rmh...nyum2...
Wahh..banyak benda yang saya dapat belajar kat sini... apa-apa pun..ikan-ikan tu comel sangat...
Bukan tayaon kah ini? Yg boleh dijumpai dalam sawah padi? Klo itu mmg pernah makan. Sedap
1st time juga dengar dan tengok..thanks for sharing Diana..
Salam Bahagia Diana Rashid.
Tukang Kebun pun banyak tumbuhan belum kenal lagi. Jumlahnya terlampau banyak.
Salam Bahagia KakZakie.
Tukang Kebun kekadang tak sempat nak menimba ilmu, banyak main hentam keromoh pun ada. Trial and error. Belajar dari kesilapan.
Salam Bahagia Kak Mieja.
Ikan guppy memang banyak duduk berenang dalam kolam bersama ikan koi.
Tempayan tu rasanya mak import dari bali.
Dulu mak niaga landscape goods dari bali.
Nampak tak pakai, hambat buat letak bunga teratai.
Dekat kedai landscape macam ala-ala bali ada kut jualnya juga di Sungai Buloh ni.
Salam Bahagia Julie.
Julie masak apa biasanya dengan sayur macam ini?
Salam Bahagia Sis Farahhazirah.
Ikan-ikan tu beranak pinak cepat sangat.
Salam Bahagia Carlz.
Tak pasti ini panggil tayaon atau tidak. Ada yang lagi satu adik-beradiknya tapi bunga warna kuning. Yang tu batangnya orang suka masak goreng belacan.
Salam Bahagia Kak Mala.
Sama-sama kita berkongsi ilmu.
Catat Ulasan