No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 1 September 2015

Haggled Heliconia

  Hari Kebangsaan banyak nak selesaikan dalam task list terutamanya nak uruskan pesanan-pesanan yang dah selamat dipos awal pagi ini. Cuma ada beberapa pesanan kena pending sekejap sebab kotak prepaid saiz L tidak cukup stok dalam simpanan kami, harap maklum. InsyaAllah dalam minggu ini juga akan kami cuba poskan.
  Sambil keluarkan rizom heliconia jenis psittacorum Halloween, sempat jugalah Tukang Kebun kemaskan sebaris kawasan ini dari buaian hingga pokok lemon Tahiti, penuhlah juga trip 1 kereta sorong dengan bahagian-bahagian yang telah kena pruning. Pesanan pokok-pokok Peace Lily dan Dove Tail juga diambil dari kawasan sini. Sambil-sambil mengemas Tukang Kebun perhatikan musim cuaca sekarang rizom Heliconia dah mula rajin keluarkan tunas-tunas muda dari tanah. Jadi bulan September ini, InsyaAllah barangkali musim yang sesuai mudah untuk tanam heliconia terutamanya di kawasan Lembah Klang mirip dengan cuaca Kebun Bahagia Bersama di Sungai Buloh ini. Jadi Kebun Bahagia Bersama juga buat Heliconia Bargain khas untuk bulan September 2015 ini.

 Yang berminat dah lama intai-intai Heliconia psittacorum Halloween boleh dapatkan rizomnya bulan ini dengan harga 1 set rizom RM10.00 (jimat RM5.00, promotion valid for September 2015 only).

 Info selanjutnya mengenai Heliconia psittacorum Halloween boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).
  
  Heliconia Guyana ini pula hampir setiap hari kalau giliran Tukang Kebun jemur baju menatap dia. Rajin berbunga tahun ini hampir sepanjang tahun ada sahaja bunganya untuk tatapan menceriakan kawasan ini dengan warnanya yang terang.

Cerita mengenai Heliconia Guyana boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ Promosi Heliconia Guyana untuk September 2015, 1 set rizom RM8.00 (jimat RM4.00).
  Bila dah mula berbunga, bunganya tahan berminggu-minggu dan makin memanjang ialah si heliconia hanging red lobster claw. Untuk bulan September 2015, ini boleh dapatkan 3 set rizom heliconia Hanging Red Lobster Claw dengan harga RM10.00 sahaja (jimat RM14.00).

Tips penjagaan heliconia hanging red lobster claw boleh study dalam posting sebelum ini (klik sini).
  Dalam 2 minggu lepas, ada Tukang Kebun membebel pasal pruning pokok peace lily (related posting klik sini). Inilah progressnya setelah 2 minggu diberikan pruning. Nampaknya dah ada pokok-pokok peace lily yang mengeluarkan tangkai bunga-bunga yang baru dan anak-anak pokok di kelilingnya pun dah nampak macam membesar sikit. Biasanya kawasan ini cuma terima air hujan sahaja. Beri baja pun tidak cuma bila longkang sebelah dibersihkan, dikaut tanah atau bahan reputan keluar dan letak keliling bawah pokok peace lily.
  Tukang Kebun rasa nak let go si Jalak yang lahir hujung bulan November 2014, kira-kira usianya dah masuk 9 bulan untuk siapa yang berminat nak buat rendang untuk Raya Haji nanti. Terutamanya yang rancang nak buat rendang yang kering macam rendang negeri memang sesuailah dengan ayam kampung jantan yang dah memang matang ini. Nak let go susah kalau dah terlampau attached sangat, lagipun dah ada bakal pengganti beberapa ekor rooster sedang membesar. Anak-anak keturunan baka si Jalak pun dah berapa ekor lahir dalam bulan Ogos 2015, yang sedang eram dalam incubator pun ada juga. Tengok rooster si Jalak ini bulunya pun berkilau-kilau kilat dan gambar bawah ini special gambar si Jalak masa baby.

~ si Jalak RM40.00 open for reservation (for any enquiries email to kebunkmg@gmail.com) ~
  Untuk minggu ini yang berminat nak dapatkan Ayam Kampung (seekor dah prosess RM25) atau Telur Itik (sebutir 70sen) juga available. Ubi kayu organik juga ada sekilogram RM2.00 . Sebiji kelapa sudah dikukur juga available for RM1.00 .

Self-Collect Schedule This Week:

~ 2hb September 2015, Rabu di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh antara pukul 9:00malam hingga 9:30malam.

~ 5hb September 2015, Sabtu di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh antara pukul 9:00pagi hingga 9:30pagi.

~ 6hb September 2015, Ahad di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh antara pukul 9:00pagi hingga 9:30pagi.

5 ulasan:

Suzie berkata...

jalak lenteng....heheh....bila diana asyik tunjuk bunga akak perasan bunga jenjarom...merah sgt...pagi2 banyak lebah hisap madu....padahal tanam biar je...baja pun tidak...hehhe

marissaislam berkata...

Agaknya yang Diana berikan free tu rizom Heliconia ni ya..?

Terima kasih banyak2.. suka sangatt..!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Suzie.

Bunga warna merah memang kegemaran lebah.
Jenjarom memang mudah jagakan Kak Suzie, berbunga pun rajin tak berapa cerewet.

Salam Bahagia MarissaIslam.

Syukur Alhamdulillah dah selamat terima bungkusannya.
Bukan Heliconia rasanya tapi calathea.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Suzie.

Bunga warna merah memang kegemaran lebah.
Jenjarom memang mudah jagakan Kak Suzie, berbunga pun rajin tak berapa cerewet.

Salam Bahagia MarissaIslam.

Syukur Alhamdulillah dah selamat terima bungkusannya.
Bukan Heliconia rasanya tapi calathea.

Unknown berkata...

ada lg ke jualan rizom ni