No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 28 September 2015

Abu oh Abu

  Antara tuaian pada hujung minggu lepas ialah pisang abu, kelapa tua dan kelapa gading muda. Sementara semalam Tukang Kebun sorting pesanan-pesanan anak pokok yang telah dipos pada awal pagi ini, dearest husband menunggu di kebun belakang sambil petik buah-buah kelapa gading muda. Terkejut Tukang Kebun banyak pula tuaian kali ini, dearest husband rajin kait 3 tandan. Jadi kami merasa 3 jenis yang buah masih amat muda, dah sedang muda, dan dah tua sikit. Yang dah sedang muda kali ini rasanya paling sedap. Eloklah musim jerebu ini minum minuman berkhasiat semulajadi seperti air kelapa. Jerubu-jerubu ini mudah rasa sakit tekak dan selsema. Sebahagian untuk pesanan tuaian dalam gambar ini dah pinggiran USJ booking, kebetulan Tukang Kebun nakal menghantar gambar tengah nak nikmati kelapa gading muda dalam kebun. Minggu ini kelapa muda gading dah not available. Kalau bibit kelapa gading ada stock.

~ 1 bibit kelapa gading RM7.00 ~
   Syukur Alhamdulillah jika ada rezeki bulan depan ada juga beberapa tandan pisang abu dapat dituai.  Bulan Oktober ini bakal musim pisang abu. Yang berminat untuk dapatkan buah pisang abu organik dari Kebun Bahagia Bersama melalui minggu ini available untuk self-collect juga. Yang ingin diposkan juga InsyaAllah boleh. Anak-anak pokok pisang abu juga available.

~ Buah pisang abu organik sesisir RM5.00 ~

~ 1 anak pokok pisang abu RM7.00 ~

   Hujung minggu ini dapat juga kami pindahkan beberapa jenis sulur pisang di tempat yang telah dikemaskan. Setelah selesai tuai setandan pisang abu semalam, dearest hubby, potong-potong batang pisangnya dah diletakkan di sebelah bawah pokok buah-buahan apabila ianya mereput akan menjadi sumber baja untuk tumbuhan tersebut.  Sementara itu isi bahagian batang pisang yang lembut boleh dijadikan sumber makanan PETS di belakang itu.
   Batang pisang antara sumber makanan bagus untuk itik-itik. Itu yang banyak anak-anak pisang kena makan dengan itik-itik di belakang jika tidak dipagar. Daun pisang pun si angsa-angsa suka makan. Jadi bila anak pokok pisang dah tinggi dari mereka barulah kami keluarkan dari tempat berpagar untuk disusun dalam kebun yang menerima pencahayaan yang baik. Tahun ini kami rajin pindah dan tanam pokok-pokok pisang, sebab selain dari buah pisang yang dibekalkan, seluruh bahagian pokoknya ada kegunaan. 

Fresh produce available untuk minggu ini self-collect:

~ Buah pisang abu sesisir RM5.00 .
~ Pucuk ubi seiikat RM1.00 .
~ Ayam kampung segar proses seekor RM25.00 .
~ Buah kuning telor/Canistel sekilogram RM5.00 .
~ Kelapa dah parut sebiji RM1.00 .
~ Daun Assam Gelugor pucuk muda seikat RM1.00 .

Self-Collect Schedule This Week;

~ Rabu malam 30hb September 2015, antara pukul 9:00PM~9:30PM di kawasan Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ Sabtu pagi 3hb Oktober 2015, antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, highway Guthrie).

~ Ahad pagi 4hb Oktober 2015, antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, highway Guthrie).


7 ulasan:

Norish.NN berkata...

Meriah dgn pisang & kelapa. Reserve ank pokok Pisang Abu ya Sis Diana.

Unknown berkata...

kalau dekat kaknoor dah pegi serang kat umah diana nak semua nya pisang kelapa, rupa nya macam tu pisang abu, kaknoor ni mmg tak tau nama2 pisang, kalau beli pisang di kedai main tunjuk je

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana,
Wah bestnya tgk buah2 pisang tu kak...kalo dekat sure saya pegi beli je dr kakak hehe..

Fida Z Ein berkata...

Saya suka bab-bab organik ni...jika dekat dengan rumah dah pergi beli dah...

Hidup Adalah Perjuangan berkata...

Wah.... Mantap. Hidup alami dan back to nature itu lebih baik
Terimakasih

Sha Mohamed berkata...

Jauhnya la hai.. kalau dekat boleh juga membeli belah dengan tukang kebun..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Norish.

Boleh reservekan anak pokok pisang abu nanti contactlah kami bila ada kelapangan.

Salam Bahagia Kak Noor.

Diana dulu pun main tunjuk-tunjuk je tak reti nama jenis pisang-pisang ni.
Semenjak jadi part-time Tukang Kebun mulalah ambil tahu nama-namanya.
Lepas tu makin seronok nak mengenali jenis-jenis pisang dan sesuai buat apa.

Salam Bahagia Julie.

Kalau jauh dah mengidam kena pos jelah Julie.
Bilalah harga shipping cost competitive dekat Malaysia ni.

Salam Bahagia Sis Fida.

Kena kekalkan kaedah organik ni bila banyak free-range avian kat belakang yg juga merupakan sumber makanan.
Itik-itik cukup suka makan anak pokok pisang.

Salam Bahagia Alwin.
Yes back to nature is always the best.

Salam Bahagia Sis Shahida.

InsyaAllah kalau ada rezeki suatu hari nanti bolehlah membeli-belah di KBB ni.