Catatan ringkas hari ini, untuk kenangan bahawa bulan September tahun ini di Kebun Bahagia Bersama sedang musim buah jambu batu. Selain itu, tuaian beberapa hari ini yang dapat dikutip ialah seperti buah Ceri Terengganu, mulberry, kapas, belimbing buloh, cili burung, terung pipit, daun kari dan telur itik serta telur ayam kampung.
Salah satu jenis pokok jambu batu yang musim buah bulan ini ialah pokok di sebelah kandang itik yang biasanya kami panggil sangkar besar. Bila Tukang Kebun check photo collection tahun ini rupanya bukan bulan ini sahaja pokoknya rancak berbuah. Tetapi awal tahun pun meriah juga buahnya seperti gambar atas yang dijumpai dalam memory card. Pokok jambu batu ini dah lama ditanam di Kebun Bahagia Bersama, dah bebelasan tahun membesar bersama kami adik-beradik di sini. Biasanya kalau di Kebun Bahagia Bersama jika ada tayar bawah pokok, indicator antara batch pokok-pokok awal yang Big Boss dan Tuan Tanah tanam di kebun ini. Dulu nak budget masa buka kebun dan baru buat rumah, nak elakkan anak-anak pokok terpotong, pakai tayar terpakai yang sudah dibuang dari bengkel kereta.
Bunga pokok jambu ini juga comel berwarna putih suci. Semasa nak pindahkan itik-itik telur batch kedua ke tempat yang lebih besar dan mudah diarahkan masuk di sangkar besar ini kami mengemas keliling sangkar nak kasi terang. Pokok jambu batu ini yang meninggi rimbun daun ketika itu, kami buat hard pruning sampai botak. Beberapa minggu kemudian naik pucuk-pucuk baru di bahagian bawah pokok.
Syukur Alhamdulillah lumayan juga musim buahnya sekarang. Yang paling best syok mudah nak petik sebab buahnya banyak keluar bergayutan di bahagian rendah dari ketinggian Tukang Kebun. Walaupun terbiar selalu, tidak pernah Tukang Kebun beri baja, murah hati juga pokok jambu batu ini menghasilkan buah-buah tahun ini dah berapa kali.
Gardeners yang berminat untuk pre-order bawang bunga Clivia Miniata sebelum hujung bulan ini boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com).
~1 bulb Clivia miniata RM50.00 ~
Pokok bunga jenis clivia ini saudara dengan amaryllis juga. Cuma Clivia tak gemar direct sun, suka partial shade. Yang ada tempat kurang mendapat cahaya matahari tapi nak hias dengan pokok bunga di situ, salah satu pilihan ialah Clivia. Dengan cuaca di Malaysia ini biasanya Clivia tak perlu siram memadai dengan taburan hujan yang diterima sepanjang tahun. Elok jenis tanah yang bersaliran baik tidak bertakung.
6 ulasan:
nampak segar betui telur itik...best dimasak cili api dgn pucuk mulberi...
geramnya tengok jambu batu tu...
Bahagianya jambu batu berbuah..
Tak sabar menunggu pink guava saya agaknya lagi 4, 5 tahun ada rezeki dapat makan buah sulung..
Salam Bahagia @na.
Lepas dah dicuci memang nampak segar @na.
Kalau tak tengok mood itik habis juga selaput dengan tanah telur itik tu.
Salam Bahagia FarahHazirah.
Jambu batu organik tak spray, tapi banyak kena noda dengan lalat buahlah.
Tapi selamat dimakan.
Salam Bahagia MarissaIslam.
InsyaAllah lagi beberapa tahun ini dapatlah rasa buah sulungnya.
Pink guava ini sebenarnya cepat membesar.
Mula-mula rasa macam lambat, ada musim tetiba cepat pula ianya membesar.
kebun bahagia ni kat mana...sarawak ke?saya nak cari org serian yg ada kebun jambu batu putih yg dpt diborong...kalau tahu alamat di serian bagitau k..terima kasih....
Salam Bahagia.
Kawasan Sarawak kami tak familiar.
Kami fokus area Selangor dan Sabah.
Catat Ulasan