Didoakan semoga arwah Atuk Adnan yang telah kembali ke Maha Pencipta pada tengahari Jumaat tadi bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Panggilan telephone diterima dari Mama (Big Boss) setelah baru sahaja menghantar Ilhan ke sekolah kebangsaan tidak dapat terus Tukang Kebun sambut sebab masih membonceng motosikal on the way balik ke rumah. Tapi melalui jenis ring tone sudah jelas bahawa Mama yang telephone. Lepas parking motosikal terus telephone Mama dan mendapat khabar berita arwah Atuk (sebelah papa Tukang Kebun) baru sahaja meninggal dunia. Setelah dearest husband balik kami bergegas ke masjid Desa Jaya, Kepong. Jenazah baru sahaja tiba di masjid dan akan dimandikan tidak lama lagi. Dapatlah suami bersama-sama mandikan arwah atuk. Pukul 6 petang tadi dikebumikan di perkuburan Islam di Taman Botani Kepong. Elok sahaja separuh tanah sudah ditimbus, hujan rahmat turun selebatnya. Pukul 7 malam sudah selesai uruskan jenazah arwah atuk.
Kenangan tuaian Tukang Kebun hari ini pada waktu tengahari, agak-agak ketika ini mungkin arwah atuk kembali ke Maha Pencipta. Rancangannya untuk makan malam ingat nak buat masak lemak cili api telur itik. Masa memetik belimbing buloh terlintas juga di kepala, belimbing buloh depan rumah arwah atuk dan setiap kali ke sana Mama pesan bawakan telur-telur itik. Kali terakhir kami melawat arwah atuk pun Jumaat minggu lepas.
Terima kasih kepada Gardener Suryani dari Terengganu menceriakan pagi jumaat Tukang Kebun dengan perkongsian hasil-hasil pembesaran anak-anak pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama. Bolehlah juga jadikan panduan kepada gardeners lain samaada pokok-pokok ini sesuai ditanam dalam pasu atau tidak. Terutamanya pokok akar dani, ramai balcony gardeners tanya sesuai ke tanam dalam pasu. Gardener Suryani dah buktikan boleh tanam akar dani dalam pasu dan dah berbunga pun anak pokok akar dani yang dipos Oktober tahun lepas. Pokok lemon Tahiti yang diposkan bersama juga dah berkali ganda saiznya membesar dalam pasu.
Anak pokok bunga susun kelapa yang diposkan pada bulan April tahun ini juga dah meriah berbunga dan banyak putiknya hidup di dalam pasu.
Tidak ketinggalan juga pokok bunga Queen of the Night sudah merimbun tumbuh dalam pasu dan berbunga yang dipos bulan April tahun ini. Terima kasih banyak-banyak Gardener Suryani berkongsi hasil pembesaran pokok-pokok tersebut, terhibur hati team members Kebun Bahagia Bersama menjamu mata.
Update juga diterima dari Terengganu beberapa hari lalu dari Gardener Huda mengenai pembesaran sayur Red Ruby Swiss Chard yang biji benihnya dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama. Geram tengok batang-batang sayur warna merah itu. Kalau Gardener Huda dah tak sabar, saiz macam ini pun dah boleh makan juga.
Awal jumaat pagi pula dapat gambar yang memeranjatkan dari Big Boss. Tragedy di Kingfisher Sabah, habis anak-anak ayam dan ayam mutiara Big Boss kena makan dengan ular sawa. Ular sawa dah kenyang sangat tak boleh keluar dari sangkar. Dah 4 ekor selamat masuk dalam perut. Kena panggil bomba. Tengok tu dah berapa ekor dalam badan Ular Sawa tu berbonjol-bonjol. Tamak pula tu siap yang tak termakan semua dibunuh juga. Kalau ko boleh keluar hidup ular sawa memang no mercy Big Boss akan pancung ko tau. Alahai sayangnya ayam-ayam tu dah nak saiz spring chicken. Beberapa bulan lalu biawak yang santap anak ayam Big Boss. Ini pula Ular Sawa. Dugaan Big Boss nak bela unggas-unggas di kawasan perumahan corner lot. Will it stop Big Boss from trying again? We don't think so.
11 ulasan:
ngeri tengok picture last.....ular sawa datang dari mana lah kan di kawasan perumahan...
semoga arwah atuk Adnan bersama para solehin ameen..
seram nya tengok ular tu diana
masih hidup ke tu ular aduhhhh kesian kat ayam2 kan
walaupun dia tak makan tapi kenapa dia bunuh jugak ish ish
Salam Diana. Takziah di atas kehilangan. Semoga Arwah dicucuri rahmat. Terkejut sekejap tgk gambar terakhir tu. Naik bulu roma. Ternakan ayam suami baru je kena serangan anjing liar. Sama juga kesnya, tak termakan dibunuh pulak ayam2 tu. Sedih.
Kalau Bela ayam Kat mane3 kwsan lah, mesti tiba2 ada ular sawa berlingkar kenyang. Jiran sy dulu pun Ada juga. INI Kira kwsan bndr jugak. Bau ayam tuu just memanggil ular kowt.
Makcik sedekahkan bacaan surah Alfatehah buat arwah Atok Diana.semoga rohnya bersama sama roh orang orang yang soleh.
Lamanya tak singgah di kebun bahagia.Kebun kami pun dah nyawa nyawa ikan kerana kami selalu tiada do rumah.Cuaca pula panas.Habis kering pokok2 dalam pasu.Selamat berkebun Diana
Alfatihah untuk arwah.
Besarnya ular sawa tu Diana...geli & takut tengok....
Salam Takziah pada Diana dan keluarga..
Salam takziah ye diana and family.
Ingatkan papa Diana asal dari Sabah? Tapi orang Selangor rupanya ye?
Tak putus-putus bekalan telur. Sumber protein percuma segar dari ladang
Salam Bahagia Nasa.
Sebelah rumah masih ada masih ada macam tasik-tasik ala sewarage jadi tak hairan banyak biawak dan ular bertandang.
Salam Bahagia Kak Noor,
Terima kasih doakan.
Masih hidup Kak Noor.
Baik hidup kalau mati satu kerja nak tanam, baik call bomba boleh diorang passing kat orang.
Itulah tamak sangat ularnya pun.
Salam Bahagia Nurul.
Terima kasih doakan.
Alahai anjing-anjing liar pun pandai gali lubangkan selit masuk kandang.
Masa buat kandang nak kena tanam jaring sekali sebelum timbus dengan tanah banyak supaya susah diorang nak gali lubang.
Salam Bahagia We Linnasya.
Memang mesti ada pengalaman ayam kena makan dengan ular sawa bila bela ayam.
Salam Bahagia MakcikManggis.
Terima kasih sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atuk Diana.
Area Nilai panas ya? Jerebu di sana dah kurang teruknya ke belm?
Take Care ya makcik.
Salam Bahagia KakMala.
Terima kasih sedekahkan Al-Fatihah.
Itulah masa masuk lubang jaring mesti ular sawa tu slim sket, ni dah besar gitu dah tak boleh keluar kandang.
Salam Bahagia Kak Mar.
Terima kasih.
Salam Bahagia Neny.
Terima Kasih.
Tak mak asal Sabah papa orang negeri.
Tukang Kebun dari lahir membesar di Selangor.
Salam Bahagia Carlz.
Syukur Alhamdulillah sekarang dah banyak jenis sumber protein boleh dapat dari kebun sendiri.
Catat Ulasan