No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label timun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label timun. Papar semua catatan

Khamis, 21 November 2013

Timun White Wonder

 Dari mula terjebak dalam menanam sayur-sayuran sendiri di rumah, timun wonder white yang berwarna ke arah putih adalah antara jenis timun kegemaran kami. Tanam timun yang berbeza dari yang mudah didapati di pasar sangat seronok kerana setiap jenis timun yang dituai segar ada rasa kelainan sendiri. Kalau orang tanya tukang kebun kenapa bersungguh-sungguh nak tanam timun juga, ini adalah sebabnya tak akan tukang kebun dapat makan timun kegemaran tukang kebun ini kalau bukan dari tangan sendiri. Selain dari jawapan selamat makan timun sendiri, free of pesticide spraying.
  Pokok timun white wonder yang mula menjalar seakan kanopi di atas pokok capsicum banana
Food for thought:
  Soalan yang kerap tukang kebun terima: pakai racun/ organik spray apa di tanaman sebagai kawalan?
  Jawapan : Tukang kebun tiada amalkan spray apa-apa di atas tanaman. 
  Sebab utama tukang kebun tidak spray mahupun secara organik ialah untuk menjaga hubungan akrab dengan serangga baik yang bersayap dan beneficial gardening insect lain. Apabila kita spray untuk tujuan utama menghapuskan serangga-serangga perosak, tetapi sebenarnya juga akan effect kepada serangga produktif yang berguna di dalam sistem ecology di kebun. Spraying does not discriminate between the good and the bad guy. Beberapa tahun lepas semasa permulaan alam berkebun, ada juga tukang kebun memakai garlic atau chilli spray kepada tanaman untuk mengurangkan bena/aphid dan yang sejenis perangai dengannya. Kebetulan ladybug yang baik juga ada baru sahaja nak berjinak-jinak di tanaman tersebut memainkan peranan untuk makan bena/aphid tersebut. Setelah di spray ladybug terbang melarikan diri ke tanaman lain yang tidak disentuh oleh organic spray. Dari observation tukang kebun episode main kejar-kejar dengan ladybug dan menunggu kedatangan si lebah, tukang kebun punya kebun menerima lebih banyak kunjungan kawan-kawan kecil baik yang bersayap semasa tidak spray apa-apa berbanding dengan apabila spraying terasa sunyi tanpa kehadiran meriah mereka di kebun. Cuba kita fikir posisi mereka,  kalau kita jadi mereka adakah kita akan suka kepada makanan (bena/aphid) yang too much flavouring coated with garlic or cili? Tentulah tak mahu juga kan, baik terbang cari makanan lain. 
 Memang nampak cantik tanam tanaman yang sama berderet-deret seperti chains tapi maintenance tak mudah. Kalau tanam pelbagai di dalam satu ruang somehow you break the chains untuk serangga perosak dari merebak dengan cepat. Ini yang diamalkan dalam konsep permaculture...mmm more like hutan rimba untuk tukang kebun pemalas seperti saya. Dalam kebun ada yin ada yang, both give the natural balance in ones garden. Kebun Bahagia Bersama is never a perfect garden, does not thrive to be a perfect garden, but one that always evolved as time goes by together with mother nature. 

~ Biji Benih Timun White Wonder ~

Anggaran 10 biji benih 1 pek RM3.00 .

Ahad, 18 Ogos 2013

Marketmore Timun Kampung


 Timun Heirloom Marketmore ada di dalam stok kembali (info klik sini).
Anggaran 10 biji benih dalam satu pek RM3.00.

Pesanan boleh ditinggalkan di komen atau email (kebunkmg@gmail.com).
Tinggalkan alamat email untuk mudah tukang kebun hubungi.




Khamis, 4 April 2013

African Horned Cucumber


~Biji Benih Organik Timun African Horned ~
STOK HABIS.
Anggaran 10 seeds satu pek (RM3.00).
Limited 1 pek untuk 1 gardener sebab stok terhad.

Pesanan untuk bulan April boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Tukang kebun sedang berehat minggu ini, jadi bila kembali akan tengok senarai di kotak komen dahulu.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan April 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Rabu, 9 Januari 2013

Timun Lemon

  Bentuk timun ini adalah seperti lemon dengan bentuk saiz dan warnanya yang kuning. Timun jenis ini sesuai tumbuh di kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan musim hujan. Timun heirloom yang telah direkod sejak tahun 1894 diperkenalkan. Tanam sendiri baru dapat rasakan timun seperti ini sebab tak dapat dibeli di pasar. Sudah 2 season tukang kebun pernah tanam timun ini, old time favourite.
 Jangan lupa labelkan biji benih yang disemai sekiranya menyemai timun dan melon jenis lain sebab anak pokoknya nampak sama sahaja.
Bunga betina lemon cucumber.

Biji benih Organik  Heirloom Lemon Cucumber~
$3.00 satu pek  dengan anggaran 10 biji benih.

Disebabkan masalah pos biasa yang dialami dalam bulan Disember 2012, postage pesanan benih bagi bulan January di bawah RM10 adalah flat RM2.
Tetapi bagi pesanan jumlah biji benih lebih RM10 akan dihantar dengan pos laju dan kos penghantaran flat RM5.


Rabu, 4 Julai 2012

Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’

Kita selalu menganggap timun sebagai sayur manakala buah melon seperti tembikai, honeydew atau rockmelon adalah buah. Tetapi timun dan buah melon mempunyai tali persaudaraan yang sangat rapat. Mereka berkongsi asal-usul atau nenek moyang yang sama dan disebabkan itu bunga timun dan bunga melon sangat mudah untuk cross-pollinate. Sekiranya hendak  simpan benih timun atau melon yang pure hendaklah pastikan tanam satu pokok timun/melon sahaja pada satu masa supaya lebah tak kahwinkan lain-lain jenis. Pastu kita pun tak pastikan samaada jiran pun ada tanam timun/melon di kebun mereka pula. Agak sukar juga untuk menyimpan benih timun/melon yang pure breed. Kalau manually pollinate pun nak kena cepat dari agent pollinators.

Timun/melon diteorikan berasal dari benua Afrika beribu-ribu tahun lalu dan adalah juga sumber air yang penting bagi penduduk zaman dahulu di sana. Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’ ini dikatakan antara nenekmoyang bagi pelbagai jenis timun yang ada sekarang. Timun/Melon Heirloom ‘African Horned’ juga dikenali dengan pelbagai nama ‘kiwano’, jelly melon atau blowfish fruit. Boleh makan buahnya semasa masih kecil hijau atau bila buahnya ranum bertukar kuning. Jenis tumbuhan yang memanjat. Buahnya yang masak boleh simpan berbulan-bulan. Pelbagai review diberikan berkenaan rasanya, ada yang kata macam rasa antara timun, melon dan lime, ada kata banana dan lime atau timun dan buah kiwi. Buah yang ranum adalah lebih kurang sebesar tapak tangan. Kulit yang ranum mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
african horned

(Gambar dari wikipedia)
~Benih Organik Timun/Melon African Horned (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 10biji satu pek).
Stok Habis <6reserved>.
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Selasa, 3 Julai 2012

Timun Heirloom ‘Marketmore’

Febuary second half harvest (7)

Timun jenis ‘Marketmore’ ini popular di Australia, Amerika Utara dan UK juga. Timun ini menghasilkan buah yang cepat berbanding dengan timun-timun yang lain. Sudah 3 tahun berturut-turut kami tanam timun ini dan selalunya timun inilah yang selalu berbuah dahulu. Timun ini juga sangat sesuai ditanam di dalam pasu. Timun ini boleh menyesuaikan cuaca yang panas ataupun sejuk (perubahan cuaca). Timun ini jenis memanjat jadi bolehlah pekebun yang mempunyai ruang yang kecil menanamnya untuk menjimat tempat. Saya selalu tanam timun marketmore bersama-sama dengan carrot dalam satu bekas (kedua-dua benih sayur ini direct-sow). Anak pokok timun mempunyai akar yang halus, jadi proses pemindahan anak timun perlu dilakukan dengan berhati-hati, jika tidak pertumbuhannya akan terbantut sebentar untuk proses recovery atau mudah mati. Oleh itu, bagi timun selalunya kami lebih gemar menyemai benihnya terus di tempat kami ingin ia tumbuh. Pokok timun mudah mendapat penyakit ‘powdery mildew’ apabila musim hujan atau kelembapan meninggi semasa ianya berbuah. Oleh itu, semasa siram pokok timun air siraman perlu dielakkan dari terkena daun dan cuma siram bahagian akarnya sahaja supaya pokok timun tidak mudah mendapat penyakit ‘powdery mildew’. Kami dapati antara jenis-jenis timun yang kami pernah tanam, jenis timun marketmore paling resistance dengan masalah ‘powdery mildew’ dan juga virus. Semasa musim panas dan kering ketika pokok timun ini berbuah untuk memastikan flavor buahnya tidak terjejas hendaklah memastikan tanah pokok timun tidak kering.
DSC01202

 
~Benih Timun Heirloom Marketmore (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~

Isnin, 2 Julai 2012

Benih Timun Heirloom ‘Crystal Apple’ (Pre-Order)

cucumber apples

Timun Heirloom ‘Crystal Apple’ ini popular ditanam di New Zealand dan Australia lebih 50 tahun lalu sebelum ‘green revolution’ atau benih jenis hybrid dipropagandakan. Sekarang ia kembali semula ke kebun persendirian apabila ramai pekebun sedar kebaikan timun jenis heirloom dan rasanya lebih enak dari tasteless timun F1/hybrid. Salah satu advantage dan keseronokkan menanam timun di kebun sendiri ialah kita dapat makan sayur yang tidak ada di pasar dan kita sendiri tahu yang hasil kita itu adalah tanaman organik atau tidak. Timun “Crystal Apple’ ini saiznya dan bentuknya seperti buah epal. Pokok timun jenis ini memberi banyak hasil dan ianya tolerant dengan cuaca panas. Gambar yang diambil di atas adalah pokok timun “Crystal Apple’ yang pernah melalui cuaca average 35~40 degree Celsius beberapa hari. Saiz buahnya elok dipetik sebelum ianya bertukar ke arah warna kekuningan paling sesuai seperti gambar di atas (untuk rasa yang paling best).


~Pre-Order Benih Timun Heirloom Crystal Apple~
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok habis (All reserved).
RM3.00- satu pek (~10biji benih).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.