No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 3 Julai 2012

Timun Heirloom ‘Marketmore’

Febuary second half harvest (7)

Timun jenis ‘Marketmore’ ini popular di Australia, Amerika Utara dan UK juga. Timun ini menghasilkan buah yang cepat berbanding dengan timun-timun yang lain. Sudah 3 tahun berturut-turut kami tanam timun ini dan selalunya timun inilah yang selalu berbuah dahulu. Timun ini juga sangat sesuai ditanam di dalam pasu. Timun ini boleh menyesuaikan cuaca yang panas ataupun sejuk (perubahan cuaca). Timun ini jenis memanjat jadi bolehlah pekebun yang mempunyai ruang yang kecil menanamnya untuk menjimat tempat. Saya selalu tanam timun marketmore bersama-sama dengan carrot dalam satu bekas (kedua-dua benih sayur ini direct-sow). Anak pokok timun mempunyai akar yang halus, jadi proses pemindahan anak timun perlu dilakukan dengan berhati-hati, jika tidak pertumbuhannya akan terbantut sebentar untuk proses recovery atau mudah mati. Oleh itu, bagi timun selalunya kami lebih gemar menyemai benihnya terus di tempat kami ingin ia tumbuh. Pokok timun mudah mendapat penyakit ‘powdery mildew’ apabila musim hujan atau kelembapan meninggi semasa ianya berbuah. Oleh itu, semasa siram pokok timun air siraman perlu dielakkan dari terkena daun dan cuma siram bahagian akarnya sahaja supaya pokok timun tidak mudah mendapat penyakit ‘powdery mildew’. Kami dapati antara jenis-jenis timun yang kami pernah tanam, jenis timun marketmore paling resistance dengan masalah ‘powdery mildew’ dan juga virus. Semasa musim panas dan kering ketika pokok timun ini berbuah untuk memastikan flavor buahnya tidak terjejas hendaklah memastikan tanah pokok timun tidak kering.
DSC01202

 
~Benih Timun Heirloom Marketmore (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~

4 ulasan:

mat jon berkata...

mintak tolong reserve tq.. bye bye

TukangKebun berkata...

OK reserve satu untuk Mat Jon.

Mama Pongkey berkata...

Nasib baik kita sempat jenguk kat sini. Hehehe saya nak juga sepeket! Bye bye to F1 cucumbers :-)

Thanks for the tips. Rasanya yang Diana sebut di atas tu, semuanya kesilapan yang saya pernah buat. Padanlah tanam timun tak pernah menjadi.

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~ Diana tak pernah cuba tanam F1 cucumber lagi. Jadi tak pasti F1 punya performance macam mana. Tak perlu lagi ulangi kesilapan Diana. Masa hubby tolong siram pokok timun/melon rasa risau juga sebab main belasah je...nanti komen banyak-banyak merajuk pula tak nak siram hehehe....udah reservedkan.