Jagung heirloom jenis ‘Golden Bantam’ diperkenalkan oleh W. Atlee Burpee pada tahun 1902 yang benih asalnya adalah hasil dari seorang pekebun dari Greenfield, Massachusettes. Pada zaman itu, jagung yang isinya berwarna kuning adalah lebih digunakan untuk makanan penternakan. Warna isi jagung yang keputihan lebih digemari popular pada waktu itu. Pengeluaran jagung berisi kuning jenis ‘Golden Bantam’ yang manis rasanya telah mengubah pemikiran orang yang hidup pada zaman itu ke arah penerimaan jagung berisi berwarna kuning. ‘Golden Bantam’ juga telah menerajukan pelbagai jenis jagung manis berwarna kuning yang didapati sekarang.
Sebelum menuai jagung yang masak, jangan lupa panaskan air untuk rebus jagung segar. Tukang kebun Ilhan suka makan jagung segar mentah di kebun yang baru sahaja beberapa minat dituai.
Kenapa gigi jagung anda ronggak dan tidak padat isinya?
Salah satu sebab ialah anak jagung muda punya rambut (betina) mungkin tidak disenyawakan dengan sempurna dengan debunga jantan. Jadi jika tiada angin goyang-goyanglah pokok jagung tu supaya debunga dari jantan yang di atas itu jatuh ke rerambut bakal anak jagung itu untuk persenyawaan.
Ulat bulu juga adalah satu punca kenapa tidak padat isi jagung. Ulat bulu kadang-kadang gemar makan rambut buah jagung sehingga ianya botak dan menyebabkan persenyawaan tidak berjaya. Kalau tidak silap, dikatakan satu rambut dari anak jagung adalah wakil untuk satu isi butiran jagung. Oleh itu berhati-hati sekiranya ternampak ulat bulu di pokok jagung anda.
Stok habis (All reserved).
Perlu pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
RM3.00 – satu pek.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
6 ulasan:
Aaaaa nak 3 packs please!
Allah answered my prayer :-)
Background story:
Baru minggu lepas saya berborak dengan ayah saya, dia cerita nenek moyang saya memang bertani dahulu kala, tanam padi dan jagung. Ayah saya ingat lagi sewaktu dia kecil, bagaimana benih jagung yang kering disimpan untuk penanaman seterusnya. Saya tanya, ada lagi ke benih tu? Dia kata, tak ada, tak tahu ke mana disimpannya, dah berpuluh tahun tidak ditanam. Rasa nak menangis mengenangkan benih heirloom kampung tu dah semacam pupus. Ini dikira mengubat rindu lah ni. Saya nak beritahu ayah saya. Dia mesti seronok mendengarnya. Thanks ye Diana.
Oh ye, sepokok biasanya menghasilkan berapa biji jagung? Dan tanahnya yang macamana, banyak bahan organik, bersaliran baikkah? :-)
tambahkan dalam senarai benih saya ya? TQ..
Mama Pongkey~ 3 pack reserve. Dulu masa kecik balik holiday ke kampung mama ada selalu makan jagung yang colournya a bit brownish and half the size of common sweet corn we eat today. No more seeds too. I have to really have to go one kampung to another one kampung asking for seeds when I do get a chance for holiday bila balik.
Jagung very hungry feeder and drinker. So you really need to prepare the soil with manure or compost. Make sure the soil won't be so dry when they are growing. Or else they will bolt early, you get them to trigger reproduction/flowering under stress even they are just 30cm tall. I usually plant a few pumpkin plant among the jagung patch to give it more productivity and act as mulch as well the pumpkin foliage will help reduce soil moisture loss. I can't remember at the moment how many cobs one plant produces, but you get several if growing condition good.
Nudabuffy~ Ok dah add.
Hi there, do you still have stock for the seedlings?
I'm interested to get 12 packs.
Headhunterz Zone~ Sorry, this is currently out of stock.
Catat Ulasan