Kacang buncis 'Cherokee Wax' adalah berwarna kuning dan membesar sehingga anggaran 16cm. Pokoknya tumbuh baik di tanah yang mempunyai pH yang agak neutral dan tanah yang tidak mudah bertakung air (water-logged). Pokok kacang buncis 'Cherokee Wax' adalah jenis yang renek tidak memanjat jadi tidak perlu sediakan sokongan untuknya. Kacang buncis 'Cherokee Wax' menghasilkan tuaian pertama dengan cepat dalam anggaran 2 bulan setelah semai biji benihnya. Sesudah semai bijinya pastikan tanah tidak terlampau basah kerana biji benih kacang ini tidak perlu banyak air untuk bercambah. Air yang banyak akan menyebabkan biji benih yang baru dituai itu mudah reput.
Warna bunga kacang buncis 'Cherokee Wax' adalah ungu. Kadang-kadang anak buah kacang buncis ini yang baru terbentuk berwarna kehijauan yang bertukar ke kuning semasa membesar. Selalu petik buah kacang buncis dan jangan biarkan ianya terlampau matang boleh menyebabkan pokok kacang buncis berhenti menghasilkan buah.
Sekiranya kebun saudara-saudari kurang menerima cahaya matahari, pokok kacang buncis ini boleh hidup di tempat yang menerima separa cahaya matahari (partial shade). Tetapi hasil tuaian tidak selumayan yang boleh diperolehi dari pokok-pokok yang menerima banyak pancaran matahari. Gambar di atas adalah pokok kacang buncis 'Cherokee Wax' yang ditanam di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari bertanah 'clay' dengan kaedah direct-sowing.
~ Biji Benih Heirloom Butter Bean Cherokee Wax~
Stok Ada.
RM3.00-satu pek (10biji benih).
10 ulasan:
2 for me please :-) Cantik rupa dia warna kuning. Rasa dia pun buttery ke? Lagi satu soalan, kalau masa dia nak bercambah kena shade atau full sun?
akhirnya ada jugak benih pokok yang tak perlukan pancang.. saya nak 2 pek
Mama Pongkey~ Sendiri tak sempat merasa, my boys yang makan semua. Bean love the sun, they need light to germinate better. OK reserved.
Mat Jon~ Tak perlu pancang, tak tinggi pun pokoknya. Dah reservekan.
saya nak 2pek
OK Sola Hadi
Tukang kebun ni kat malaysia ke? bole idup ke pokok yg u tanam kat sini kat malaysia?
Fazilah Rahim ~ Tukang kebun di Malaysia. InsyaAllah boleh hidup jika dipenuhi keperluannya.
saya nak order:
1. Kacang Buncis Purple King (2 pek)
2. Kacang Buncis Pencil Pod (2 pek)
3. kacang buncis 'Blue Lake' (2 pek)
4. Kacang Buncis Heirloom 'Royal Burgundy' (2 pek)
5. Kacang buncis 'Cherokee Wax'(2 pek)
dan lain2 jenis kacang buncis jika ada. saya duk kat sabah jadi bagaimana proses pengiriman wang nya juga penghantaran. terima kasih
Pembayaran adalah ke account bank MayBank/ CIMB/ RHB Carlz Jafran.
Kacang buncis renek aada tak....
Kacang buncis jenis ini ada
1. Kacang Buncis Purple King
2. Kacang Buncis Pencil Pod
3. kacang buncis 'Blue Lake'
4. Kacang Buncis Heirloom 'Royal Burgundy'
5. Kacang buncis 'Cherokee Wax'
dan lain2 jenis kacang buncis jika ada...
Catat Ulasan