Bunga jenis heirloom Cosmos Sensation (Cosmos bipinnatus) mudah dijaga dan tidak remeh keperluan pertumbuhannya. Bunga jenis ini juga dikenali dengan nama 'Mexican Aster'. Cukup air, tanah dan matahari ianya sudah boleh tumbuh dengan bahagia. Cosmos Sensation tidak cerewet tumbuh di pelbagai jenis tanah, tahan cuaca panas dan juga kelembapan tinggi serta tidak mudah mendapat serangan penyakit. Ada pelbagai pendapat dari tukang-tukang kebun di merata dunia mengatakan cosmos tumbuh lebih baik di kawasan tanah yang kurang khasiat baja nutrientnya dan tidak perlu banyak baja masa sedang berbunga. Baja yang banyak masa musim bunganya akan mengakibatkan kurang menghasilkan kuntuman bunga. Saiz benih cosmos senang untuk kanak-kanak semai bagi menanam minat mereka berkebun. Memandangkan bunga ini tidak perlu banyak kena siram air, sukakan matahari dan tidak cerewat dengan jenis tanah, ianya sesuai untuk mereka yang baru mula hendak berjinak dalam gardening. Bunga jenis Cosmos sensation pernah menang anugerah AAS (America All Selections) pada tahun 1936 dan sejak itu menjadi salah satu bunga kegemaran untuk berbunga pada musim panas. Selalu cepat pangkas bunga yang sudah layu untuk pokok bunga ini menghasilkan banyak kuntuman bunga lagi. Bunga cosmos sensation mix digemari si rama-rama. Saya gambarkan bunga cosmos sensation mix ini mungkin sangat sesuai ditanam di luar pagar rumah di kawasan perumahan kerana ianya tidak perlu penjagaan yang banyak, cuma musim kering perlu siram sekali-kala. Kalau ada sesiapa yang petik bunganya pun takpe, sebab bunga ni pemurah bagi bertambah bunga lagi. Ceria sikit nampak di luar pagar rumah macam wildflower tumbuh meliar di atas padang.
~Biji Benih Bunga Cosmos ‘Sensation’ (RM3.00-anggaran 50 seeds satu pek)~
Stok Ada.
~Stok Biji Benih bunga baru tuai Vibrant-Orange Cosmos juga available sekarang~
Stock Ada.
Anggaran 50 biji benih -RM3.00 one pack (June-July 2012 seed harvest)
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
12 ulasan:
Salam Ramadan :-) Busy ye lately? How are things going?
Yes!!! Nak satu pek cosmos sensation mix ni. :-)
nak satu...
rupanya ada juga cosmos berbagai kaler. saya nak 1 pek ye.
out of stock dah ke? ala terlambat...
k mar 1
Mama Pongkey~ Si Rayyan tak sihat. Rayyan pun asyik melekat je dengan mama dia, tahu nak dekat dapat adik kut.Pastu makin mengah sekarang perut penuh rasa tak nafas...hehehe...dah reserved.
Mat Jon~ Dah reserved.
Nitesky~ Ada juga jenis-jenis lain cosmos yang pelbagai warna dan bentuk kelopak. Ok reserved.
Hijaudaun dan Kak Mar~ Sorry yang cosmos sensation mix dah habis. Nanti tengok kalau ada rezeki lain. cuma ada yang vibrant-orange cosmos je sekarang.
lain kali la..
Diana, apa beza Cosmos oren ni dgn ulam raja? Daun cosmos ni boleh buat ulam jugak ker?
Lynn ~ Ulam raja warna bunganya colour lain. Cosmos ni tak boleh makan ornamental sahaja.
cosmos sensation seeds ada lagi tak ?
Abdul Razak tiada stok tak pasti bila dimasukkan kembali. Sebab tukang kebun tengah tanam pokok cosmos jenis lain pada masa ini.
sensation cosmos seed available lagi tak?
Catat Ulasan