No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 18 Julai 2012

Cornflower ‘Polka Dot’ Mix


Pokok bunga cornflower tidak remeh penjagaannya kerana ianya sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanah dan boleh hidup di kawasan yang kurang subur tanahnya. Saiz bunganya adalah di antara 1-2 inchi.  Apabila pokoknya telah matang, ianya tahan panas. Sukakan matahari tapi digalakkan tumbuh pokok bunga cornflower pada kawasan yang menerima pancaran matahari di sebelah siang sahaja. Elok semai bijinya selain dari cuaca panas dan kering. Cuba bagi pre-treatment bijinya sebelum disemai di dalam peti ais/fridge (bukan freezer) untuk beberapa minggu. Salah satu tips semai biji cornflower ialah di tempat yang gelap. Oleh itu, elakkan menyemai dengan menabur bijinya ke tanah dengan menyemai biji benihnya sedalam 1cm dan tutup dengan tanah. Pokok bunga cornflower mengambil masa lebih kurang 12 minggu untuk berbunga tapi mengikut faktor perubahan cuaca juga. Jangan lupa potong bunga yang sudah layu untuk musim bunga yang panjang. Ketinggian average pokok bunga ini adalah lebih kurang 40cm dan jarakkan antara pokok 30cm. Bunganya juga makin popular dalam industri florist sebagai bunga hiasan di dalam rumah.


~Biji Benih Bunga Cornflower 'Polka Dot' Mix ~

RM3.00 satu pek (~anggaran 100biji satu pek).
Stok Ada


11 ulasan:

hijaudaun berkata...

salam diana. nak 1 pek ye. thank u.

Nudabuffy berkata...

Saya juga mahu satu pek. Tq.. :P

Nitesky berkata...

tambah 1 pek cornflower dalam senarai saya

Mama Pongkey berkata...

1 untuk saya ye :-)

TukangKebun berkata...

Ada reserve untuk hijaudaun, Nudabuffy, Nitesky dan Mama Pongkey.

mat jon berkata...

haii letihnya 2 minggu out station, baru hari ni dapat tengok stok benih-benih baru. yang ni nak jugak satu. nak tanya, dah 2 minggu saya semai benih larkspur tapi takde perubahan, biasanya berapa lama baru bercambah, medium perlu kering ke lembab?

TukangKebun berkata...

Mat Jon~ Cuba simpan beberapa biji benih larkspur dalam peti ais (bukan freezer) beberapa minggu. Pastu bila bukan musim panas dan kering, dah mula musim hujan semai biji benih larkspur tu. Sama juga prinsip bunga cornflower. Tapi lakspur bukan semai kat tempat gelap. Tanah jangan kering sangat, moist. Cornflower reserved.

emmatam berkata...

yang ini ada lg x. . nk satu

TukangKebun berkata...

Yang ini masih tiada extra stok emmatam.

Unknown berkata...

ADE lg x..nk 1pek

TukangKebun berkata...

Siti Hawa ~ Yang ini tiada di dalam stok kami sekarang.