No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 15 Julai 2012

Kubis Sugarloaf

Bentuk kubis yang asal dan tumbuh liar beribu-ribu tahun dahulu mempunyai daun yang regang tidak rapat antara lapisan-lapisan daunnya. Daun kubis liar bukannya compact seperti kubis yang kita biasa lihat sekarang. Kubis yang daunnya compact tersusun rapat antara satu sama lain baru ada beratus-ratus tahun sahaja..  Kubis heirloom jenis sugarloaf sudah ada semenjak kurun ke-16 lagi dan bentuknya bukan bulat tetapi berbentuk kon. Kubis ini daunnya compact dan adalah jenis kecil di mana berat tuaian kebiasaan anggaran 1~1.5kg. Sesuai untuk kebun yang mempunyai ruang yang kecil dan jarak antara anak pokok kubis 40~50cm. Kubis sugarloaf ini dikatakan sesuai untuk tempat yang bercuaca panas dan lembap. Semai bijinya sedalam 1cm. Boleh alih anak pokok kubis bila sudah ada lebih 5 helai daun pada waktu lewat petang.

~Benih Kubis Sugarloaf (Pre-Order)~

RM3.00 satu pek (~anggaran 50biji satu pek).
Stok habis (All Reserved).

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.



7 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

2 pek untuk saya ye :-) Comel sungguh kubis ni. Berapa lama selepas menyemai baru kita boleh tuai hasilnya?

suka suka berkata...

k mar nak 1 pek...

TukangKebun berkata...

Reserved sudah untuk Mama Pongkey dan Kak Mar.

Lebih kurang 12 minggu. Tapi ikut faktor perubahan cuaca juga. Kubis kat kebun kami ni tanam apa jenis pun lambat juga nak tunggu. Sebab saya malas kasi baja. Sebab tergolong dalam sayur daun, perlukan baja bernitrogen yang tinggi untuk cepat tumbuh.

shafirul suffian berkata...

nak satu jugak...

TukangKebun berkata...

Shafirul sudah masuk dalam nota :).

Tanpa Nama berkata...

Salam Diana..

pre order untuk keluaran akan datang 2 pek ya..

Riza di alamat teenine@gmail.com

TukangKebun berkata...

InsyaAllah bila masuk stok baru akan saya hantar email.