No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Zephyranthes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zephyranthes. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2020

How to Grow Apricot Rain Lily in container with clay soil

Pada tahun 2019 memang sangat sibuk sehinggakan bibit-bibit bunga yang Tukang Kebun bawa balik dari Jepun pun tak sempat tanam sehinggakan lupa pun ada. Salah satu pokok bunga jenis bawang bibitnya yang Tukang Kebun biarkan tersimpan dalam kotak ialah bawang bunga pokok rain lily. Kebiasaan warna pokok bunga rain lily yang terdapat di Malaysia adalah berwarna merah jambu dan putih (related posting klik sini). Salah satu warna pokok bunga rain lily yang Tukang Kebun bawa balik dari Jalan Jalan Jepun 2019 adalah berwarna apricot. Setelah setahun lebih membawa balik bibit bunga rain lily apricot ni yang terlupa pada masa musim PKP barulah kami tanam.
Bawang bunga rain lily amat mudah ditanam dan disemai. Mungkin masalah ketika pergerakan terhad semasa PKP ialah untuk mendapatkan sumber tanah atau pasu. Bagi gardener yang menanam dalam container jangan risau boleh sahaja kitar semula botol-botol yang ada sebab pokok bunga rain lily tak perlukan bekas yang dalam. 
Tiada stok tanah di rumah? 
Tidak apa boleh sahaja gali tanah di mana-mana dari longkang pun boleh. Tips yang Tukang Kebun syorkan ialah setengah bahagian bawah dari bekas itu boleh isi padat-padat bahan organik buangan makanan dari dapur atau dari kebun. Kemudian timbus dengan tanah yang dikorek dari tepi jalan atau longkang. Pada permulaannya bawang bunga rain lily memang tidak memerlukan tanah yang subur pun untuk berbunga. Lama-kelamaan proses pereputan bahan-bahan organik ini akan menjadikan tanah liat yang berwarna merah itu kepada kehitaman seperti yang dikongsikan seperti di video bawah.

Video di atas Tukang Kebun kongsikan experiment di mana Tukang Kebun tanam bawang rain lily dengan tanah longkang dan tanah yang dibeli dari supermarket. Hasil kaedah penanaman bunga rain lily yang ditanam dengan tanah longkang rajin berbunga sehingga sekarang. Inipun Tukang Kebun tak jaga biarkan sahaja di atas tembok tinggi kena pancaran matahari sepanjang hari dan bergantung kepada sumber air hujan sahaja.

Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan tanah bakar 1 beg RM5.00 yang memang berat lebih 5kilogram. Cuma bulan ini kami tak bekalkan sehingga keadaan penyebaran Covid-19 terkawal.

Rabu, 21 Mei 2014

Peruvian Daffodil Sulphur Queen

 Sulphur Queen adalah jenis bunga dalam keluarga Hymenocallis yang berasal dari Peru.  Tukang kebun tanam bawang bunga ini pada bulan February tahun ini dan dia duduk bertapa tanpa memberikan apa-apa pucuk pun dalam tanah sehingga bulan ini begitu cepat ia bangun dari tido sampai tukang kebun tak perasan sehingga dah stage di gambar bawah. Tukang kebun pun sebenarnya dah lupa tanam dekat mana.
 Mula-mula nampak macam dia senget ke arah sini. Bila hari cerah dia beralih sudut dengan sendirinya seperti gambar bawah. Ya tangkai bunganya adalah tinggi dan kembang bunganya yang berwarna krim kekuningan itu pun besar. Dari celah-celah tangkai bunganya sekarang, nampak ada lagi 2 kudup bunga sedang menyusul keluar.
 Sulphur Queen ini adalah hasil perkahwinan antara H. amancaes X H. narcissiflora pada tahun 1821. Kenangan gambar bunga pertama Sulphur Queen yang kembang di Kebun Bahagia Bersama. Koleksi Hymenocallis yang baru tukang kebun tahun ini.
 Sulphur Queen adalah anak beranak dengan Spider Lily yang berasal dari Mexico. Keperluan pertumbuhan mereka berdua adalah lebih kurang sama sahaja. Spider Lily yang sedang kembang (kerap kembang sepanjang tahun) di Kebun Bahagia Bersama di gambar bawah dah berbelasan tahun yang ni ada stock (klik sini).
 Minggu ini seakan musim bunga jenis bawang. Ada pelbagai jenis bunga bebawang kembang minggu ini. Antaranya ialah bunga bawang Zephyranthes. Adik beradiknya yang pink rain lily juga berbunga.
 Pokok bunga crinum yang di antara pokok ceri terengganu dan lemon (klik sini) juga kembang minggu lepas. Tukang kebun perhatikan dah banyak anak-anak bawang di kelilingnya. 

Selasa, 12 November 2013

November Only ~ Zephyranthus (Order Closed)

November Limited Seasonal Rare Zephyranthus (Rain Lily) Stock Offer:
 ~ Benidama~

~ Jacala Red ~

 Bunga Rain Lily 'Zephyranthus' yang mudah tumbuh dan bangun berbunga setelah kena shower dengan hujan. Boleh susun bulb (bawang) 5~7 biji dalam pot 15cm pun boleh. Tidak memakai ruang. Happy Go Lucky Plant. 

~ 1 rare Zephyranthus bulb  for RM12.00 ~
Order Closed at 9PM 13/11/2013 (Wednesday).
First Come First Basis.
No Cancellation.
Deliver End-November 2013.