No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 16 September 2013

Spider Lily (Pack of 3)

 Banyak nama lain ada pada bunga spider lily ni ~ Sacred Lily of the Incas, Ismene, Basket Lily, Peruvian daffodil, Sea daffodil dan lain-lain (Hymenocallis X festalis). Sukakan jenis tanah yang moist. Bawangnya hendaklah ditanam diliputi tanah kesemuanya berbeza dengan cara tanam bulb hippeastrum/amaryllis. Kalau ada binatang dalam taman perumahan yang gila suka korek-korek tanah habis terkeluar pokok-pokok balik. Bolehlah cuba tanam pokok bunga spider lily keliling sebab bawangnya mengandungi toxic level yang rendah jika dimakan. Biasanya binatang ni deria dia kuat lagi expert dari kita untuk cam pokok yang ada toxicity atau tidak. Patutlah angsa-angsa dan itik-itik dekat belakang rumah tak pernah mengusik pokok ni di belakang, terselamat dari ancaman angsa-angsa. Angsa-angsa dekat belakang rumah pokok nanas yang besar daun bergerigi tajam tu pun boleh dikasi botakkan kalau tidak berpagar. Kalau mereka kebuluran anak-anak pokok pisang pun dikerjakan. Pokok bunga ini pun elok untuk orang sibuk bekerja sebab tak perlu penjagaan yang banyak dan good for instant garden atau rumah baru sementara belum ada masa nak fill in the new garden. Dulu masa menyewa di Johor, kami ada tanam di depan bahagian luar pagar rumah berderat sebelum nak masuk pintu pagar. Dekat Kebun Bahagia Bersama sekarang sebelum nak masuk pagar no.2 di luar dekat parit berderet tumbuh seperti kereta diapit atau disambut balik rumah dengan Spider Lily. Bukan di dalam kawasan rumah sahaja nak menanam kan di luar rumah kalau ada kawasan pun kalau boleh nak kasi nampak cantik juga kan.
~ Spider Lily ~
3 Bawang (>3cm) dalam satu pek RM10.00.

Kos penghantaran RM7.00.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak kira? 4 bawang rm10. tapi kos penghantaran rm7. jainya rm17 lah kan. ke rm7 je?

TukangKebun berkata...

Sekarang ada promosi 10 bawang RM10 tambah kos penghantaran RM10. Jumlah.RM20.
Boleh email. (kebunkmg@gmail.com) .

Bisikan Nurani berkata...

masih ada stok lagi tak?

TukangKebun berkata...

Maih ada lagi Bisikan Nurani.