No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 27 September 2013

Pokok Kurma

 Nasib baik big boss ada beritahu awal-awal dulu yang ada dalam pasu-pasunya anak-anak pokok kurma yang ditanam dari biji benih. Jadi tak delah tukang kebun pandai-pandai berani usik jadi dibiarkan sahaja di bekas semaiannya. Tapi kesian pula tengok bulan ni macam makin sempit je pokok kurma duduk dalam pasu dan dibiarkan begitu sahaja. Alang-alang hasrat tukang kebun nak kemaskan kawasan ini, ingat nak bagi pokok kurma tersebut rumah baru. Kawasan ni nak kena kemas sebelum big boss balik hari Rabu, cepat je dah naik semak kembali. Mula-mula tukang kebun ingatkan sepokok sahaja. Tapi setelah dikeluarkan dari pasu bila diamati macam pokok-pokok berasangin tetapi akarnya dah berselirat melilit antara satu sama lain. Jadi dengan berhati-hati tukang kebun pun cuba pisahkan anak-anak pokok kurma tersebut tanpa mencederakan akarnya.
 Syukur Alhamdulillah berjaya juga memisahkan anak-anak pokok kurma tersebut tanpa mencederakan akar-akarnya yang dah banyak memanjang tersebut. Bila tengok macam ini tersenyum lebar mulalah teringat lagu-lagu Disney Aladdin. Angan-angan dalam kebun ada tema oasis kononnya nanti.
Yang mana masih halus anak-anak pokok kurma, tukang kebun simpan dulu dalam polibeg biar besar dulu. Hujung minggu lepas tukang kebun dah selamat alihkan 4 pokok berdekatan dengan pagar ke kebun jadi mudah nak siram ataupun pendebungaan antara jarak pokok-pokok masih sesuai. Dari pintu dapur rumah semuanya lingkungan kawasan 10 meter persegi. Pokok kurma ada jantan dan betina jadi nak kena jugalah tanam beberapa pokok. Memandangkan anak pokok tumbuh dari biji benih peratusan pokoknya betina adalah 50%. Moga dalam batch yang ditanam ada jantan dan ada betina. Nanti kesian macam pokok salak matang di belakang membujang sampai sekarang sebab pokok betina tak ada. Semoga pokok-pokok salak yang dipindahkan minggu lepas ada jodohnya nanti.
 Sebenarnya sudah ada beberapa pokok-pokok kurma yang big boss tanam di pelbagai lokasi di Kebun Bahagia Bersama yang ditanam dari biji benih. Lokasi yang berbeza dengan penerimaan cahaya matahari dan air berbeza juga mengakibatkan pertumbuhan pokok kurma berbeza di Kebun Bahagia Bersama. Gambar di bawah pokok kurma yang ketinggiannya (pelepah) dah lebih 2 meter berjiran dengan pokok-pokok sayur manis.

6 ulasan:

Adriannasyaz berkata...

Pokok kurma bleh tanam kat sini rupanya..huu..sya baru thu..subur2 je ye..

smRose berkata...

berbuah la nanti naknya kan, boleh kongsi gambar buahnya plak lepas ni

TukangKebun berkata...

Adrianna ~ Dah banyak percubaan menanam pokok kurma di Malaysia. Cuma kejayaan buahnya menjadi adalah samaada pokok betina dan pokok jantan ada berdekatan di antara satu sama lain atau tidak. Kalau pokoknya duduk solo, membujanglah ia.

SMROSE~ Entahlah bila nak berbuah, masih kecik je pokok ni. Semoga adalah rezeki nak merasa juga kalau umur panjang.

zifa berkata...

berbuah ke? mesti tanam ni kalau berbuah..kurma nabi pun mahal nak beli

TukangKebun berkata...

Semoga ada rezeki kami Zifa.

Unknown berkata...

Bulan lepas saya cuba semai kurma Mariami. nampaknya 90% dah keluar akar dan harini dah nampak "pucukmula" saya akan cuba semai banyak2 insyAllah-pklahj www.longjacktongkatali.com