No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 25 September 2013

Radish Heirloom Mixed Kak Azira

 Terima Kasih kepada Kak Azira di Sepang kerana sudi berkongsi gambar hasil semaian Radish Heirloom Mixed. Kak Azira bela arnab yang membantu menyuburkan tanah di kebun kak Azira.  Dalam gambar di atas yang cute merah akar radish kebarangkalian radish cherry belle ataupun radish Crimson Giant. Di belakang tu ada nampak akar radish putih membentuk sukar untuk diagak ketika ini tapi mungkin French breakfast, white icicle ataupun daikon.
 Kak Azira bertanyakan radish putih apa yang tumbuh besar mendadak di gambar ni? Kemungkinan besar Radish Daikon bolehlah buat kek lobak nanti.
 Mula-mula tukang kebun tak perasan yang ada radish seakan radish heirloom round black spanish (anak panah biru) di background gambar kiriman Kak Azira.  Boleh tuai dah tu Kak Azira, radish warna hitam selalunya lebih pedas dari radish-radish lain kalau dibiarkan lama. Wah macam-macam jenis radish heirloom ada di kebun Kak Azira sekarang. Bolehlah nanti buat perbandingan rasa jenis heirloom radish yang berlainan.

Thank you for sharing Kak Azira.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah! meriahnya..hihi
Diana, bila agaknya daikon ni boleh di tuai?
Kalau cherry belle dan crimson giant tu sekejap je kan..tak sampai sebulan pun dah boleh tuai.. yg hitam tu black spanish ye, tapi tak berapa besar kan? Esok kita tuai ye..
Azira

TukangKebun berkata...

Deak Kak Azira.

Daikon bila-bila boleh harvest,size does not matter kalau radish jangan dah tua sudah.

Azira berkata...

Memang best la Diana, dapat rasa pelbagai jenis radish..lepas ni beetroot pulak.

TukangKebun berkata...

Daun Radish pun boleh makan Kak Azira.
Tapi elok daun yang muda.

Azira berkata...

Tak sempat nak makan lah Diana, dah jadi habuan kak nab kat belakang rumah tu.. berebut-rebut, sedap gamaknya.. Lain kali boleh kot nk try daun radish ni.

TukangKebun berkata...

Tak pe Kak Azira, radish tumbuh cepat je boleh merasa after semai :) . Sedap kut sebab tanam sendiri tu kak nab berebut-rebut, segar lagi tu.

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak diana,
Sambil dok teman anak kena tahan kat wad sbb asthma, sy saja buka blog kakdiana, nak tau pasal carrot, beetroot sume..akhirnya..tjumpa special entry Kak Diana utk sil saya...hihi..kalau dok tmn seroja tu mmg dia la..hihi..skrg Dah kenal la kakdiana..
-nyza SG petani

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nyza.

Oh Kak Azira ya Sister-in-law Nyza.
Lama tak dengar khabar, nanti kirim salam ya.
Moga anak Nyza cepat pulih.
Abby pun bunyi macam lelah kalau pergi klinik memang kena nebulizer.Jadi tengah pantau dan bersabar tengok Abby outgrow ke tidak untuk immune system dia.
Musim-musim panas ni memang nak kena berjaga kan.