No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 13 September 2013

Hujan membesarkan buah katak puru

 Bila dah banyak hujan sekarang buah nam nam pun makin cepat membesar. Minggu ni hubby tukang kebun seperti orang berbadan dua asyik mengidam berselera makan buah nam nam. Katanya rasa macam makan buah pear pula buah nam nam minggu ni. Lepas hantar anak ke sekolah awal pagi tadi, lepas tutup pagar rumah singgah check ada ke buah nam nam di pokok. Banyak juga rupanya ada yang dah tergolek-golek kat bawah tanah. Kutip dan petik je yang mana perlu untuk makan malam ini supaya tak berebut-rebut. Cuma bahan sambal belacan dan ulam-ulam je petang nanti baru diambil, pagi tadi tak sanggup kena serangan nyamuk-nyamuk. Harap-harapnya Ilhan balik sekolah in a good mood minta tolong kutip cili keliling rumah.
 Sebahagian buah nam nam yang belum dipetik tumbuh dekat-dekat je dengan tanah. Minggu ini pun itik-itik mula bertelur merata-rata tengah kumpul supaya weekend ni bolehlah buat masak lemak cili api telur itik campur nam nam.



50 tahun penubuhan Malaysia
Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa
Doakan sentiasa aman damai Malaysia
Merdeka dan sejahtera kita bahagia bersama


Time to pick up Ilhan.

3 ulasan:

SriKota Garden berkata...

Kecur air liur lihat biah nam-nam tu.

Elham berkata...

Oh, I didnt know we can cook with buah katak puru tu jugak. Hmmm....things you learn everyday!!

TukangKebun berkata...

Srikota Garden~ Hehehe nak kurus badan meratahkan buah nam nam kononnya dekat sini lah hehehe...

Sis Nor~ Boleh masak buah katak puru tu cuma add bila masakan nak hampir masak.