Bahagianya rasa bila pertama kali nampak asparagus jenis Mary Washington tiba-tiba muncul terkeluar dari tanah setelah baru ditanam akarnya (crown) minggu lepas. Hasrat di hati hendak dibiarkan ianya jadi pokok merimbun dahulu sebelum dituai supaya akar akan jadi lebih kuat dan bertenaga untuk musim menuai akan datang. Very very very tempting. Tapi ditahan juga. Tapi yang tak tahannya bila check hari ni dah kena makan separuh pula oleh .... (tak tau nak tuduh apa nanti fitnah pula). Agaknya curious kut mahkluk tu sebab pertama kali nampak di kebun ianya pun jadi tempted.
Ini pula gambaran anak pokok asparagus yang ditanam melalui biji benih. Pokok asparagus yang tumbuh melalui biji benih pun pantas tumbuh dalam beberapa bulan sahaja. Setelah ditinggalkan banyak kali tahun ini, setiap kali kembali nampak ketara pertumbuhannya. Yang menyoronokkan pokok asparagus yang tanam melalui biji benih hidup bahagia pada musim panas dan kering lepas tanpa belaian. Tengoklah nasibnya di gambar bawah, dibiarkan dikelilingi oleh pokok-pokok ginseng jawa yang tumbuh sendiri, terpaksa tukang kebun letak pagar sahaja nanti bila ada mood weeding takut tak perasan tercabut sekali.
STOK ADA
~ Biji Benih Asparagus Mary Washington ~
Anggaran 20 biji benih dalam satu pek (RM3.00).
Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen ataupun email (kebunkmg@gmail.com) .
10 ulasan:
saya nak satu pack
Salam Diana,
Nanti tolong emelkan senarai terkini benih pada akak ya. Terima kasih.
nak satu paket diana..thanks ye
Mcm menarik la pulak... eila 1 pek yerk
Salam Bahagia.
Tukang kebun ada simpankan untuk Farhan, Aida dan Eila.
Diana hantar email dekat Kak Ros nanti ya.
Avia nak ni juga 1 pek
Ada simpan untuk Avia.
saya nak satu pek
Rahmah Razali, email ke (kebunkmg@gmail.com) masih ada stoknya.
Boleh email kan saya senarai anak benih yang ada... Dan saya perlukan pokok jambu mawar.. Boleh hubungi saya di 0166442072..
Adakah anda menyediakan tempahan yang besar..
Catat Ulasan