Bila semai 2-3 ketul biji benih swiss chard dalam bekas ataupun satu sahaja biji benih, tiba-tiba macam ada lebih pula anak pokok yang tumbuh dari bilangan biji benih yang disemai, ada yang tertanya-tanya? Biji benih swiss chard yang seketul itu sebenarnya adalah cantuman gumpalan dari beberapa biji benih. Disebabkan itu kadangkala seketul biji benih swiss chard boleh memberikan sampai 3 anak pokok. Sama juga dengan biji benih beetroot. Biji benih swiss chard senang bercambah tidak memerlukan apa-apa teknik, cuma pastikan anak pokoknya terkena cahaya matahari kalau tak cukup cahaya nanti lehernya kurus memanjang. Pastikan tanah juga jenis yang tidak terlampau basah nanti lehernya yang keluar dari tanah tu mudah mereput. Gambar di atas adalah anak pokok Swiss Chard 'Ruby Red'.
~ Biji Benih Swiss Chard 'Ruby Red' ~
Anggaran 15 biji benih satu pek (RM3.00).
4 ulasan:
1 pek utk eila yerk diana :)
1 pek utk eila yerk diana :)
No worries Eila boleh.
Avia nak satu pek diana..thanks.
Catat Ulasan