No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 12 September 2013

Hasil biji benih Labu Sabah distribution May tahun ini

 Salam Hari Jumaat, hari ini mesti tak sabar nak habis kerja sebab ramai yang dah boleh mula cuti weekend panjang sempena Hari Malaysia. First of all, di atas bukan tuaian Kebun Bahagia Bersama tetapi member gardener Sis Nor dari Kelantan minggu ini yang kongsikan mengenai hasil biji benih labu Sabah yang dapat diedarkan oleh KBB pada bulan Mei lepas. Geram tengok hasilnya, peria dan kantan bekalan dari kebunnya tak putus-putus. Proses Pollination pun banyak pembantu rajin buzzing di kebunnya. Yang buzzing buzzing itu jugalah memberi bentuk kepada Labu Sabah. Sis Nor kata dah puas pucuknya dituai untuk makan tapi pokoknya masih giat tumbuh menjalar-jalar di dalam kebunnya. Yang menariknya atau key point yang tukang kebun hendak kongsikan hari ini adalah secara kebetulan tukang kebun juga menerima beberapa info/feedback yang biji benih Labu Sabah tumbuh dengan baik dan mudah di kawasan Pantai Timur terutamanya di Kelantan seperti diceritakan oleh Kak Nor dan Sis Nor (kebetulan nama sama). Ada kebarangkalian kebetulan semasa biji benih labu Sabah yang diedarkan dan terus ditanam ketika (bulan Mei ~ June) itu adalah masa yang sangat sesuai untuk gardeners di kawasan Kelantan menanam labu Sabah di tempat mereka.

Untuk Sowing Chart kawasan Kelantan bolehlah masukkan semai labu pada bulan May dan June.

Thank you for the inspiration.

P.S : Sis Nor tengah cari idea jika ada sesiapa yang boleh berkongsi cara-cara nak enjoy/masak labu ini.

5 ulasan:

@na berkata...

salam diana, pucuk labu sangat sedap dibuat sayur lemak putih...bagi saya, ia lebih sedap dari buahnya...

olive berkata...

wah, 1st time tengok labu yg pjg. look alike with the Zucchini Italian Striped kan..

Kak Ros berkata...

Salam Diana,

Buah labu tu boleh dibuat macam-macam jenis juadah, masak lemak, buat kuih koci, bingka, pengat, kuih talam, muffin dan kek pun boleh juga.

Elham berkata...

Tapi kan Diana, I think it is more like a squash rather than pumpkin aka labu kan...

TukangKebun berkata...

@na~
Salam Ana. Masak lemak putih memang sedap. Tapi tukang kebun ni selalu malas nak perah kukuran isi kelapa hehehe...

Olive~ ya ya nampak macam Zucchini Italian striped jadi nampak unik.

Salam Kak Ros.
Ohhhh lama tak buat kuih talam labu dulu rajin gak buat sebab tak perlu pakai pewarna kan. Warna labu dah OK. Kuih Koci Diana tak pandai buat lagi nak kena cari cikgu mengajar.

Sis Nor ~ Supposedly should be normal roundish, but since it is pollinated by the bees maybe kahwin campur kut hehehe... kalau cakap squash/marrow pun orang percaya ;) .