Weekend lepas adik ipar sekeluarga datang menginap di rumah, sibuk sedikit tak dapat tukang kebun nak reply email atau komen secepat mungkin. InsyaAllah akan tukang kebun cuba reply secepat mungkin kalau internet connection di rumah tidak membuat masalah minggu ini. Kebetulan adik ipar pulang ke kampung sebelum minggu lepas, jadi dibawa ole-ole dari kebun parent in-laws tukang kebun buah salak.
Kebetulan pula biji buah salak yang disemai awal tahun ini dah besar jadi semalam 4 pokok telah dipindahkan nun paling belakang sempadan tanah. Anak pokok tarap juga dipindahkan ke kebun belakang. Biji-biji benih avocado Sabah yang disemai pertengahan bulan Jun lalu semuanya bercambah dan pertumbuhannya sangat pantas sekali tanpa belaian. Kesemua pokok avocado Sabah tersebut sudah ketinggian anggaran 40cm. 2 Minggu lepas sudah dipindahkan sepokok avocado Sabah di bahagian depan, semalam lagi sepokok dipindahkan ke kawasan belakang.
Harapan hujan akan mula turun kembali membasah bumi di kebun belakang yang tak tersiram.
2 ulasan:
wah2. bila ada anak buah tarap tu bagitahu ye. tq
InsyaAllah kalau ada anak pokoknya Qistina.
Catat Ulasan