No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 16 Jun 2013

Buah Avocado Sabah

 Sambungan dari kisah window shopping tukang kebun di Tamu Telipok, apalagi kalau tak bawa balik ole-ole fresh buah avocado Sabah. Jarang-jarang juga nak dapat yang baru sahaja nampak dipetik. Dalam gambar tak jelas, tapi dari mata kasar tukang kebun nampak buahnya baru sahaja dipetik tengok permukaan kulitnya yang glossy dan tangkai yang telah dipatahkan belum kering. Walaupun dengar bunyi avocado Sabah macam senang je nak beli di Sabah tapi sebenarnya jarang sekali di jual di Tamu kecuali di pasar-pasar di dalam Kota Kinabalu. Pemuda-pemuda di gerai ini sahaja yang menjual buah-buah avocado ini di hari tersebut dan tukang kebun puas hati dengan kualiti buah avocado yang dijualnya berbanding dengan yang di pasar pusat bandar. Dalam tinjauan tukang kebun masa cuti sekolah lepas, harga buah avocado sekilo dalam lingkungan RM8~RM12. Buah avocado Sabah jika dibandingkan dengan buah-buah avocado yang diimport dari luar negara adalah bersaiz besar. Ambil 3-4 biji pun dah lebih sekilo.
 Nampaknya nak kena tunggu sekurang-kurangnya 6~7 tahun lebih lagi nak tunggu avocado Sabah dipetik di dalam kebun sendiri lagi. Pokok avocado yang tumbuh dari biji memerlukan masa sekurang-kurangnya 10~15 tahun untuk matang mengeluarkan buah, itupun bergantung kepada cukup keperluannya atau pun tidak. Tapi pokok avocado hidup berpuluh-puluhan tahun jadi untung juga tanam sampai ke cicit InsyaAllah ianya berikan tuaian. Pokok-pokok avocado ada sekurang-kurangnya 5 pokok di belakang rumah, ada yang lebih 2 meter sudah tapi tukang kebun tak pasti jenis yang mana nak kena tanya big boss. Cuma yang atas tukang kebun confirm adalah avocado Sabah sebab tukang kebun adopt 2 pokok dari kenalan yang duduk di kawasan perumahan, dia campak-campak je biji avocado di laman rumahnya tumbuh subur pula. Tapi pokok avocado ni pokok besar jadi amat sukar baginya untuk bela pokok ini. Semalam baru pertama kali, kami berikan baja kambing kepada pokok avocado ini (Note: Pokok avocado ini belakang kolam) setelah dipindahkan. Dekat jambatan gantung di Kiulu di tepi sungai ada pokok avocado orang lain punya, banyak buahnya tapi tak terambil. Di Kiulu, big boss ada tanam pokok avocado di lereng bukit naik ke rumah (nota lagi in case ada anak beranak yang tak perasan jangan dipotong sudah ingat pokok hutan).
 Pokok avocado Sabah ada juga di tanam di Kebun Bahagia Bersama di bekas petak reban ayam petak No. 3 . Sekarang menghuni di tempat ini bersama-sama pokok-pokok roselle. Pokok-pokok roselle di kawasan ini nanti nak kena pancang setelah balik dari Sabah didapati rebah akibat terlampau banyak dahan (too bushy). Sekejap sahaja dalam 3 bulan lebih dah ketinggian lebih dari 5 kaki (tinggi dari tukang kebun) dan sudah mengeluarkan putik-putik bunga.
 Penantian berakhir, biji benih avocado Sabah yang dibawa balik hampir 3 bulan lalu oleh big boss akhirnya bercambah minggu lepas. Sampai bekasnya berkongsi dengan terung pipit yang tak segan tumbuh sendiri (terung pipit tu sampai dah lebih 40cm nampak batang pokoknya di gambar). Ingatkan big boss bawa ole-oleh buah avocado nak makan, dibawa balik biji je bagi tukang kebun.
 Tadaa....makin membesar pokok avocado Sabah hari ini bertambah daunnya. Tak susah semai biji buah pokok avocado bagi yang ingin cuba tanam avocado. Tukang kebun tekan je masuk separuh biji avocado itu ke dalam tanah (dalam gambar ada contoh mana side face up). Inipun experiment tukang kebun biarkan sahaja biji benih yang disemai hampir 3 bulan lepas survive dengan emosi Mother Nature sekejap musim hujan kemudian bertukar musim panas bergantunglah dia dengan air hujan. Agaknya rindukan tukang kebun, bila balik ni bercambah pula biji benih Avocado Sabah yang disemai hampir 3 bulan lalu (aik masa kemarau pula dia nak cambah). 

 Minggu ini tukang kebun semai batch baru biji benih segar Avocado Sabah nak buat stok untuk kawasan Kebun Bahagia Bersama lain yang InsyaAllah kalau ada kemampuan tenaga dan masa suatu hari nanti nak mula tanam pokok-pokok buah-buahan di situ. Big boss ada bagi green light kalau nak tanam-tanam pokok di tanahnya yang dekat juga di kebun sekarang lebih kurang jarak setengah kilometer antara 2 kebun. Dah dipesan tanam kelapa keliling border tanah dulu pun tak bergerak lagi. Nak kena potong rumput dulu sebab kawasan terbiar. Paling awal kalau nak mula menanam buka kebun sana pun mungkin hujung bulan Disember ada hujan dan beberapa hari cuti umum. Bolehlah perlahan-lahan kumpul anak-anak pokok semai sendiri standby untuk tanam disana. 

19 ulasan:

SriKota Garden berkata...

Besar ye avocado Sabah. Kalau dipasaraya tu kulitnya mengerutu. Tentu sedap, pokok avocado saya dah dua kali berbunga tapi masih belum menampakkan buahnya.

Kadazan sis.TRG berkata...

Hi, balik kg baru2 ni sy ada juga beli buah Avocado di KK.Tp kualitinya x begitu bagus.Dari pengalaman merantau Tenom, keningau, Tambunan & Ranau, Avocado di Tambunan yag paling besar, paling gebu & paling sedap. Pokoknya pula besar2 dan rendang2. Tuan punya pokok pun baik2, tak payah bayar petik sendiri je.

@na berkata...

kulit avocado ni Sabah Nampak tak menggerutu sangat...licin n glossy je kan

LitleAngel berkata...

mahu ubeli benih boleh?

TukangKebun berkata...

SriKota- avocado Sabah memang besar berbanding dengan jenis-jenis avocado yang ditanam di Australia pernah saya jumpa dulu. Mungkin baru nak belajar. Tapi khabarnya di Australia peladang selalu tanam beberapa pokok jenis avocado yang berbeza untuk membantu pollination berjaya.

TukangKebun berkata...

Kadazan sis TRG - Tambunam mesti tumbuhan rasanys bestkan sebab lebih dekat dengan kaki bukit Kinabalu lebih nyaman. Ada juga saya beli di KK first time balik dulu pun tak puas hati dengan kualitinya.

TukangKebun berkata...

Yang dekat supermarket buah avocadonya biasa menggerutu ke ana? Dari negara mana?

TukangKebun berkata...

LittleAngel- kami tak jual benihnya.

lot 6 berkata...

Saya berminat beli buah avocado yang banyak..di mana pula saya boleh beli? Selain dari pasar kk, tenom. Keningau. Tambunan.ranau.

TukangKebun berkata...

Lot 6 ~ Di tamu lain pun ada tapi ikut musim sahaja, Di Telipok dan Tamparuli pun ada jual kalau ada musim buahnya di petani yang biasa berniaga di situ.

Tanpa Nama berkata...

Salam saya dr kuala lumpur.Saya mahu beli dlm kuantiti yg banyak.dgn siapa blh sy hubungi.?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

At the moment kami tak bekalkan buah avocado. Kalau buah canistel adalah.

mizieyka berkata...

berapa lama baru dia berbuah ye?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mizieyka.

Saya pun tak berapa ingat tapi yang di Kiulu dah mula berbunga pokoknya.

Tanpa Nama berkata...

Tukang kebun yg arif :) Pokok awal yg di kiulu tu berbunga tahun lepas/awal tahun ini, ada yg melekat jadi buah hingga sempurna masak? Sudah berapa tahun umur pokok itu?
Saya&isteri baru balik dari kk minggu lepas, sempat juga beli buah avokado beberapa biji dari 3-4 penjual berbeza dlm pasar kk, tapi agak kecewa kali ini berbanding tahun lepas, sebab lebihkurang separuh tidak masak dgn elok lalu terbuang saja :(

Irfan Amir berkata...

Saya ada beli buah avocado sabah di pasar filipina april lepas..biji saya tanam.dah tumbuh subur.3 biji tumbuh semua.syukur. saya beli rm12 sekilo.3 biji saja coz buah besar2..sedap..

Tanpa Nama berkata...

Pd th 2008 sy beli buah avocado di pasar KK,sy bawa blk kat Trg dan tanam biji,tumbuh dgn subur.5 th mula berbuah,tapi taklah byk tahunni buah sangat byk.skrg,pokok nya tinggi kurang lebih 7m

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera...pokok avokado sy dah 6 tahun ditanam...4 tahun dah berbunga tapi tak jd buah..bagaimana ya saya mahu mengatasi masalah ini?

Unknown berkata...

Saya mencari daun avokado untuk ubat. Ade x ssiapa d area selangor or kl?0136626669