No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 6 Jun 2013

Pasar ~ Beras Hitam Kampung Organik dari jenis Padi Bukit


 Sejak balik kampung sudah jadi shopaholic, pantang nampak beras kampung yang dijual direct oleh pesawah padi mesti tukang kebun borong. Beras kampung yang dijual oleh pesawah padi tanam lebih kepada untuk kegunaan sendiri dan selebih yang ada dijual secara kecil-kecilan di tamu adalah bukan sesuatu beras yang mudah untuk didapati di Semenanjung Malaysia. Adik mama tukang kebun juga tanam beras untuk kegunaan sendiri, padi sawah dan padi bukit dengan cara bergotong-royong. Di kampung tanam padi tidak pun menggunakan baja, pesawah kampung kecil-kecilan tiada lebihan wang untuk membeli baja. Tetapi hasil tanaman padi mereka masih memberikan hasil yang memuaskan. Berbanding dengan tanaman padi secara large scale atau komersial, pesawah padi di kampung ada sistem atau musim mereka menanam sendiri. Di mana sawah kawasan mereka mempunyai period 'rehat'. Oleh itu, pada waktu ini dalam andaian tukang kebun nutrient dapat kembali kepada tanah apabila mereka membersihkan kawasan menanam yang  telah naik semak dan proses membakar. Di kampung tukang kebun padi bukit hanya ditanam sekali setahun manakala padi sawah paling banyak pun 2 kali setahun. Kebiasaannya proses semaian padi dilakukan hampir serentak di kampung untuk mengelakkan dari banyak semaian biji benih diambil oleh burung. Jika tidak serentak, burung akan fokus kepada satu tempat sahaja. 
 Tahun ni sudah 3 kali Aunty tukang kebun kongsi beras tanamannya, manis dan wangi sungguh bila nasi ditanak. Sekarang Aunty tukang kebun baru sahaja selesai kemaskan kawasan untuk menanam padi bukit. Setiap kali balik ke Sabah tukang kebun akan beli pelbagai jenis beras untuk dapur kami di Sungai Buloh. Sehingga kali ini tukang kebun tak perasan punyalah banyak stok  beras tukang kebun stock up sampailah masa sorting barang untuk packing. Bila kira-kira roughly ada at least 30kg pelbagai jenis beras tukang kebun akan bawa balik macam gambar di atas. Bakul-bakul di atas tukang kebun bila direct dengan orang yang mengayam di Tamu Tamparuli, sesuai nak keringkan biji-biji benih atau isi tuaian dari kebun di Sungai Buloh nanti.

 Seperti dalam first picture of Beras Hitam Padi Bukit, tukang kebun ada extras sikit untuk sesiapa yang berminat. Ini bukan beras pulut hitam.  Beras Hitam Padi Bukit ni lebih nutritious dari brown rice yang kadang-kala dijual di farmasi 'Guardian'. Mama tukang kebun prefer beras hitam ini berbanding dengan beras-beras jenis lain.

~Beras Hitam Kampung Padi Bukit (Not available)~

Boleh email (kebunkmg@gmail.com) atau tinggalkan komen.

13 ulasan:

@na berkata...

salam diana, bakul tu cantik la...boleh order ke, if so brapa harga nye?

smRose berkata...

sy cop! smRose, semuamenjadi@gmail.com

Awin berkata...

saya nk satu pack. masaknya mcm biasa ke diana?

Narshifa Jannat al-naim berkata...

Salam Tukang Kebun,teringin pula nk rasa beras yg rare ni,dtg dr jauh Sabah pula tu.nak 2 pek boleh?masak bubur sedap x?

Ibu Qistina berkata...

Saya pun nak satu,dia kene masak beras tu sahaja atau boleh campur dgn beras putih biasa?

TukangKebun berkata...

@na~ Bakul tu sayang sangatlah. Tak mudah nak dapat saiz besar camtu. Yang membuatnya tinggal 2 bakul ni je masa Diana sampai kat tapak jualannya ;).

SmRose~ Diana dah simpankan.

Awin~ Kurangkan air sedikit je dari quantity air yang perlu masak nasi putih biasa tu. Tapi jangan kurang air sangat nanti keras. Kurangkan sedikit je air dari usual volume.

Salam Narshifa.
Yang ini mungkin tak beberapa ngam buat masak bubur. Lebih berkanji berbanding dengan beras bukit lain. Makan sedikit je dah rasa kenyang, jadi bagus untuk bagi yang berdiet atau menurunkan berat badan.

Ibu Qistina~ Boleh nak campur dengan beras putih. Tapi nisbah keperluan airnya lain sedikit.Boleh kalau nak cuba-cuba.

Tanpa Nama berkata...

diana.. saya nak 1 ok.. benih beras ni tak de ker? ingat kalau2 boleh tanam kat kg best jugakkan...
linna_linn@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Linna~ Biji benih padi ni takde. Tapi kekadang ada juga beras yang masih ada kulitnya belum terbuka selit di dalam beras hitam padi bukit ini. Yang tu bolehlah kumpul kalau nak cuba-cuba tanam. Diana pun teringin nak cuba tanam di belakang rumah. Nantilah Diana cuba-cuba tanya aunty.

homiestwu berkata...

beras bukit ni boleh di dapati di kedai ka? macam tesco atau giant atau farmasi2? atau mesti juga pergi ke pasar2 tamu untuk mendapatinya atau mcm mna?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Faiz Samsul.

Kalau di Sabah/Sarawak beras bukit biasanya tak dijual di hyper market sebab ianya dijaga sebagai product di bawah kawalan negeri masing-masing dan tidak dieksport.
Jadi cuma boleh didapati di local market.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. kt mana boleh dptkan beras kg ni kt kuantan, pahang?.. blh tlg share kot awak tau. org umh sy mngidam bras kg ni.. huhu... mnta tlg sgt2x yer

Unknown berkata...

lupa nk letak nama, emel sy
mohamad safwan
milosuepanas@gmail.com

kalau ade lg beras bukit ni blh maklum pd sy yer.. ingin sgt2..

TukangKebun berkata...

Assalamualaikum,

Jika di Kuantan, kami kurang arif kerana bukan asal di sana.
Further enquiries email (kebunkmg@gmail.com).