Gembiranya hati minggu lepas bila dapat kejutan Water Lily Apricot Sioux yang ditanam November lepas tiba-tiba menghasilkan putik bunga. Nasib baik tak terlepas. Perasan pun sebab dah kesiankan big boss punya pokok-pokok dekat tepi pagar buat pertama kalinya tukang kebun siram bulan ni lepas kesian tengok banyaknya daun dah keguguran. Tak disangka pula antara Water Lily yang ditanam serentak November lepas yang paling kurang menerima cahaya matahari sebab berteduh bawah kanopi pokok durian yang berbunga dahulu (lokasi: filtered light). Tanah yang kami pakai untuk tanam pokok bunga water lily ini pun diambil dari kawasan tempat kami bakar green waste besar jadi dah kira tanah dicampur semula jadi dengan tanah bakar yang kemudian kami campurkan dengan tahi kambing. Selepas itu terbiar di bawah pokok durian dan daun-daun pokok durian yang kering jatuh ke dalam air itulah yang akan jadi baja untuk pokok water lily ini.
First time tukang kebun perasan pokok water lily ini nak mula berbunga dah senja.
Keesokkan paginya lepas hantar tukang kebun Ilhan ke tadika, mestilah bergegas jenguk tengok si dia dah mula mengembang.
Bila senja dah nak malam, bunganya pun ngantuk nak tidur dah.
Keesokkan paginya bunganya kembang sepenuhnya. Bahagia hati tukang kebun. Tapi bahaya juga senang addicted kalau terjebak nak buat koleksi lain-lain jenis. Oh dekat dalam air ni pun dah beranak-pinak ikan Guppy buat colony. Katak pun rajin banyak kali dah juga bertelur dekat daun dia tapi tak de mengganggu pertumbuhan pokok bunga water lily.
6 ulasan:
wah...cantiknya...
memang cantik, lembut warnanya.
Cantik sangat diana :)) I pun suke lily...went to siem reap few weeks ago facinated tgk lilies. ..
Mohd Ghazali Abdullah~ Terima Kasih.
SriKota Garden ~ This week rasanya banyak bunga warna ala-ala girly pastel kembang pula di Kebun Bahagia Bersama.
Aida ~ I pun suka waterlily rasa tranquil gitu. Tak bawa kenangan dari Siem Reap ke? Belum sempat nak jejak kaki ke Siem Riep lagi kami ni dah lama dreaming nak tengok water garden sana.
Salam Cik Demiyah,
Boleh tolong kirakan total order saya hari tu,
rosniwatiamir@yahoo.com
Terima kasih.
Salam Ceria Rosniwati ~ Sudah saya email.
Catat Ulasan