No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Limau Kasturi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Limau Kasturi. Papar semua catatan

Khamis, 3 Disember 2020

PKPB SOTONG KATAK dan Stok Sambal Kicap

Sejak PKPB bermula setiap kali papa Tukang Kebun turun pekan Tuaran mesti ada beli sotong katak. Ini bermula apabila masa kenduri kahwin kecil kecil aja lepas adik Tukang Kebun selamat ijabkabul awal bulan Oktober. Bila ramai termasuk mak jadi suka pula masakan sotong katak panggang bbq salut dengan sambal merah atau sambal kicap (Posting Berkait- Baca Klik Sini). Bila isteri nampak berselera makan sotong katak ni, papa jadi rutin membeli sotong katak pula. Sebenarnya kami selama ini tak pernah beli atau tak biasa makan sotong katak ini. Bermulanya bila keluarga angkat mak tahun lepas datang ke Sabah, mak cari bahan seafood barbecue yang penjual syorkan antara jenis-jenis sotong, sotong kataklah yang paling sesuai katanya untuk buat panggang. Mak pula sebab keluarga angkatnya memang jenis mahir memasak terus yakin sahaja beli sebab bukan mak yang akan masak nanti sedia bahan sahaja. Dari situlah mak mula suka sotong katak panggang. Ambil kesempatan sebab kami yang selalu buat barbecue, mengidam nak makan sotong katak agaknya pesan kat papa beli sotong katak untuk kenduri kahwin kecilan adik Tukang Kebun sebab Tukang Panggang (Hubby & Tukang Kebun) dah balik kampung. Sotong Katak ni kalau seekor yang jenis saiz besar dah cecah 1 kg lebih. Jika yang saiz kecil pula dalam 15 ekor pun dah 1 kilogram. Sotong Katak ni isinya tebal berbeza dengan sotong pensel. Tapi sotong katak bila dipanggang jadi lembut isinya.
      Kalau kami malas panggang di arang jika tak banyak yang lauk nak dipanggang, kami panggang atas frying/saucepan je. Kalau pan tak elok kami alas dengan daun pisang dahulu. Elok juga alas dengan daun pisang kalau ragu-ragu bahan untuk buat peralatan masak tu boleh bagi penyakit kronik atau tidak. Tambahan mudah lagi nak cuci sebab tak melekat dekat pan. Yang jenis besar masa panggang dah nak masak nanti dearest hubby potong-potong untuk memudahkan makan. Sejak PKPB ni pun dah masuk 3 kali Tukang Kebun buat stok sambal kicap, walaupun sekali buat dah lebih 500ml. Nasib jugalah bahan seperti cili burung dan buah limau kasturi masih ada stok berterusan dari kebun Teratak Kiulu Lodge.

Tukang Kebun nak tanya biasanya kawan-kawan masak lauk apa dengan sotong katak? kongsilah dengan kami ya di ruang komen.

Salah satu aktiviti sungai yang anak-anak suka sekarang ialah mencari udang di celah batu. Ada jugalah dapat udang. Yang kami terkejut ialah jenis macam udang kara atau udang galah je ni tengok sepitnya tu. Masa zaman kanak-kanak Tukang Kebun cuma biasa jumpa jenis udang biasa. Hairan pula tengok belah sungai anak-anak main ni bukan udang biasa-biasa ni. Cepat juga membesar anak bela bawa balik anak udang ni. Jika nak tengok jenis anak udang yang ditangkap di sungai Kiulu boleh tonton video di bawah. 


Khamis, 5 Januari 2017

Jus Kasturi-Kist dengan Tamban Goreng

 Selepas balik bercuti di Johor dan Melaka rajinlah Ilhan meneman tolong mama Ilhan di kebun. Dah dapat banyak hadiah kan (related posting klik sini). Sementara Tukang Kebun menanam keratan ubi kayu dan pindahkan sulur pisang, pada 15hb Disember lalu Ilhan menolong kutip buah kelapa tua dan buah limau kasturi. Kerja menuai ini pun kekadang ambil masa juga, jadi yang ini bolehlah Ilhan tolong tuai supaya mama boleh selesaikan kerja lain.
 Sayang pula tengok buah limau kasturi yang dah ranum berwarna oren sunkist ni. Teringat pula dah nampak macam hiasan limau untuk Tahun Baru Cina akan datang ini. Cantik dan gemuk buah-buah limau kasturi ini. Tahan lama buah limau kasturi yang ranum ini ditempat teduh. Jika bandingkan yang banyak cahaya matahari cepat kecut dan gugur. Tukang Kebun selalu lupa nak tuai pokok limau kasturi yang terletak dah penghujung sempadan tanah Kebun Bahagia Bersama di belakang. Tambahan pula pokoknya duduk dalam kawasan teduh sebab pokok buah-buahan tinggi-tinggi di sini. Walaupun terlindung dari dapat cahaya matahari yang banyak ada hasil diberikan juga.
 Memandangkan dah Ilhan yang tuai, rasa nak buat sesuatulah juga hargai tenaga Ilhan. Mudah betul nak perah jus dari buah kasturi yang dah nampak mini oren sunkist ni. Jusnya pun nampak pekat macam cordial pati sunkist tu.  Cordial pati sunkist tu letak gula sebab tu dia manis kan. Sama je rasanya kalau buah limau kasturi ini letak gula boleh juga pengganti cordial pati sunkist.
 Masak simple-simple sahaja. Goreng dulu ikan kering tamban. Kemudian tumis bawang dan cili,.Lepas tu masukkan jus kasturi-kist tu dan masukkan semula ikan kering tamban goreng kasi gaul dengan semua bahan tadi. Dah siap.
 Seronok si Ilhan makan dengan nasi beras bukit. Yang terkejutnya tengok gaya Abby, berapa kali dicedoknya jus masakan tu macam minum sup. Suka betul Abby dengan jus limau. Natural Vitamin C.

Jenis-jenis buah limau available (boleh dipos):

~ 300gram buah limau kasturi RM2.00 .
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00.
~ 1 kilogram buah limau campur-campur RM6.00 .

~ 1 anak pokok buah limau kasturi RM5.00 .

Isnin, 2 Januari 2017

Gua Gamantong Simud Hitam

 Setelah selesai trip kami di Abai Kinabatangan Wetland Resort sampai ke jeti, kami mula bergerak ke arah Gua Gamantong pula. Dari zaman remaja lagi Tukang Kebun teringin nak melawat Gua Gamantong. Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat Tukang Kebun nak melihat suasana keadaan Gua Gamantong dengan mata sendiri. Memang sepanjang perjalanan kalau dalam daerah Sandakan ini dipenuhi dengan ladang-ladang kelapa sawit. 
 Bila dah jumpa signboard masuk simpang jalan ke arah Gua Gamantong sedang berborak-borak dengan dear husband yang memandu. Sekali tak disangkakan sekali atas pokok nampak dari atas jalan raya ada dua orang utan remaja sedang lepak-lepak. Lekas Tukang Kebun spontan suara tinggi bang berhenti kereta bang ada orang utan atas pokok tu. Nasib baik memang jalan sunyi sahaja ketika itu jadi memang atas jalan raya terus kami berhentikan kereta sambil tengok aksi-aksi orang utan tersebut. Memandangkan jauh agak sukar nak ambil gambar dalam kereta dengan camera compact yang dah lama ketinggalan zaman ini.
 Hati berbelah bahagi nak keluar dari kereta untuk bergerak mendekati mereka. Memang dah agak kalau keluar dari kereta memang mulalah orang-orang utan ini yang pemalu mula nak menyorok dari santaian mereka atas pokok tersebut. Bila Tukang Kebun nak dekati ke pokok tersebut memang mulalah orang-orang utan bergerak masuk ke kawasan hutan yang lebih tebal sukar untuk mengekor mereka.
 Nasib kami juga agak baik dapat memerhatikan jenis burung helang yang unik di Borneo ini di kawasan nak masuk ke arah Gua Gamantong iaitu jenis Crested Serpent Eagle. Gua Gamantong yang terletak di tanah rendah kawasan Kinabatangan juga seperti di Abai mempunyai tumbuhan memanjat yang menarik . Yang ini cantik daunnya seperti di atas bercorak variegated berbanding dengan yang sempat kami nampak di Abai Kinabatangan (related posting klik sini).
 Dari pintu masuk gerbang Gua Gamantong tempat membeli tiket nak ke Gua Simud Hitam memang ambil masa jugalah berjalan kaki dalam anggaran 20 minit ikut kepantasan kaki masing-masing. Jika hujan agak licin ya jadi berhati-hatilah. 

 Jadikanlah perjalanan nak sampai ke pintu masuk gua Simud Hitam lebih menarik dengan mencari macro dan microorganism di sepanjang walkway tersebut. Tempat pegang walkway pun ada juga hidupan yang menarik untuk diperhatikan.
 Dekat kawasan gambar ini ada disediakan tandas awam untuk yang memerlukannya dan tidak ketinggalan tempat mandi, jadi bawalah sabun dan shampoo siap-siap. Kawasan perumahan sementara bagi mereka yang berkerja mengutip sarang-sarang burung. Ada musim-musim tertentu sahaja yang ada lesen boleh mengutip sarang-sarang burung di kawasan Gua Gamantong ini. Salah satu peak harvest season adalah bulan Ogos. Antara buah-buahan yang ditanam di sini adalah pokok nangka.
 Seronok ralit juga tengok keluarga anjing muda ini yang menjaga peralatan tuannya. Kuat sungguh tenaga fizikal orang yang bekerja mengutip sarang burung ini. Kedengaran ada seorang kawannya yang memanggil dari kawasan curam perumahan atas area gua gamantong itu kepada kawan yang sedang dalam rumah ini. Tangkas laju sahaja kawannya berlari naik ke atas sekelip mata ke rumah yang terletak tempat tinggi Gua Gamantong tu macam superheroes di celah-celah rimbunan semak tersebut.
 Bila sampai dekat dengan signboard hijau di atas ini dah depan mulut gua Simud Hitam cuba perhatikan banyak sumber tanaman makanan di sini teramatlah subur sebelah aliran sungai. Banyak baja organik yang didapati dari gua ni.
 Lebatnya buah limau kasturi di tepi papan tanda hijau tersebut. Kemudian kelihatan kesan pucuk-pucuk ubi kayu yang baru sahaja dipetik dari pokok-pokok ubi kayu di gambar bawah pastinya telah ditanam oleh penduduk di sini sebagai sumber makanan mereka. Daun pucuk ubi kayu memang telah dikaji banyak manfaat untuk kasi tulang kuat seperti minum susu bagus untuk elakkan osteoporosis (related posting klik sini). Pekerjaan nak kutip sarang-sarang burung di tempat tinggi ini tak mudah, memang tulang nak kena kuat. Amalan pemakanan penduduk di sini turun temurun menjamin kesihatan fizikal mereka. Gabungan vitamin C dari buah limau kasturi dan vitamin K dari pucuk ubi kayu membantu melengkapkan keperluan nutrisi penduduk kawasan ini yang jauh dari pekan.

~ 1 pot limau kasturi RM5.00 (klik sini)~

~ 7 keratan batang ubi kayu baka Sabah RM5.00 (klik sini) ~

~ 7 keratan batang ubi kayu daun tirus jejari RM5.00 (klik sini)~
 Di bawah titian nak masuk ke mulut Gua Simud Hitam ini berdekatan sungai kecil pula ada ditanam keladi dan keberangkalian sayur meranti liar juga ada.
 Berpuluh tahun dinantikan masuklah kami ke mulut Gua Gamantong Simud Hitam. Terima kasih kepada perkongsian pengalaman Abang Din yang dah bertahun-tahun membawa pelancong ke Gua Gamantong , guide di Kinabatangan Wetland Resort tahulah kami apa persediaan mental nak buat sebelum masuk ke gua. Memang semasa bercerita mengenai Gua Gamantong ada Abang Din kata kalau nasib baik memang di Gua Gamantong boleh terserampak hidupan liar seperti orang utan dan lain-lain. Tips Abang Din kata biasanya bird-watcher suka pergi sebelah nak dekat senja sebab cantik gambar bila haiwan-haiwan malam keluar dari pintu gua di sebelah atas.
 Inilah pemandangan dalam Gua Gamantong yang dipanggil Simud Hitam luas ruangnya. 
 Tinggi sungguh dinding atas gua ini. Betapa mencabarnya kerja mengutip sarang-sarang burung dalam gua ini dengan hanya peralatan tradisi dan asas.
 Banyak betul sumber baja organik di sini. Yang tak tahan masuk Gua Gamantong ini ialah banyak betul berkeliaran lipas-lipas. Itulah pesanan Abang Din yang tak tahan dulu nak jadi guide bawa pelancong di Gua Gamantong ini ialah serangga lipas inilah. Kalau musim hujan lebih teruk bilangannya lebih banyak merayap di kaki. Memang kami langsung takde nak pegang rail pemegang tangan tu penuh taik burung dan lipas je. Jalan pun takde berhenti, kalau berhenti takut kena bomb dari atas. Tambahan pula nanti terasa ada benda melintas merayap atas kaki. Dahlah kami semua pakai selipar dan sandal sahaja. Pengeli lipas si Abby dan Papa Abby memang berpelukanlah mereka berdua. Abby memang dalam dukungan papa Abby sahaja sepanjang kami berada dalam badan Gua Gamantong. Tukang Kebun memang erat genggam tangan si Rayyan takut tergelincir sebab licin kayu-kayu jalan yang dah dipenuhi dengan baja segar dari burung di atas yang bersarang.
 Yang merancang nak teroka dalam Gua Gamantong Simud Hitam ini baik sedia topi atau helmet dan proper shoes. Elok juga kalau pakai baju hujan, manalah tau nasib tak baik ada benda jatuh dari atas.
 Geram tengok koleksi baja yang sangat subur ini, mesti subur pokok dapat baja high quality ini. Cantik juga pemandangan dalam gua Simud Hitam ini sambil dongak tengok entrance keluar masuk burung-burung duduk dalam gua ini. Cuma yang penggeli memang kena ada mental preparationlah. Pertama kali seumur hidup tengok lipas punya banyak begitu. Sampai sekarang dah jadi tabiat kalau masuk tempat ada bau lipas, si Ilhan akan cakap: Apa bau macam dalam Gua Gamantong ni? Itulah antara kenangan budak-budak ni ingat dapat dari Gua Gamantong hehehe....
 Selain dari Orang Utan, antara species monyet liar yang dapat juga dilihat di kawasan Gua Gamantong ialah seperti monyet di atas. Yang jenis species ini tak pemalu sangat, rilek-rilek je tengok kita balik within its comfortable space. Lower Kinabatangan ini dianugerahkan dengan pelbagai jenis species monyet. Jika ada kawan-kawan yang ingat nama jenis monyet ini, please leave a comment. Tak terkeluar namanya dalam kepala masa menulis posting ini.
  Tukang Kebun geram betul tengok species limau bali ini buahnya sarat dan banyak dah buah yang masak jatuh-jatuh dari pokok tak termakan. Memandangkan kawasan ini dalam kawasan hutan perlindungan pastinya kalau menanam binatang liar pun akan duduk menumpang rasakan. Jadi strategi pemilihan pokok-pokok yang menghasilkan makanan untuk penduduk juga agak selective bila diperhatikan. Biasanya pokok jenis limau memang tak dikacau oleh haiwan-haiwan. Sebab tu jenis buah limau bali , monyet pun tak makan sama dengan buah limau kasturi. Antara sebab kenapa Tukang Kebun pun sekarang lebih memilih tanam jenis-jenis pokok limau di kebun belakang sebab takde siapa yang usik. Angsa pun tak kacau meratah pokoknya mahupun buahnya.

Kami on holiday long weekend ini. Kebarangkalian email tu tak terjawablah sampai sekolah mula.

Happy Holiday!

Jumaat, 18 November 2016

Kasturi Hair Treatment

 Syukur Alhamdulillah buah limau kasturi memang tuaiannya sekarang tak putus-putus ada hasil samaada di kampung Big Boss di Kiulu mahupun di Sungai Buloh. Sampai tak terambil, jatuh-jatuh buah yang kuning terlampau masak berguguran di tanah. Jika di Kiulu, pokok limau kasturi yang paling tua tidak putus-putus berbuah ialah seperti di gambar atas. Setiap kali balik kampung Big Boss tengok pokok limau kasturi ini mesti teringat arwah nenek.

 Mulai pertengahan tahun ini, jika anak-anak nak mandi sungai kena cuci rambut dengan limau kasturi. Juga syarat sambil mandi sebelum balik rumah kena makan jus buah limau kasturi supaya tak demam selsema berendam lama sangat dengan sumber vitamin C semulajadi. Dah dijadikan budaya anak-anak ini biasa bermain-main di sungai sambil makan-makan buah limau kasturi yang dah masak atau hampir masak. Lagipun makan buah limau kasturi buang merata pun tak pe sebab bahan organik. Syukur Alhamdulillah permata hati pun sekarang makan buah limau kasturi di tepi sungai macam makan oren sunkist.
 Tukang Kebun pun suka basuh rambut dengan limau kasturi. Lembut berkilat rambut dibuatnya. Jika rambut berminyak pun rasa dah tak berminyak lepas cuci dengan buah limau kasturi. Patutlah arwah nenek yang biasanya petik buah limau sahaja dari laman rumah untuk cuci kepala, rambut tak beruban. Yang bagusnya lepas jus limau kasturi diperah-perah dekat kulit kepala dan dibiarkan beberapa minat boleh kurangkan kelulumur. Jika kulit kepala gatal pun lumur dengan jus buah limau kasturi biarkan beberapa minit juga dapat mengurangkan kegagalan.
 Sambil-sambil tunggu Tukang Kebun bagi green light boleh rinse rambut, anak-anak lepak atas batu sungai. Banyak anak ikan kelah dalam sungai ini berenang-renang kalau pinjam goggle anak-anak. Dah jadi satu activity bagi kami, sebelum turun ke sungai singgah petik-petik dulu buah limau kasturi untuk buat cuci rambut dan makan-makan. Aktiviti begini dapat merapatkan hubungan keluarga. Si isteri perah dan lumur jus limau kasturi dekat rambut suami, lepas tu giliran suami pula cuci rambut isteri kan.
 Jimat duit untuk natural spa rambut begini dan selamat dari bahan toksik seperti bahan synthetic kimia. Tapi kalau rambut panjang macam Tukang Kebun dan Abby , kami berdua sahaja guna limau kasturi dah berat buah 1 kilogram. Penggunaan harga buah limau kasturi yang digunakan oleh sekeluarga sekali turun sungai ibarat sama harga dengan sebotol syampu. When put like that sounds very luxurious kan. Organic goodies which is much safer for our health are pricey now compare to foods that has been abused with many type of toxicant. Tak rugi berbudi dengan tanah, cuma keluarkan peluh sahaja tak perlu nak mengeluarkan duit untuk beli syampoo.
 Dah lama simpan gambar ini, teringat pertama kali Abby dapat hadiah di taska punya excited berlari ke kereta nak tunjuk hadiah yang diterima apabila bila dipilih antara gigi yang paling cantik. Hadiah Frozen pula tu. Terima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Siti selalu kongsi gambar telatah anak-anak di taska. Beriya-iya Abby tayangkan gigi.
 Anak pokok limau kasturi muda memang daunnya kesukaan caterpillar. Kekadang sampai botak dimakannya semua daun, but fear not nanti keluar semula pucuk-pucuk daun. Kadangkala bercabang jadi pokoknya hasil pruning semulajadi yang caterpillar bantu. Macam ulam agaknya bagi caterpillar makan daun anak pokok limau kasturi. Kalau sesiapa mata cerah boleh perasan masih ada caterpillar yang duduk menumpang atas bekalan anak-anak pokok limau kastrui di bawah. Anak-anak pokok limau kasturi ini pun dah berapa kali botak dibuatnya caterpillar. Syukur Alhamdulillah naik merimbun semula daunnya dan bercabang-cabang ranting pokoknya.
 Yang berminat untuk menambah koleksi ada pokok limau kasturi di laman, boleh juga dapatkan bekalan anak pokok dan buah limau kasturi dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 bekas anak pokok limau kasturi RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah limau kasturi RM5.00 ~

Sabtu, 30 Julai 2016

Kasturi

   Limau kasturi adalah buah citrus yang asalnya adalah dari Asia Tenggara. Ini adalah buah anugerah dari Maha Pencipta yang sesuai untuk kita yang duduk di Malaysia ini dengan perubahan cuaca sepanjang tahun amat sesuai tumbuh di tempat kelahirannya. Kandungan vitamin C memang sudah sedia maklum diselidik bahawa kandungannya berubah dengan perubahan cuaca semasa buahnya membesar. Jadi nilai kandungan vitamin C itu akan berubah-ubah. Pasti perubahan itu jika didalami atau make a link mungkin keperluan kuantiti vitamin C yang diperlukan oleh penduduk tempatan yang dapat ambil manafaat dari buah kasturi ini. Connection can be made with the weather, vitamin C content and the status of community health that live on the same area of  where the calamansi lime fruit is produce and consume in their daily life. Walaupun size buah limau kasturi adalah kecil tapi kandungan nutrisinya tidak mengalah juga dengan jenis citrus yang lain.

  Begitu juga ada penyelidikan yang report bahawa kesan suhu terhadap buah citrus yang telah diekstrak dijadikan jus akan menyebabkan perubahan dengan kandungan vitamin C. Oleh itu cara kita simpan jus buah limau juga adalah penting untuk mengekalkan kandungan vitamin C tidak banyak berkurangan atau hilang. Elok disimpan dalam peti ais yang gelap terus dari dibiarkan lama pada suhu bilik. Yang "lime" digunakan dalam penyelidikan di atas ialah jenis limau nipis (citrus aurantifolia) bukan jenis limau kasturi (citrus microcarpa).
  Jadi adalah alasan kawan-kawan nak minum jus limau sejuk-sejuk ya. Nak hindarkan dari kandungan Vitamin C degraded atau berkurangan. Macam jus limau kasturi asam boi memang kalau lagi sejuk lagi banyak ais lebih sedap rasanya masuk tekak kan. Tapi gula tu kasi berkuranganlah ya. Hari Raya Aidilfitri lalu ada juga kami sediakan air limau kasturi asam boi. Perbezaan ketara untuk buah limau kasturi dan lemon ialah kandungan gula, Vitamin A dan citric acid dimana: kandungan gula dalam lemon adalah lebih tinggi dari limau kasturi, manakala kandungan Vitamin A dan citric acid dalam limau kasturi adalah lebih tinggi dari lemon.
   Untuk ibu yang mengandung juga elok amalkan minum jus limau kasturi sebab perahan jus dari buah ini mengandungi kandungan calcium dan folate yang tinggi untuk membantu pertumbuhan bayi yang sihat. 
  Pada waktu awal pagi musim berbunga limau kasturi memang harum semerbak bunga-bunga putihnya yang telah kembang mekar. Memang pada ketika itu masa paling seronok berjalan-jalan di kebun belakang sambil menghidup udara segar dengan haruman asli dengan bertemankan pelbagai jenis lebah sibuk ambil manisan dari bunga limau kasturi. Tukang Kebun perhatikan pelbagai jenis kelulut memang sangat gemar singgah ambil stok makanan dari bunga limau kasturi. Begitu juga dengan jenis carpentar bee yang bersaiz besar dari bunga limau kasturi tu. Cuma tak sempat je nak ambil gambar mereka ini kerana Tukang Kebun pun asyik memerhatikan pergerakkan mereka. Jika Tukang Kebun adalah pengusaha madu kelulut, memang akan tanam banyak pokok limau kasturi. Serampang dua mata bukan sahaja dapat lebih banyak hasil madu tetapi penggunaan pokok limau kasturi yang baik juga berikan hasil buah limau kasturi yang banyak.
  Kekadang ada juga kawan-kawan komen nampak subur sahaja tanaman di KBB ini. Tidak juga kekadang tengok musim, ada juga penyakit atau serangan yang diterima. Cuma Tukang Kebun pun taklah ada masa nak bagi rawatan apa-apa sangat. Cuba lihat gambar di bawah ini ada 3 masalah yang dihadapi oleh pokok limau kasturi yang buah-buahnya masih kecil baru sahaja mula nak membesar. Ada serangan dari bena putih, lukisan yang virus buat berlingkar-lingkar dan black spot. Black spot biasanya bila kelembapan tinggi selalu senang terjadi apabila pengudaraan tidak baik sangat. Bagi Tukang Kebun dari kita menyembur apa-apa cara paling mudah ialah buang sahaja semua daun yang effected. Janganlah kita noda pokok dan tanah kita dari penyemburan larutan yang toksik kerana dalam badan kita juga yang akan terkumpul toksik tersebut kalau ikut flow food chain.
  InsyaAllah bila daun-daun yang tak sihat telah dipotong dibuang akan tumbuh pucuk-pucuk baru akan membuatkan pokok limau kasturi kita merimbun sihat berwajah baru seperti gambar di bawah.  Macam manusia juga kan kadang kala sebab cuaca ada masa kita mudah sakit juga kan, begitulah juga tumbuhan ada masa dia sakit. Dari rawatan cara yang salah, baik kita bantu buang bahagian yang sakit. Bermula juga serentak kitaran musim bunga yang baru bakal menghasilkan buah-buah. Pokoknya daun pun tak banyak dah takdelah mabuk daun bolehlah promote pokoknya nak hasilkan buah juga. Ada balance di situ. Jika mata yang terang boleh nampak ada rumah sawang labah-labah juga dalam gambar di bawah, mungkin ada hikmahnya biarkanlah ia menumpang bersama.
  Ada juga pokok limau kasturi yang dah tinggi betul dalam kebun kena pakai tangga untuk ambil. Tapi Tukang Kebun tak pruning sebab kasihan nak bagi banyak cahaya matahari kerana jirannya kebanyakkan pokok buah-buahan yang jenis tinggi. Kalau pokok limau dari biji benih memang dia champion ada satu ketika tumbuh pesat tinggi pokoknya, bila pruning pun cepat je naik semula.
  Ini gambar bawah diambil masa pokok limau kasturi belum masuk puberty lagi macam gambar di atas dah begitu rajin berbuah. Masa remaja banyak kali juga bila hujan ribut dahan-dahannya patah tapi lekas je tumbuh ranting-ranting baru. Kalau nak direnekkan juga boleh sebenarnya, cuba lihat bahagian bawah pun ada dah macam nampak bush renek sebab ranting-ranting yang muncul di bahagian bawah. Boleh je kasi hard-pruning buang potong semua dahan atau batang yang tinggi nak control pertumbuhannya jadi bongsai. Sebab macam Kebun Bahagia Bersama ruangnya di situ tidak terhad jadi dibiarkanlah ia membesar begitu supaya tuaiannya beribu-ribu limau kasturi.
 Minggu depan kami tak bekalkan buah citrus sebab Big Boss dan Tuan Tanah Kebun Bahagia Bersama balik Sungai Buloh jadi biasanya buah-buahnya tu memang kegunaan khas merekalah. Bila balik pun semuanya akan dituai bawa balik ke Kota Kinabalu. Kalau pokok-pokok limau InsyaAllah ada kami boleh bekalkan minggu depan.

~ 1 bekas limau kasturi RM5 ~

Rabu, 8 Jun 2016

Jus Limau Kasturi Asam Boi

  Syukur Alhamdulillah buat pertama kalinya Ramadhan hari ke-2 si Rayyan yang nak masuk 7 tahun bulan Ogos nanti sudah boleh puasa penuh. Ramadhan hari pertama tantrum bergaduh dengan Abby di laman luar mengomel-ngomel masuk rumah kata nak minum air juga, walaupun ditegah oleh Tukang Kebun yang sedang sibuk pindahkan kerja pending anak-anak limau kasturi ke bekas berasingan. Atas stubbornness dan alasan katanya Abby yang buat Rayyan marah dia tekad minum air juga. Adalah tu berebut sesuatu. Tukang Kebun kata budak tak puasa petang nanti bila Papa balik kerja tak boleh ikut ronda-ronda naik motor dalam kampung tengok pilihan kuih muih kecuali Abby. As usual katanya nak sedapkan hati sendiri, Papa tak sempat baliklah tak jalan-jalan juga tengoklah katanya kepada Abang Ilhan dan Adik Abby. Maka Rayyan seorang sahaja tak dibawa ronda-ronda oleh Papa, duduk senyap-senyap temankan Tukang Kebun di dapur sediakan juadah berbuka puasa without any protest.
  Setelah selesai dalam tengahari pada Ramadhan ke-3 tahun ini menyusun dan memindahkan anak-anak pokok limau kasturi yang lama dah dipindahkan ke bekas berasingan awal tahun ini di tempat redup ke kawasan menerima cahaya matahari penuh. Tukang Kebun ajak Ilhan temankan ke bahagian belakang kebun sekali untuk kutip kelapa dan petik limau kasturi di situ. Biasanya pokok-pokok limau kasturi di situ rajin berbuah tak putus-putus dan kami selalu lupa nak pergi tuai yang di sebelah sana yang di penghujung kebun. Ada beberapa biji kelapa tua yang baru jatuh ke tanah. Banyak buah limau kasturi yang dah kuning masak sangat jatuh berguguran di atas tanah.

~ 3 biji kelapa tua RM5.00 ~
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 ~
    Ramadhan ke-2 tahun ini, Tukang Kebun ambil off masak. Lagipun rasanya ini sahaja antara masa yang dapat bawa anak-anak merasa suasana bazaar Ramadhan. Yang berpuasa si Ilhan dan Rayyan tak berapa biasa ke bazaar Ramadhan sebab tahun lepas pun jarang sekali kami pergi. Tengok dari gaya mereka lebih terpesona tengok air minuman yang pelbagai ada daripada makanan. Semasa kami sedang menunggu giliran dilayan nak ambil lauk, Tukang Kebun perhatikan si Ilhan tolong belikan Rayyan air tembikai segelas untuk bawa balik berbuka puasa  dengan duit upah Rayyan terima menolong kemaskan kebun cuti sekolah minggu pertama. Tak sempat Tukang Kebun nak belanja hulurkan duit. Si Ilhan Mikhail pula terpesona dengan warna air sirap bandung cincau, belikan je lah sekadar nak bagi merasa dan ambil hati anak yang banyak membantu masa cuti sekolah ini ringankan beban. Syukur Alhamdulillah lagipun mereka bukan anak-anak yang suka meminta dibelikan sesuatu, kalau Tukang Kebun tak bagi duit dahulu nanti dia bayar sendiri dengan duitnya.
  Asyik terperap di rumah, bila keluar dari kebun barulah dapat ilham nak buat apa dengan rezeki buah limau kasturi yang tak putus-putus dari kebun dalam bulan Ramadhan ini. Melayan telatah anak-anak tengok aneka pilihan minuman yang ada, untuk berbuka puasa Ramadhan ke-3 ini buatlah jus limau kasturi asam boi. Ada pelbagai cara nak buat jus limau asam boi ini bila google. Untuk mudah memandangkan Tukang Kebun dah rancang nak buat jus limau asam boi, teh limau kapas dan pengat nangka jadinya buat air gula terus untuk ketiga-tiga menu tersebut. Sambil menunggu air gula siap larut dan mendidih mana buah limau kasturi yang saiz besar hujungnya Tukang Kebun potong sikit. Kemudian sumbat buah limau kasturi tersebut dengan asam boi dan disusun dalam bekas koleh. Yang saiz kecil buah limau kasturi diperah ambil jusnya masuk ke dalam bekas koleh.
 Apabila dah sedia air gulanya masih panas-panas, Tukang Kebun masukkan bahagian air gula yang agak-agak diperlukan ke dalam koleh yang ada perahan jus limau kasturi dan buah limau kasturi yang disumbat asam boi. Biarkan sebentar dalam koleh dan penutupnya. Kemudian baru Tukang Kebun alihkan ke dalam jug dan top up air. Bila nak minum sediakan banyak air batu dan dituang dalam gelas. Puasnya minum jus limau kasturi asam boi buatan sendiri. Nikmat sungguh. 
  Tukang Kebun sekarang ini dari tahun lepas merancang tengah buat stok anak-anak pokok kasturi untuk kebun baru kemudian nanti atau di tepi sepanjang tembok kemudian nanti. Ataupun proses trial grafting citrus kemudian hari. Jika ada yang berminat nak dapatkan anak pokok limau kasturi dari semaian biji benih boleh juga kami bekalkan.

~ 1 bekas limau kasturi RM5.00 ~
  Selepas balik dari terawih malam ke-3, dearest husband ada belah sebiji nangka yang dah semerbak baunya masak. Besar-besar ulas buahnya. Bolehlah buat snacking Abby yang tak puasa sebelah siang. Lalu dapatlah buat masak pengat nangka dan kongsi juga bersama jiran-jiran.
 Syukur Alhamdulillah puas hati masak pengat nangka apabila hasil dari kebun sendiri bahannya seperti ulas nangka, daun pandan dan santan.

~ 1 biji nangka masak RM20.00 .
~ 1 biji nangka muda RM5.00.